Setelah selamat menimang cahaya mata pertama pada April lalu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengadakan majlis aqiqah dan majlis kesyukuran buat buah hati mereka.
Anak pertama Kamal dan Uqasha, si comel Haura Uqaira kini sudah pun berusia dua bulan selepas dilahirkan pada 27 April lalu.
Majlis aqiqah dan kesyukuran yang berlangsung baru-baru ini dilihat cukup ringkas namun meriah. Menerusi akaun Tik Tok, turut dikongsikan beberapa momen ketika majlis berlangsung.
Kamal dan Uqasha dilihat tampil dengan persalinan berona merah jambu, begitu juga dengan si comel Uqaira yang berada kemas di pangkuan ibunya.
Ads
Majlis keluarga itu turut mengundang Ustaz Wadi Anuar bagi menyempurnakan ibadah tahnik buat Uqaira.
Apa yang menarik majlis ringkas dan tidak keterlaluan ini dihias dengan hiasan dekorasi minimalis. Kelihatan pentas utama dirias dengan belon-belon dan teddy bear dari warna putih dan kecoklatan. Memang cantik dan kemas.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut pasangan ini memuji penampilan Uqasha selepas melahirkan anak. Ibu cantik manis ini tetap kekal jelita dan ayu dengan berlitup kemas di majis ini.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.
Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya mengawasi anak-anak lebih-lebih lagi apabila berada di tempat awam. Ini kerana, akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga boleh berlaku perkara yang tidak diingini kepada anak-anak seperti culik, kemalangan dan lain-laian.
Seperti yang tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak tertinggal di sebuah stesen minyak selepas ibunya tidak menyedari kehilangan anaknya.
Nasib menyebelahi kanak-kanak ini apabila pekerja stesen minyak ini sudi untuk meminjamkan telefon pintar miliknya kepada kanak-kanak ini untuk menghubungi ibunya.
Panggilan kanak-kanak ini turut diaktifkan loud speaker serta dirakam.
Namun apa yang mengejutkan adalah reaksi ibu kanak-kanak tersebut yang seolah menyalahkan kanak-kanak tersebut walaupun ianya terang-terang adalah kecuaiannya.
Reaksi ibunya seolah berang dan bercakap kasar dengan anaknya manakala reaksi kanak-kanak ini yang sedang dalam ketakutan akibat ditinggal dan dimarah jelas kelihatan pada video tersebut.
Apa yang menjadi perhatian dalam kes ini adalah cara si ibu malah berkomunikasi dengan anakya.
Malah ramai meluahkan rasa kurang senang terhadap respon si ibu ini menangani masalah anak tertinggal di stesen minyak.
Bila sentuh bab mertua dan menantu ini pastinya ramai yang mempunyai pelbagai perspektif yang berbeza. Ada segelintir yang berpendapat susah untuk menjalinkan hubungan baik dengan ibu mertua tetapi ada juga yang sebaliknya.
Tak terlepas dari memberi komen tentang isu ini, pelakon dan pengarah, Sheila Rusly atau lebih senang dipanggil sis Sheila berkata hubungan dengan menantunya sangat baik. Ketika disoal oleh wartawan Keluarga, menantunya, Elisya Sandha yang juga merupakan pelakon juga sangat selesa dan menerima Sheila dengan baik.
“Alhamdulillah, menantu saya selesa dan menerima sis seadanya. Kita sangat-sangat ngam dan okay, happy je,” katanya.
Dalam Islam juga menuntut untuk membina keluarga yang bahagia, oleh itu Sheila juga menginginkan perkara yang sama serta menegaskan bahawa dia tidak pernah mengakui dirinya sebagai ibu mertua yang baik.
“Saya tak cakap pun saya mak mertua yang baik, saya hanya jadi diri saya. Saya memang inginkan keluarga yang bahagia.
“Untuk mencipta satu keluarga yang bahagia, kita haruslah berbaik-baik sesama kita. so benda tu pun dituntut dalam islam.
Sementara itu, Sheila juga tidak setuju dengan kenyataan bahawa dia perlu jadi baik setelah menjadi ibu mertua malah sempat memanjatkan rasa syukurnya terhadap hubungan baik dengan menantunya itu.
Sumber: TikTok Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan yang berpisah sebenarnya bukan tidak pernah saling menyintai. Bahkan mereka pernah saling menyintai dan menyayangi. Tetapi kenapa semakin pudar? Kenapa semakin hilang perasaannya?
Kerana hilangnya usaha untuk mengekalkannya. Kerana hilangnya keinginan untuk berusaha. Kerana hilangnya rasa akibat tiadanya usaha untuk memperbaikinya.
Sebab tu sebenanya di awal perkahwinan sewaktu cinta tengah mekar, cinta tengah indah, terasa sangat bahagia, biasakan yang betul dan baik.
Wujudkan satu budaya dalam rumahtangga yang akan mengelakkan dan mengurangkan konflik dalam rumahtangga berlaku. Walaupun berlaku ianya sempat untuk kita perbaiki lebih awal.
Budaya ini juga akan menyebabkan suami akan rasa diperlukan, dihargai, ditaati dan disayangi sebagai pemimpin manakala tangki emosi isteri juga sentiasa dipenuhi.
Saya cadangkan beberapa budaya berikut boleh diamalkan : –
1. Senaraikan kesukaan pasangan
Di awal perkahwinan terus duduk dan bincang bersama suami isteri. Suami isteri kena berterus terang apa yang dia suka dan tak suka. Jangan kerana nak menjaga hati maka kita sorok dan biarkan. Biar pasangan kita tahu. Kita juga jelas dengan pasangan kita.
Sentiasa update senarai tersebut dari masa ke semasa dan sentiasalah berbincang. Apabila di peringkat awal perkahwinan lagi kita dah terbiasa lakukan sedemikian, insyaAllah konflik yang timbul awal-awal lagi dapat diselesaikan.
2. Wujudkan waktu casual talk.
Waktu ini adalah waktu kebiasaan kita bersembang santai dengan pasangan. Contoh yang saya amal dan saya suka cadangkan adalah pillow talk.
Waktu sebelum tidur malam sambil-sambil peluk dan pegang tangan, masa ni kalau ada hal-hal ditempat kerja atau business, kami bercerita. Saya dengar ceritanya dan dia dengar cerita saya.
Banyak lagi waktu yang boleh diwujudkan macam dalam kereta, waktu makan malam dan lain-lain.
3. Wujudkan budaya sentuh dan peluk pasangan.
Pastikan setiap hari ada sentuhan dan pelukan. Wujudkan waktu tertentu yang mesti ada sentuhan dan pelukan.
Contoh sebelum keluar pergi kerja, salam pasangan, cium tangan, peluk serta doakan pasangan. Cuba pastikan untuk sentiasa lakukan walaupun tengah merajuk. InsyaAllah yang merajuk pun cair.
Banyak lagi waktu yang boleh dibuat juga termasuklah waktu balik rumah dan lain-lain.
4. Banyakkan bergurau dengan pasangan.
Banyak survey dilakukan pada wanita, antara yang hensem dan yang kelakar, mana yang lebih disukai wanita. Kebanyakannya adalah yang kelakar.
Kenapa? Kerana gurauan memenuhi tangki emosi wanita tetapi cantik hanya pada visual. Semakin lama cantik atau hensem dirasakan biasa.
Tak pandai bergurau? Belajar. Tak suka bergurau? Belajar. Banyak hal yang boleh dipelajari. Mahu atau tak mahu sahaja.
5. Wujudkan waktu aktiviti bersama.
Solat jemaah, makan bersama, buat kerjarumah bersama, shopping barang dapur bersama.
Aktiviti bersama ni besar kesannya pada orang yang keperluan emosinya adalah rekreasi bersama.
Solat jemaah sentiasa akan menyebabkan hati terpaut bersama. Antara kebanggaan terbesar seorang isteri apabila suaminya menjadi imam pada dirinya dalam solat.
6. Sentiasa mendoakan pasangan
Dalam solat, doakan hati sentiasa Allah pautkan pada pasangan, kekalkan cinta dan perasaan.
Bila nak pergi kerja “abg doakan sayang Allah banyak sales hari ni, mudahkan urusan kt pejabat”
Bila pasangan cerita masalah urusan kerja, doakan.
InsyaAllah hati akan sentiasa seronok dan bahagia dengan pasangan.
7. Apabila terasa hati, ada yang tak kena, merajuk, wujudkan ruang dan waktu untuk pengurusan konflik.
Yang penting bincang cari solusi, bukan menyalahkan. Jangan tangguh, jangan biarkan. Jangan rasakan bahawa benda kecil. Selesaikan walaupun kecil kerana yang kecil takkan terkumpul jadi besar sekiranya terus kita selesaikan.
Selesaikan waktu kecil lebih mudah berbanding bila dah besar. Bahkan kita rasa lebih lega dan rasa lebih menyayangi dan disayangi apabila kita dan pasangan sentiasa ada usaha untuk menjaga hubungan.
Ini antara beberapa tips dan cadangan yang boleh dilakukan untuk mewujudkan budaya yang akan sentiasa membugar emosi cinta dan saling menghargai.
Moga Allah sentiasa membugar emosi cinta kita pada pasangan, kerana cinta kita pada pasangan keranaMU YA ALLAH.
Wallahu aalam.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.