Terkesan daripada perkongsian artikel di media sosial, keluarga ini melakukan perubahan drastik untuk menjalankan tanggungjawab mengurus rumah tangga secara berjadual.
Jom ikuti perkongsian bermanfaat ini.
Satu ketika, aku tengah makan. Nampak isteri aku tunjuk artikel di telefon pintar pada anak-anak.
“Baca ni,” katanya.
Aku tengok saja. Lepas makan aku tanya dia, “Artikel apa tu?”
Dia pun tunjuk pada aku. Artikel itu dalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang perempuan mat saleh. Dia bercerita ketika dia sedang sibuk cuci pinggan di dapur, suaminya dan anak-anak selamba tengok TV. Puas dia panggil semua buat bodoh saja.
Akhirnya selepas lama dia bising, suami dia pun cakap pada anak-anak,
“Dah, dah. Pergi tolong mak kamu tu.”
Kemudian dia terfikir, kenapa bila cuci pinggan, kemas rumah itu, dianggap sebagai ‘tolong’ ibu dan isteri. Seolah-olah itu memang tugas ibu semata-mata, orang lain kalau buat itu sekadar nak tolong saja.
Bukankah rumah ini rumah kita bersama? Kita guna tandas bersama. Ruang tamu bersama.
Mengapa kita tidak menganggap bahawa ini kerja kita bersama juga?
Aku mengangguk-angguk sambil membaca artikel itu.
Ads
Betul, biasanya kita ini ambil mudah.
Bila kerja-kerja di rumah saja, secara automatik kita kaitkan dengan tugas orang perempuan, iaitu ibu kita atau isteri kita.
Kenapa mentaliti kita begitu?
Pinggan, ramai yang lepas makan hanya letak saja dalam sink. Yang lebih teruk, tinggal saja atas meja makan.
Maka ibu atau isterilah yang mengutip sampah sarap ini tadi dan membawanya ke dapur
Tandas, semua guna untuk buang segala kotoran dalam badan. Bila mangkuk tandas dan lantai sudah berdaki, semuanya buat tak tahu. Masing-masing beranggapan nanti ibu atau isteri yang akan sental.
Kipas dan aircond, semua nak guna waktu kepanasan. Namun bila berhabuk, masing-masing lebih rela bersin dan terbatuk berbanding ambil inisiatif untuk buang habuk yang terkumpul. Semuanya tunggu ibu atau isteri yang buat.
Beginikah cara kita hidup bersama di dalam rumah? Di bawah satu bumbung?
Ads
Maka kami pun buat jadual. Duty roster.
Ada tugas harian, ada tugas mingguan. Semua wajib laksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut apa yang telah ditetapkan.
Untuk apa?
Supaya masing-masing ada rasa kebertanggungjawaban. Supaya anak dan suami tahu, rumah ini tanggungjawab bersama untuk pastikan ia bersih, kemas dan sihat untuk didiami.
Bukan kerja orang perempuan saja. Bukan tugas ibu atau isteri saja.
Kita semua buat sepah, kita semua kena kemas.
Ads
Bergilir-gilirlah. Masing-masing akan rasa cuci pinggan, sidai baju, cuci tandas, sapu sampah, cabut rumput dan lain-lain.
Tidak ada ruang untuk anak-anak rasa seperti tuan atau bos.
Tidak ada ruang untuk suami atau isteri menyuburkan ego
Barulah kita boleh hargai setiap sudut rumah yang kita diami.
Kita nampak ruang tamu kemas, kita tersenyum dan kata pada diri, itu kita yang kemas sama-sama.
Kita nampak tandas bersih, kita juga rasa puas hati kerana kita pun terlibat dalam memastikan tandas itu harum dan tidak jijik.
Kita akan geram bila ada ahli keluarga cuba sepahkan barang. Sebab kita tahu betapa lecehnya nak kemas balik.
Baru kita tahu apa yang ibu dan isteri kita rasa selama ini.
Rumahku syurgaku. Selalu orang sebut, namun tak ramai yang berusaha untuk menjadikan rumah itu syurga bersama-sama. Hanya mengharap ia jadi syurga secara tiba-tiba?
Semoga Allah sentiasa menaungi keluarga kita dengan rahmah dan maghfirah-Nya, dan rumah yang kita diami itu sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan ketenangan.
Namanya meniti di bibir masyarakat dek caranya berdakwah lebih moden dan terbuka terutama dalam menangani isu sosial di kalangan masyarakat . Pencetus Ummah ( PU) Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim.
Jujur mengakui sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya menyebabkan masanya agak terhad dengan anak-anak. Begitu pun, PU Amin bijak ‘mencuri’ masa supaya anak-anak dan isteri tidak terabai.
“Biasanya saya memang sangat menitikberatkan disiplin masa pada anak-anak. Awal pagi saya akan peruntukkan bersama anak-anak.
“Ada masa kami makan depan televisyen ramai-ramai sambil tengok kartun atau sebagainya, ada masa makan di meja. Tetapi satu yang saya amalkan adalah terapkan pada anak-anak, dahulukan orang tua untuk mengambil makanan dengan pelawa ibu bapa terlebih dahulu.
“Itu yang dipraktikan oleh ibu bapa saya dulu dan kini diturunkan pula pada anak-anak saya. itu cara kita mendahulukan orang lain.
“Kebiasaannya jika ada perkara yang mereka buat saya marah, saya akan denda mereka. manakala jika mereka berbuat baik saya akan bagi ganjaran dengan memberikan bintang.
“Selepas itu, saya berikan hadiah supaya ada sifat bersaing untuk membuat baik dan disiplin selain mereka rasa pendidikan itu saya benda yang membebankan,”jelas PU Amin sambil memberitahu peranan isteri sangat besar dalam mendidik anak selain ibu bapa yang menjadi mata dan telinga untuk anak-anaknya.
Mengakui pernah meninggalkan isteri dan anak-anak 2-3 bulan sewaktu melakukan penggambaran program, dia cukup berterima kasih dan bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh isterinya sewaktu ketiadaannya.
“Pernah dulu saya terbabit dengan penggambaran berbulan-bulan sehinggakan anak yang kedua dari kecil sudah besar, tetapi mereka berada dalam keadaan yang baik berkat asuhan isteri.
“Walaupun isteri sibuk dengan kerja, tetapi dia masih boleh memainkan peranan yang besar dan boleh dikatakan mampu menguruskan anak-anak.
“Walaupun bebanan kerja dan tanggung jawab yang besar, tapi anak-anak berada dalam kawalan dan jagaan yang baik. Dalam keluarga isteri juga bantu menjadi tulang belakang dalam membina anak-anak.
“Sesebuah keluarga tidak akan dibina dengan baik jika suami isteri tidak saling memainkan peranan masing-masing,” tegas PU Amin lagi sambil memberitahu dia dan isterinya berkahwin dalam usia yang masih muda dan ketika itu sedang menuntut di universiti.
Beliau yang bertemu jodoh ketika masih belajar mengakui berkahwin pada tahun 2012 dalam tahun kedua di Universiti Al-Azhar.
“Kami dikurniakan anak sulung ketika saya berada di tahun 4 dan menariknya sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin, keluarga tidak bersetuju.
“Mereka bimbang pengajian kami terabai sementelah waktu itu belum ada yang berkahwin ketika belajar. Jadi, kami buat satu janji akan dapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian. Kebetulan kami memperoleh biasiswa dari pihak zakat Selangor.
“Selepas berkahwin, kami tinggal dan belajar bersama-sama sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu menjadi motivasi kepada pelajar lain yang ingin mendirikan rumah tangga. Untuk pasangan lain, elakkan dari menggunakan alasan berkahwin kerana mahu menghalalkan pergaulan, seks dan sebagainya.
“Sebaliknya kenal pasti terlebih dahulu pasangan sebelum serius. Kena ada ilmu rumah tangga, disiplin diri, dan sahsiah diperelok terlebih dahulu. Bila kahwin wajib keluar nafkah. Justeru kena ada wang dan simpanan dan tidak menganiayai isteri mahupun keluarga kita.
“Itu benda yang wajib iaitu ilmu dan kewangan yang kukuh. Kena usaha untuk naik taraf kehidupan dengan memberi kesempurnaan dan kelengkapan yang membawa kita dekat dengan Allah. Jika kaya dan berjaya itu boleh dekatkan kita dengan Allah, maka kena berusaha ke arah tersebut.
“Jangan guna alasan elak maksiat sedangkan nafkah tidak diberi dan tidak pandai melayan pasangan dengan baik. Bebanan yang perlu ditanggung bukan sekadar menanggung masalah sebaliknya dia perlu menanggung ilmu yang banyak sebelum menanggung manusia.
Jika sebelum ini solat terawih kita akan lakukan di masjid. Hanya mengikut imam setiap hari. Kini berbeza semasa dalam tempoh PKP.
Ingin tahu penjelasan lanjut mengenai ibadah terawah di rumah. Ustaz Nur Mohamad Hadi jelaskan mengenai hal ini menerusi perkongsiannya di facebook miliknya.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dilipat gandakan rahmat kepada sekalian alam. Bagi mereka yang ingin kembali kepada Allah maka pada bulan ini dibuka seluas-luasnya pintu rahmat dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka.
Ramai dikalangan kita yang ternanti-nanti akan kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan dan kasih sayang untuk melakukan dan merancakkan lagi pelbagai ibadah. Antara kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita apabila tibanya Ramadhan ialah menunaikan Solat Terawih secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.
Solat Terawih ialah ibadah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam di Bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuknya waktu subuh. Dinamakan Terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat iaitu dua rakaat dua rakaat.
Bagi mereka yang mendirikan Solat Terawih maka ganjaran yang cukup besar disediakan Allah seperti mana di dalam sebuah hadis sabda Rasulullah :
Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [HR Muslim 759]
Menjadi persoalan yang amat penting ialah bagaimana cara untuk melakukannya dan apakah hukum meninggalkan bacaan zikir selepas dua rakaat atau empat rakaat solat terawih jika kita tidak mengetahuinya.
Maka disini DR HD akan menjelaskan secara mudah mengenai Solat Terawih yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dirumah.
PERTAMA : Kita perlu mengetahui dengan jelas hukum menunaikan Solat Terawih. Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut.
KEDUA : Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian. Berjemaah adalah lebih afdal. Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjemaah maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian.
KETIGA : Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadah ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Pencipta.
KEEMPAT : Solat terawih dilakukan dengan 2 rakaat 2 rakaat sehingga 8 rakaat atau 20 rakaat. Ini berdasarkan hadis nabi Sabda Rasulullah : Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat.[HR Bukhari 936]
KELIMA : Niat bagi solat Sunat Terawih dihati sewaktu takbiratul Ihram dengan niatnya berbunyi seperti ini: Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah.
KEENAM : Bacaan pada setiap rakaat. Pada setiap rakaat wajib membaca Surah Al-Fatihah ini kerana tanpa membaca Surah Al-Fatihah maka kita telah meninggalkan rukun dan bagi mereka yang meninggalkan rukun maka solatnya tidak sah. Selepas membaca Surah Al-Fatihah kita boleh membaca apa sahaja surah hafalan yang mudah bagi kita sama ada yang pendek mahupun panjang.
KETUJUH : Ketika selesai daripada mengerjakan 2 rakaat Solat Terawih yang pertama maka bolehlah berzikir seperti kebiasaan bagi mereka yang mampu ataupun bagi mereka yang tidak mampu dek kerana tidak menghafal atau tidak mengetahui bacaannya maka boleh sahaja berdoa atau berzikir dengan apa yang mereka tahu. Ini kerana bacaan-bacaan zikir itu bukan lah satu kewajiban yang harus dilakukan dan ianya tidak memberi sebarang kesan terhadap ibadah terawih yang kita lakukan.
KELAPAN : Selepas selesai mengerjakan Solat Sunah Terawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat maka kita bolehlah pilih sama ada mahu terus melakukan Solat Sunat Witir atau dilakukan pada 2/3 malam nanti. Lafaz niat Solat Witir dihati ialah : Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah.
Dengan penjelasan di atas seharusnya tidak ada lagi alasan yang boleh kita berikan untuk tidak mengerjakan Solat Sunat Terawih di rumah. Beruntunglah bagi mereka yang mencari redha Allah di mana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka. Bulan Ramadhan merupakan bulan kita melipat gandakan amalan kebajikan kita serta melatih diri untuk sentiasa mentaati perintah Allah.
Jika diluar Ramadhan kita selalu menyalahkan syaitan dek kerana sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan tetapi di Bulan Ramadhan ini Allah merantai syaitan-syaitan seperti mana sabda Rasulullah : Apabila datang Bulan Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan akan diikat syaitan-syaitan. [HR Muslim 1793]
Jadi jika di Bulan Ramadhan rutin maksiat kita masih berjalan seperti biasa dan masih lagi jauh dari Allah maka persoalan yang patut dikemuka dan difikirkan ialah : Siapa syaitan yang sebenarnya?.
Sumber: Nur Mohammad Hadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bak kata pepatah, ‘kasih ibu bawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Ungkapan ini bersesuaian dengan Cef Selebriti popular, Chef Wan yang bakal menghadiahkan wang sejumlah RM10,000 untuk barang dekorasi rumah anak perempuannya yang juga seorang
selebiriti, Serina Redzuawan.
Hadiah itu diberikan Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Seri Redzuawan Ismail sempena hari ulang tahun kelahiran Serina yang disambut semalam.
Dia kata dia tak mahu hadiah tapi saya dah janji dengannya nak beri set meja makan dan sofa baru untuk rumah barunya yang dibeli.
“Saya juga akan berinya karpet lama di rumah yang masih berada dalam keadaan baik. Guna la dari kena beli yang baru.
“Saya juga menyumbangkan sedikit wang untuk mereka bina cabinet dapur. Jadi la sumbangan dari bapa. Rezeki saya adalah rezeki anak-anak juga.
“Dah nak siap masuk rumah esok Papa kasi 10k lagi for your other home accessories, lighting and fittings etc. That will be my birthday gift for you,” tulis Chef Wan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik rakaman video Serina yang menyambut hari jadi bersama suaminya.
Menurut Chef Wan bukan Serina sahaja malah anak lelakinya, Chef Riz juga dibantu serba sedikit untuk memasuki rumah baru tidak lama lagi.
Kata Chef Wan dia bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anaknya meskipun mereka sudah besar dan berumah tangga.
“Macam ni la tanggung jawab bapa dari anak itu kecil sampai la dah tua pun seorang bapa yang baik akan mahu membantu.
Tiada satu bapa pun nak melihat anak-anak mereka di dalam kesusahan. Tak bantu banyak, bantu sedikit pun jadi lah.
“Baik pun menantu sendiri dan cucu-cucu kita. Saya tak suka jika dapat menantu atau pun anak sendiri yang tidak bertanggung jawab kepada rumah tangga masing-masing.” tambahnya lagi.
Tambah Chef Wan dia juga tidak peduli jika ada yang berkata dia lakukan semua termasuk menjaga arwah bekas isterinya yang sakit sebelum ini hanya untuk menunjuk-nunjuk.
“What i care most in my life when going through all this challenges in life i have taken those responsibilities and set a good example to the rest of the world,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Chef Wan yang bermurah hati dengan anak-anak sendiri. Malah, walaupun beliau tegas, tetapi sifat kebapaan itu patut dijadikan contoh.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di