Usah sedih atau kecewa jika rasa kekurangan diri atau masalah yang menimpa diri atau keluarga.

Setiap yang berlaku ada sebabnya. Sebuah perkongsian menarik untuk rohani kita supaya teguh dan kuat setiap dugaan yang datang.

Dengan kita selami kisah nabi untuk teguhkan hati kita pada Allah. Semoga untuk kita renungi dan hayati.

Ikuti perkongsian ini.

” USAH BERSEDIH ”

1. Andai kata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Nabi Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya…

2. Andai kata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Nabi Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya (bapa saudaranya menurut satu riwayat)…

3. Andai kata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Yunus as, yg terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andai kata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan.kamu dilanda kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

Usah Bersedih, Setiap Berlaku Ada Sebabnya. Selami Kisah Nabi Ini Untuk Teguhkan Hati Kita.

5. Andai kata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih.Ingatlah kisah Nabi Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andai kata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Sayyidah Aisyah R.anha, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya…

7. Andai kata kamu rasa kesunyian.dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andai kata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal…

9. Andai kata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat…

Subhanallah… Masyaallah..Allahuakbar…

Allah SWT mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan ujian, tidak perlu berkata

“KENAPA AKU?”…

” TAPI KATAKANLAH, ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA2NYA YA RAHMAN.”

Sebarkan seluasnya…

Sumber:Ustaz Ahmad Lutfi Al Linggi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI