Hasil kreativiti, boleh jadikan kotak barangan terpakai sebagai hiasan pada dinding, alas tempat solat atau boleh dijadikan tikar piknik.
Simple je tapi nampak kemas dan menarik. Lebih-lebih lagi ditampal dengan lebihan wallpaper. Memang kreatif dan cantik hasil yang dikongsikan oleh Ana Nurfatihah.
Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa syukur apabila telefilem pertama lakonan anak istimewanya, Azal Azrai yang ditayangkan di kaca televisyen mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada peminat drama Melayu. Menurut Zarina, judul telefilem tersebut adalah ‘Kasih Dari Syurga’.
“Syukur Allhamdulillah ,terima kasih tidak terhingga pada sahabat saya @jasminhamidjh dan mummy. yang buat skrip cerita ni terima kasih juga pada semua yang sentiasa support Azal dan saya.. semuga Allah membalas segala kebaikkan korang semua dengan semua yang baik baik juga”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Semuga Azal diberi peluang untuk berlakun lagi .. InsyaAllah. Ibu bangga dengan Azal dapat bawak watak ini dengan baik . Tq pada pengarah yang begitu cool dan sabar @rizabaharudin you r the best,” luah Zarina Zainuddin dengan rasa syukur kepada peminat di akaun instagramnya.
Menerusi laporan Harian Metro pula, Zarina menyatakan bahawa Azal pernah terlibat dalam dunia lakonan sebelum ini tetapi hanya sebagai watak sampingan. Kali ini, Azal dapat memegang watak utama untuk telefilem arahan Jasmin Hamid dan Riza Baharudin.
“Sebelum ini, dia pernah berlakon, tapi sebagai pelakon tambahan untuk watak yang sangat kecil. Jadi, kali ini rezeki untuk Azal memegang watak utama dalam telefilem Kasih Dari Syurga ini.
“Saya amat bersyukur kepada pengarah dan penerbit telefilem ini kerana memberi tunjuk ajar kepada Azal dengan penuh sabar.
Tambah Zarina, dia tidak akan menolak jika terdapat tawaran untuk anaknya itu berlakon kerana minat Azal juga ke arah yang sama. Ibu kepada dua anak istimewa itu inginkan mereka untuk berdikari dan memberi peluang kepada diri sendiri.
Meninjau di ruagan komen, Jasmin Hamid turut memberi respon yang positif, ujarnya “Semuanya Allah dah tentukan Rezeki buat mu dan Anak Syurga..kami hanya perantaraan sahaja..love you my friend and family. Nanti Auntie Min buat cerita untuk Azal lagi ya..In Syaa Allah.”
Manakala komen wargamaya yang lainnya pula setelah menonton sendiri kehabatan lakonan yang dibawakan oleh Azal ada seperti berikut :
kang_imam23
“Seorang autisme berlakon drama ?? suatu hal yg sangat luar biaaa… ini yg pertama kali saya dengar… suatu karya yg dibanggakan dan dihargai…. semangatlah terua berkarya…dan tunjukkanlah pada dunia bahwa seorang autisme bisa berkarya …. salam dari Indonesia”
renu_thiagarajan
“Yesterday i watched this drama, very nice and touching…very connected to me as my son age 20 an autism child too. Congratulations to ur son for his nice acting in this drama👍.”
sufiqhadeja
“Memang betul kan..Azal ni cerdik…Saya suka bila ibunya test yang Kira umur tu…aduhai…Kita pun terkial-kial nak tolak…dia terror je…😍”
mustaffazie
“Memang mantap jalan ceritanya sampai leleh air mata tengok pandai Azal berlakon teruskan kejaya mu Azal, terbaik lah”
sakinah_ulolazmi
Best cerita azal berlakon semlm. Saya tgk dgn anak2. Anak pun suka MCM faham lak diorang dok tgk. Baru 3 dan 2 tahun. Tahniah ibu n azal.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya seronok sangat jika kita adik beradik dapat balik ke kampung ketika ini dan dapat berkumpul serentak beramai-ramai setelah sekian lama tidak dapat bertemu dek kerana pandemik Covid-19.
Pun begitu, bila semua berkumpul keadaan rumah tentunya sesak dan memang tidak cukup bilik untuk semua. Terpaksa ada yang tidur di ruang tamu dan sebagainya. Keadaan ini tentu sahaja ada yang rasa tidak selesa.
Pun begitu kalau ada adik-beradik, anak saudara sudah berumahtangga dan sesekali berkumpul ramai di kampung, tentu ada diantaranya ambil pilihan untuk check in homestay atau motel murah untuk tidur dan janganlah dikecam atau perli keluarga tersebut.
Ini sebagaimana perkongsian Puan Insyirah Soleha, ada baiknya diambil iktibar dan panduan agar kita melihat ada betul dan baiknya check in homestay ketika balik ke kampung.
Sesekali Berkumpul Adik Beradik
Benar. Rumah itu dahulunya membesar bersama-sama dari bayi sehingga dewasa, tapi bila sudah berumahtangga ada pasangan tambahan pula kalau ibu menyusu sangat perlu ruang privasi untuk berehat dan menyusu anak.
Apalagi kalau anak-anak kecil yang ramai, terkadang nak selak pakaian duduk mengadap dinding usaha nak tutup aurat masa menyusu tapi baby pula memusing kuak lentang kuak rama-rama. Ada yang meragam menangis beriya nak suruh ibu baring untuk selesa.
Benar. Rumah itu dahulunya boleh sahaja bersesak adik beradik yang ramai, bila sudah berumahtangga ada ipar duai agak susah nak jaga aurat terutama lepas keluar tandas, takkan nak berkemban tuala pula lagi-lagi kalau dah ada anak dara.
Sepupu sepapat ramai, ada sudah bujang ada sudah anak dara tak boleh lagi nak bertepuk tampar sayang macam kecil main kahwin pondok-pondok belakang rumah nenek sambil cari biji getah buat main congkak dan kutip cendawan di pokok getah selepas hujan berhenti. Ada ikhtilat yang perlu dijaga.
Kalau 20 tahun dahulu, kita rasa meriahnya rumah datuk nenek boleh tidur ramai-ramai di beranda atau ruang tamu, hari ini kita dengar banyaknya kisah anak-anak gadis yang pernah kena gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.
Tengah malam tidur separa mati sebab penat lari siang hari, tak sedar selimut terselak nampak aurat lalu pula pakcik lepas balik dari lepak di kedai kopi. Gegar juga iman walau anak saudara sendiri.
Tidur lambak di ruang tamu terutama anak dara atau ibu dara sendiri is a big no. Susah nak pelihara aurat. Dah penat seharian di dapur, tidur tak sedar aurat dah buka. Takkan nak bertudung sentiasa tambah pula musim panas kan.
Aurat Perlu Dijaga
Kadang ada yang ‘segan’ nak balik rumah mertua kerana susah nak jaga aurat.
Benar. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai. Boleh saja sepanjang siang malam berkumpul di rumah ayah bonda nanti nak tidur menginap di homestay atau motel murah, bukan kerana berlagak tak mahu berpanas bertudung sekali sekala tetapi aurat juga sangat perlu dijaga.
Kalau tidak, masakan kita dengar datuk membaham cucu.
Bapa saudara seks grooming anak saudara.
Sepupu sama sepupu terlanjur.
Mungkin 20 tahun lalu kita anggap tak mengapa, lalu hari ini kita terpaksa mengubati mangsa-mangsa yang melalui ujian emosi untuk merawat mental mereka yang trauma.
Jangan ulangi kelam kisah pada masa hadapan.
Anak dara atau bujang teruna, masing-masing perlu dipisahkan. Ibu ayah ambil cakna, kerana kita mahu sekeluarga masuk Syurga.
8 tahun berada dalam industri dan bergelar Imam Muda bukanlah satu tempoh yang singkat. Bagi Asyraf, setiap cabaran dan dugaan adalah perkara biasa.
Justeru jelasnya, kena ada kekuatan untuk berhadapan dengan masyarakat, media dan sebagainya. Namun, akui bapa kepada tiga cahaya mata ini, setiap cabaran yang hadir dapat ditangani dengan baik.
“Kalau sekadar nak seronok, glamor atau jadi ‘ustaz nakal’ bukan susah pun, tapi saya berfikiran jauh kerana apa yang saya bawa adalah bukan sekadar nama sendiri tetapi juga title ‘ustaz’ itu sendiri.
“Kalau dalam proses membantu mana-mana artis wanita misalnya, jika saya rasa lebih baik isteri yang mengambil alih, jadi saya serahkan padanya untuk selesaikan.
“Dalam masa yang sama, saya lebih suka menjaga dan rahsiakan apa yang dikongsi oleh artis berkenaan kerana ini melibatkan aib seseorang.
Belum mampu tambah cawangan
Mengulas mengenai gosip yang kononnya dia bakal berkahwin kali kedua, Imam Muda Asyraf menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya dia mengakui masih belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Tak dinafikan semua lelaki teringin tapi saya tiada perancangan ke arah itu. Memang saya ada terdengar khabar angin tentang hal ini, tetapi apa yang boleh saya katakan sekarang saya belum cukup mampu lagi.
“Keluarga yang sudah sedia ada pun saya rasa belum cukup mampu memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah ‘cawangan’ lain. Jadi, saya rasa cukuplah tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.
“Tetapi siapa yang ada perancangan silakan kalau mampu,” katanya lagi.
Bukan Ustaz Selebriti
Tambah Asyraf lagi isterinya cukup memahami dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.
“Dalam menjalani kehidupan berumah tangga yang sudah masuk 5-6 tahun, jadi dia dah faham peranan saya dalam masyarakat. Cuma bila bercakap tentang hak masyarakat, saya agak kurang ‘selesa’ digelar ‘ustaz selebriti’ kerana saya bukan artis.
“Sebab itu saya agak ‘selektif’ dan tak semua hal rumah tangga diceritakan di media massa kerana orang bukan sekadar lihat apa yang kita sampaikan tetapi juga turut fokus pada cara hidup kita.
Asyraf telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Husna Yusoff pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang puteri, Setiaku Aisyah.
Ditanya mengenai situasi masyarakat sekarang yang ingin berubah namun halangan dan ujian menyebabkan mereka tidak mampu bertahan. Jelas Imam Muda, untuk kekal istiqamah bagi seseorang yang ingin berubah bukan mudah. Manusia berubah ada ketikanya sedikit demi sedikit dan ada juga yang drastik. Justeru, setiap orang perlu hormat pendirian masing-masing.
“Seorang yang berubah ke arah kebaikan ada yang jadi baik dan ada juga sebaliknya. Bukan mudah nak berubah dan istiqamah. Jadi masyarakat kena faham. Malah, istiqamah bukan setakat jahat jadi baik, Itu yang pentingnya peranan orang sekeliling.
“Ada kawan yang rapat, tak perlu jadi ustaz tapi ikhlas dalam menegur. Maksudnya tak da kepentingan, tak cemburu, selalu sampaikan kebaikan, sentiasa mengingatkan. Individu itu sendiri juga kena ambil inisiatif pergi ke majlis ilmu dan bertemu dengan ustaz untuk lebih faham.
“Masyarakat juga kena faham dan ubah persepsi bahawa yang berubah itu akan jadi ustazah. Apabila patah balik ke arah keburukan, masyarakat kena faham bukan salah dia tapi mungkin salah kita sendiri. Jadi, ada masing-masing punya salah.
“Dalam al-Quran sendiri ada menyebut bahawa istiqamah adalah benda yang paling berat sekali, malah Nabi juga pernah kata sampai beruban rambutnya kerana istiqamah. Selagi mana seseorang itu ikhlas berubah kerana Allah dan tak ada niat yang lain Tuhan akan bantu.
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.