Nak buat rumahtangga bahagia bukannya mudah. Jika salah cakap atau bersikap tidak sepatutnya akan buat pasangan memendam rasa hingga mengakibatkan hubungan menjadi hambar.
Malah hingga nak terlalu sempurna hingga lupa untuk bertolak ansur dan sanggup membohongi pasangan tanpa fikir akan ada kesannya kelak dalam rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais menerusi coretannya mengenai sikap segelintir suami isteri. Menurutnya demi bahagia, sikap itu harus ‘dibuang’ agar hubungan kekal harmoni.
Buang 6 Sikap Ini.
Suami isteri kena buang 6 perkara ini agar rumahtangga kekal bahagia. Ya, ambil peduli hal ini, walaupun nampak biasa aje! Tetapi jika dibiarkan berlarutan jadi ‘barah dalam hubungan anda dan pasangan.
1 – Rasa Ego
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Ads
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
Ads
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Ads
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Anak sumbing adalah kurniaan dari Allah untuk ibu bapa yang terpilih. Ia bukan salah keturunan siapa-siapa tetapi satu ujian buat ibu dan ayah.
Sebagai hambaNya yang beriman, kita seharusnya bersyukur kerana terpilih menerima ujian tersebut.
Memetik kenyataan Pakar Pergigian Ortodontik, Unit Ortodontik, Kinik Pergigian Cahaya Suria, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Mohd Zambri Mohamed Makhbul, sumbing bibir dan lelangit adalah keadaan rekahan pada bahagian bibir atas, lelangit atau kedua-duanya.
Sumbing bibir dan lelangit berlaku pada awal kehamilan ketika fasa perkembangan janin iaitu apabila dua tisu mulut yang sepatutnya bergabung, tidak bergabung dengan sempurna.
Dengan perkembangan teknologi perubatan ibu bapa yang dikurniakan anak sumbing tak perlu gusar dan harus mengetahui bahawa keadaan anak mereka boleh dipullihkan serta berfungsi dengan normal.
Menurut doktor, ibu bapa perlu memahami bahawa rawatan pesakit sumbing ini memerlukan masa yang lama. Motivasi yang tinggi daripada ibu bapa dan pesakit sendiri dapat menjamin kejayaan rawatan.
Kisah Inspirasi Anak Sumbing Lan Solo
Penyanyi Lan Solo dan isterinya Sheila Hassim yang dikurniakan anak yang sumbing sentiasa berfikiran positif dan terbuka berkongsi tentang keadaan anaknya itu sejak lahir lagi.
Nur Amna Quxandra atau lebih mesra dengan panggilan Xandra dilahirkan pada 24 Februari kini sudah berusia 4 tahun.
Menerusi perkongsian terkini, Sheila Hassim menerusi akaun Instagramnya, ibu anak empat itu menasihati ibu bapa yang dikurniakan anak sumbing supaya jangan cepat berasa sedih dan rendah diri.
Kisah pengalaman Sheila dan suami yang menjaga dan merawat anak mereka patut dijadikan inspirasi dan panduan buat pasangan yang bakal menimang cahaya mata yang sumbing.
Yang penting jangan rasa rendah diri dan sembunyikan anak tersebut. Cari info dan panduan yang betul untuk merawat masalah anak sumbing.
Lately ni ramai dm KY tny progress cleft bibir Xandra.
Ok KY share la perjlnn spjg 4 thn sejak Xandra lahir.
Video ni KY ambik mlm tadi masa dia tido supaya nmpk jelas kesan jahitan dia skrg.
Xandra operate bibir kat PPUM masa umo 3 bulan dan berat masa tu ngam2 5kg.
Bil hospital yg kene byr dlm rm 700++ je x silap sbb ada subsidi masa tu drpd NGO yg mmg bantu anak2 sumbing.
Jangan Panik & Dapatkan Info Yang Betul
So, parent yg dah detect baby cleft, cepat2 register dgn CLAPAM ya.. hny mereka yg pakar dlm mengendalikan proses baby cleft dr lahir & akan guide kita smpi la baby selamat operation.
Call 0122059140 (Pn Zuraini) bgtau je kondisi baby.
Jgn panik & jgn baca drpd mana2 grup yg info nya x sahih.. sbb nanti mental down.
Parent yg ada anak cleft mcm Xandra ni, uols kene enjoys the moment.. bukan pk kenapa boleh sumbing & start salah menyalahkan smpi keturunan pon terkait sama.
Semua ni Allah nk bagi saham pahala pd kita utk membesarkan anak2 cleft.
So mommy & daddy out there.. anak sumbing bukan cacat. malah mereka akan memberikan senyuman paling cantik bila dah selesai operate nanti.
Isteri kalau merajuk bukan dia mengada-ngada tapi ada sebabnya.
Kadang dia penat, terlampau penat uruskan anak-anak dan suami. Suami pula langsung tak kisah malah tak membantu. Inilah yang buat isteri berjauh hati.
Buat suami, baca tulisan Ustaz Ebit Lew ni.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk, Tadi balik dari penang ke kl jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer…dia menangis…24jam asyik marah jer..menjerit. marah dan pukul anak-anak..
Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya..saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah…kasihan anak-anak..
Mana suami puan. Di belakang tu. Suaminya datang salam saya..suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tak biasa orang cium tangan saya…
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua..Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini..
Sunnah bawa bahagia. Rasul saw yang amat kita cintai teramat menghargai wanita. Dan melayan mereka dengan baik..
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya..
Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama..
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita..masa tu kita bantu buat kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kaseh sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kaseh jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga..
Baca dengan cinta dan kasih sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita..dengar dengan cinta dan perasaan. Dengan jiwa..pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.
Kasihan ramai isteri jadi over stress , sakit jiwa. Sakit. Kurus…dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak..
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga..dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi saw. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri..
Abang tu kata terima kaseh ustaz..syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama…
Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gelagat si kecil bernama Jebat Jayden ini sering mencuri perhatian ramai. Ada sahaja kaletahnya yang mencuit hati, lebih-lebih lagi percakapan dan loghatnya sentiasa mencuit hati.
Anak kepada Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad ini meraih perhatian warganet menerusi rakaman terbaru ditiktok yang dimuatnaik apabila ibunya.
Menerusi video tersebut, kelihatan mereka sekeluarga sedang menunaikan solat berjemaah. Video yang berdurasi 17 saat itu memperlihatkan Jebat turut sama berjemaah dengan ibunya Nabila dan juga ayah tirinya, Engku Emran. Lucunya gelagat Jebat yang dilihat beberapa kali asyik membetulkan kopiah yang dipakai.
Adat si kecil memang suka memerhati, sepanjang solat juga dia berkali-kali menoleh ke arah ibu dan ayahnya yang sedang kusyuk solat di sebelah.
Sememangnya anak-anak seusia Jebat walaupun masih kecil namun sifat ingin belajar menebal dalam diri.
Begitu juga dengan Jebat, nampak comel kan apabila mahu mengikut ibu dan ayahnya solat. Lebih-lebih lagi ketika nak sujud, sampai terlentang atas sejadah untuk sujud. Lucu betul gelagatnya.