Seperti membayangkan situasi sendiri, pelakon Puteri Sarah menyifatkan usia 36 hingga 40 tahun sebagai tempoh kemuncak seseorang manusia berdepan ujian paling getir dalam kehidupan.

Sarah yang kini berusia 36 tahun berkata, ujian yang diturunkan Allah dalam kehidupan merupakan satu lumrah, bukti kasih sayang dan ingatan Pencipta kepada hambaNya.

” Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah.

” Tak kira lelaki atau perempuan. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

” Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅. Masa inilah ada rumahtangga yang gagal, hilang kerjaya, ada yang mula sakit, ada yang dikhianati sahabat sendiri, diuji dengan mslah kwangan dan anak-anak membesar dan banyak akal.

IKLAN

“Ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat. Kenapa? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Allah sayang. Dia jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang,” tulisnya dalam perkongsiannya di Instagram.

Pada masa sama, dia berkata, usai menjengah usia 40 tahun, setiap individu seharusnya sudah mencapai titik ketenangan yang sebenar selain lebih dekat dengan Maha Pencipta.

“Hati lebih sabar, tenang, bahagia, sempurna, nampak arah tujunya serta mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

IKLAN

“Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

“Tapi, jika kita ini asyik ulang silap yang lepas, pada usia 40 nanti sama saja perangai sampai ke tua. Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya pada usia 40 kepada Rasulullah,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusuf dikatakan sedang bergolak hingga menjadi perhatian netizen.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Sumber : Instagram Puteri Sarah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI