Mengekalkan ikatan perkahwinan yang  bahagia hingga ke akhir usia tentunya menjadi harapan buat semua pasangan suami isteri. Namun bukanlah perkara yang mudah, ia memerlukan usaha dan ‘perjuangan’ bersama antara keduanya bagi memastikan kasih sayang yang dibina terus mekar dan kekal untuk selamanya.

Pelbagai cara dapat dilakukan dan salah satunya adalah saling menghargai pasangan masing-masing pada hari anniversary perkahwinan.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Ini memandangkan dengan menyambut anniversary akan menjadi detik yang membahagiakan sama ada bagi suami mahu pun isteri . Bukan sahaja dek kerana pemberian hadiah atau jambangan bunga ros sebagai tanda ingatan bagi mengenang kembali detik memulakan ikatan cinta menjadi suami isteri.

Bahkan dengan ucapan ingatan tulus ikhlas daripada pasangan juga sudah cukup membuatkan sambutan hari istimewa tersebut memberi makna yang tidak ternilai.

Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Datin Emylia Rosnaida di mana baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 20 tahun bersama Dato AC Mical.

Menerusi laman sosial instagram, menulis nukilan indah buat suami tercinta sambil memuat naik foto mereka untuk tatapan umum.

“Very Manja & Very Prety…” Sweetnya Ucapan Anniversary Ke 20 Dato AC Mizal Buat Isteri Tercinta!

IKLAN

“Ya Allah syukur pada Allah dah 20tahun kita bersama , today 10.10 is our Anniversary yang ke 20 tahun , tq b , menjaga i dan anak-anak dengan baik , susah senang kita bersama, u kerja kuat tak kira masa untuk i & anak2, I appreciate it so much , syukur pada Allah kerana memberi i seorang suami dan bapa yan baik for me dan anak2, tq B

“Selama jantung ini berdetak. Ku akan selalu menjagamu. Hingga akhir waktu. Selama nafas ini berhembus. Tak akan ada cinta yang lain. Hingga Tua Bersama. Love u B , Happy 20th Anniversary.

“Very Manja & Very Prety…” Sweetnya Ucapan Anniversary Ke 20 Dato AC Mizal Buat Isteri Tercinta!

Di akaun Instagram yang sama menerusi hantaran berbeza, Dato AC Mizal pula menitipkan kata-kata romantis dan harapan indah buat isteri tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emylia Rosnaida (@emyliadac)

“Let me tell u all something about my ex girlfriend ni yang i dok sayang dia from 20 years ago u know….very manja n very prety for me…she ni my best friend n partner i dalam semua benda i buat….i love her so much sampai tak sangka dah 20 tahun…eh lupa lak i kahwin dia k!…sampai hari ni i rasa macam semalam je jumpa…love u b…happy 20th anniversary and more to come.MUAAHH!,” tulis Dato Ac Mizal.

ARTIKEL BERKAITAN : AC Mizal Artis Pertama Buka Stesen TV, Pernah DiPerlekeh Mujur Datin Emylia Beri Sokongan Kuat.

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK : “Lembut Je Bercakap Anak Bujang” – Dato AC Mizal & Isteri Buat Kejutan, Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Anak

Meninjau  di ruangan komen, rata-rata peminat dan wargamaya berasa tumpang gembira dan memberikan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Happy Anniversary Dato & Datin! Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. 🤲🏻

 

Happy anniversary dato & datin! Semoga kekal selamanya..teruskan bercinta setiap hari..berbahagia hingga ke jannah..amin..suka sgt tgk datin dato..very loving couples..love sgt! 😍😍..❤️❤️

 

IKLAN

Happy aniversarry ❤️❤️ Sweet nya kata2.. Datin dan Dato saling melengkapi hingga sempurna dimata msg2.. mudahan Allah terus rahmati kalian hingga ke syurga Allah

 

Alhamdullilah, may your happiness and beautiful marital bliss last till HIS Jannah, Aamiin ❤❤❤

“Very Manja & Very Prety…” Sweetnya Ucapan Anniversary Ke 20 Dato AC Mizal Buat Isteri Tercinta!

Sekadar info, AC berkahwin dengan Emylia pada 2002 dan hasil perkahwinan, pengacara itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Reeve dan seorang anak perempuan, Fea Eryssa.

 

Sumber : Ig emyliadac

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Very Manja & Very Prety…” Sweetnya Ucapan Anniversary Ke 20 Dato AC Mizal Buat Isteri Tercinta!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI