Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa hibanya apabila anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya memberitahu dia mimpi ayahnya kerana terlalu rindukan bapanya itu.
Fattah berkongsi perkara itu ketika menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya kurang meluangkan masa dengan anaknya.
Kata Fattah meskipun jadual kerjanya padat namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
Ads
“Perkongsian Instagram baru-baru ini menunjukkan antara momen saya dapat berjumpa dengan Fatima tapi sudah tentu situasi tidak sama macam dulu.
“Kalau ada yang kata saya sibuk sehingga ketepikan Fatima, itu tidak benar. Jadual kerja saya sudah disusun awal dan tarikh melawat Fatima juga sudah dipersetujui.
Ads
“Dalam sebulan, saya dibenarkan melawat dan bermalam bersama Fatima beberapa kali.
“Saya sentiasa masukkan waktu melawat dan bermalam dengan Fatima dalam jadual saya. Tiada istilah saya sibuk dan tidak masa untuk Fatima,” katanya.
Ads
Pun begitu kata Fattah apa yang membuatkan dirinya paling terkesan adalah emosi Fatima tambah pula anak kesayangannya itu mengadu mimpikan dirinya.
Akui Fattah lagi dia tidak dapat menahan sebak dan rasa sedih apabila Fatima pernah bermimpikan dirinya kerana terlalu rindu.
“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy. Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jamal Abdillah umum jantina, nama anak ke tujuh, bakal lahir Januari 2025. Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah berkongsi jantina anak kelima yang bakal dilahirkan pada Januari 2025.
Bayi itu adalah hasil perkahwinan dengan isteri, Datin Zai Izzati. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali berkata, bayi yang dijangka lahir pada awal Januari tahun 2025 adalah perempuan.
Pasangan itu sudah memilih nama untuk bakal cahaya mata mereka. Jangkaan lahir pada 7 Januari 2025. Nama anak kelima ini singkat sahaja iaitu Magdalena Yamani.
Dalam pada itu, disoal adakah merancang untuk memiliki zuriat lagi pada masa akan datang, pelantun lagu Azura yang kini berusia 65 tahun itu mengakui bahawa dia berserah kepada rezeki Allah.
“Kalau boleh nak 10 orang anak, apa pun berserah dan bergantung dengan rezeki Allah,” kata Jamal.
Sementara itu, Izzati berkata, segala persiapan sudah dilakukan dan mengakui teruja menyambut kelahiran anaknya.
Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap. Baju dan keperluan dah buat. Sebab dijangka tidak lama lagi.
Dah masuk anak kelima pada saya semuanya semakin mudah, kalau barang lama yang boleh pakai akan diguna semula.
Untuk info, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 201. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Bertugas di barisan hadapan ketika wabak Covid-19 adalah amat mencabar. Sejak dua tahun lepas dunia di landa wabak, barisan hadapan tetap teguh memberi khidmat bakti untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang dijangkiti.
Mereka yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus memerah keringat sejak wabak pandemik mula melanda negara ini.
Begitu juga dengan doktor ini, Ahmad Zakimi Abdullah atau dikenali sebagai Dr Zek tetap teguh memberi khidmat. Pada masa yang sama hati tetap gundah memikirkan keselamatan ahli keluarga. Mana taknya, setiap hari dirinya merupakan berhadapan dengan pesakit Covid-19. Risiko keluarga dijangkiti agak tinggi.
Namun siapa sangka, dalam berhati-hati itu, setelah dua tahun serangan Covid-19, ahli keuarganya dijangkiti wabak ini. Hati mana yang tidak sebak. Bagaimanapun semua ini harus dialui dengan tabah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan mendoakan dia dan keluarganya diberi kesembuhan.
Aku tidur memang tak lena sejak dari awal mula pandemik COVID19. Tidur malam asyik mimpi ngeri. Apa taknya sebab aku sendiri bekerja menguruskan pesakit-pesakit COVID19 dilapangan. Maka terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ada pelbagai mimpi ngeri aku alami.
Ada satu mimpi tu aku pergi perang tanpa apa-apa senjata mahupun kelengkapan perang lain. Apatah lagi ‘bullet proof jacket’. Aku ditembak oleh ‘sniper’ terus kena di jantung. Aku terus bangkit dari tidur. Masa terjaga aku terus fikir yang Allah masih lagi beri aku peluang untuk hidup. Allahu.
Aku ada juga bermimpi berperang dalam episod mimpi lain tapi jadi ‘sniper’ pula. Kali ini aku sudahpun memakai ‘bullet proof jacket’. Aku dihujani beribu peluru sebab aku telah dikepung.
Satu peluru telah mengena dibahagian lengan kiri. Terus aku terjaga dan aku beristighfar. Ada lagi mimpi-mimpi lain. Nanti aku cerita lain kali. Mimpi aku dikejar zombie. Haha. Setelah 2 tahun COVID19 melanda negara kita, aku berkhidmat sebagai barisan hadapan di Jabatan Kecemasan tentunya sangat berisiko.
Beribu pesakit COVID19 aku tengok dan rawat. Ada juga pesakit COVID19 yang serius yang dapat diselamatkan dan ada juga yang gagal tak dapat diselamatkan. Innalillah. Aku sering berdepan dengan tangisan dari ahli keluarga yang kehilangan orang yang tersayang. Bukan sekali tapi berpuluh-puluh di depan aku sendiri. Allahu.
Sedih, hiba, tak payah nak cakap. Ketika itu negara kita baru mulakan program vaksinasi. Aku sendiri rasa takut jika dijangkiti ketika itu lebih-lebih lagi aku dan puan isteri tentunya barisan hadapan yang berisiko.
Kini aku, puan isteri dan 5 anak; Alya, Amar, Amir, dan 2 anak istimewa kami Affan dan Afnan sedang dikuarantin. Kami sekeluarga dijangkiti COVID19. “Abang, Ita dan semua anak-anak positive PCR setelah 2 tahun lebih kita bertahan,” ujarku kepada puan isteri, wajah murung.
“Takpe bang. Kita semua dah vaksin. Should be orite,” balas puan isteri. Aku bertahan dalam erti kata sangat berhati-hati supaya kami tak kena. Tak payah aku nyatakan dari mana punca kami dijangkiti.
Alhamdulillah, kami telah divaksin maka kami semua mengalami gejala ringan (CAT 2a) dengan izin Allah. Kalau tak memang teruk aku kena sebab aku dan anak aku, Alya pesakit asthma. Adalah sekali dua serangan asthma ringan-ringan macam biasa.
Itulah keberkesanan vaksin sangat teruji baik dengan izin Allah. Alhamdulillah anak-anak pun semua ok.
Aku terus teringat akan mimpi-mimpi ngeri sebelum ini. Itulah, jika divaksin maka ada pelindung. Jika kena sekalipun taklah dapat COVID19 yang serius. Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah. Kawan-kawan semua, pergi ambik booster ya. InsyaAllah.
Kurang dari sebulan sesi persekolahan baru nak bermula. Mak ayah yang anaknya pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah dah nervous siapkan apa yang patut untuk kegunaan sekolah.
Dalam banyak-banyak hal berkaitan sekolah, yang akan huru-hara hidup mak ayah semestinya melengkapkan buku anak mengikut jadual harian mereka.
Mana tidaknya, nak cari buku latihan satu hal, buku teks satu hal. Kemudian nak pastikan semua buku itu ada, kena buat dua tiga kali pemeriksaan, barulah rasa lega.
Kini tidak lagi! Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, dia berkongsi cara untuk menguruskan buku anak-anak dengan mudah menggunakan fail berzip mengikut pelajaran. Ia bukan sahaja memudahkan anak-anak untuk melatih mereka mengikut jadual, malah buku yang disimpan juga terjaga dengan rapi.
Contoh boleh diguna pakai utk parents yg anak baru nak darjah 1, kami buat kat si abg qimie dari darjah 1 dan sehingga sekarang darjah 4 alhamdulillah last dia berdikari dan mudah utk dia atoq jadual sendiri :: 😍❤ kongsi dari rakan fesbook jugak
1. Senang anak ikot jadual
2. buku terjaga dan xlunyai
3. xberselerak dan bercampur dalam beg
4. Confirm buku xkan tercicir
Kredit: Raihan rashid
Gambar: Fariha Norbaya
Cara ibu ini diakui oleh orang ramai yang menggunakan kaedah yang sama untuk anak-anak mereka. Walaupun nampak seperti beratkan beg dengan fail tersebut, tapi sedikit sebanyak kita boleh melatih anak-anak menguruskan jadualnya sendiri di masa akan datang.