Kala ini, apabila melihat pakaian seragam prajurit, pasti perasaan hiba mengenang tragedi dua helikopter terhempas pada minggu lepas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini. Namun sambutan itu dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Apa pun masih terbayang wajah-wajah isteri, anak, suami dan ahli keluarga lain meratapi pemergian pewira negara ini. Namun hakikatnya semangat juang mereka sungguh tinggi untuk berkhidmat kepada negara.

Video yang dipaparkan oleh laman sosial Berita Tentera Darat Malaysia begitu ‘touching’ apabila melihat semangat anak muda berpakaian uniform prajurit. Jati diri yang tinggi untuk berkhidmat kepada negara. Biarpun nyawa jadi taruhan kelak demi berkhidmat kepada negara tercinta.

“Very Touching…” Ikuti Latihan Komando, Penuntut Berbangsa Cina Undang Sebak

IKLAN

Apa yang lebih meruntun jiwa, menerusi video yang dikongsi didapati seotang anak muda berbangsa cina ini meluahkan semangat untuk bergelar komandor. Jiwa yang kental tanpa rasa gentar.

Kata-kata semangat menerusi video berkenaan membuatkan ramai memberi komen pembakar semangar. Malah ada yang meluahkan rasa hiba akan semangat mereka.

IKLAN

Video berdurasi dua minit 18 saat itu telah mendapat 1 juta tontonan yang pastinya memberikan semangat semangat patriotik kepada tanahair.

IKLAN

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia

 

Sumber: FB Berita Tentera Darat Malaysia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI