Siapa sangka, hujan yang tidak berhenti turun sejak 17 Disember lalu telah menyebabkan kejadian banjir di kawasan Lembah Klang. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda musnah.
Dalam pada itu, sudah pastinya banyak kenderaan tidak dapat diselamatkan akibat ditenggelami air. Ketika ini pastinya ramai yang hiba setelah air surut sudah pastinya kenderaan rosak dan berlumpur.
Ekoran banjir yang melanda negara, tinjaun di socmedia mendapati beberapa tip telah dikongsi bagi membalut kereta ketika banjir. Cara berkenaan dikatakan dapat mengelak air memasuki kenderaan. Malah ada juga yang kata ia tidak praktikal.
Sebagaimana perkongsian puan Siti Zulaikhakongsi kisah benar bagaimana kereta ayahnya selamat dari bah banjir. Katanya video yang menjadi viral itu adalah tahun 2014 ketika banjir besar melanda di pantai timur termasuk keluarganya yang di Kemanan Terengganu.
Selanjutnya ikuti perkongsiannya.
Ads
Disebabkan viral plastik ni jadi kite post sekali lg ye. Video ni video lama tahun 2014..masa ni adik2 saya Mohd FirdausAdam AmzanDaniel Amzan kanak2 ribena & kurus kering lagi.. kah kah kahdalam simpanan ada video waktu buka sahaja.. video masa pasang dah hilang dari radar.
yg mana kata “banjir xboleh di ramal jd plastik ni sgt x relevan” mmg betul x boleh di ramal tp utk negeri2 yg biasa banjir diorg mmg sentiasa bersiap sedia bila tiba musim tengkujuh.
ni salah 1 ikhtiar ye..selebihnya Tawakal..
Relevan balut plastik untuk lindungi kereta.
Menjawab persoalan netizen, wanita berkenaan menjelaskan bahawa penggunaan plastik itu amat membantu ketika banjir.
Ads
Pengalaman tahun 2013 rumah dinaiki air telah menjadi pengajaran kepada ahli keluarga.
Justeru, berbaloi apabila tahu 2014 hingga sekarang jika banjir melanda, harta benda keluarganya selamat.
Malah cara beliau ini membuatkan netizen kagum. Malah ada yang merancang berbuat demikian untuk persediaan banjir kelak.
Mulianya seorang ibu hingga doanya tiada hijab. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak.
Pun begitu, betapa ruginya kalau sebagai ibu tidak menggunakan kelebihan tersebut untuk sentiasa mendoakan mendoakan anak-anak. Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.
2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kunyit mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dan pada zaman sekarang kunyit banyak digunakan dalam penghasilan produk kecantikan yang banyak dijual di pasaran. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kebersihan, pastinya akan memilih untuk menghasilkan sendiri jus atau ubat yang menggunakan kunyit sebagai bahan utama.
Perkongsian dari pengguna Facebook, Puan Sumaiyah Abdullah tentang cara membuat homemade serbuk kunyit menjadi perhatian warganet. Ikuti step by step cara cara membuat serbuk kunyit dengan mudah.
Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade
Kunyit hidup yang matang sesuai untuk dituai bagi mendapatkan khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia dari 7 hingga 10 bulan. Untuk pengetahuan anda, kunyit hidup yang betul-betul matang, batang dan daun kunyit mula mengering. Kunyit yang telah siap dituai harus diproses dalam jangka masa dua hingga ketiga hari.
Berus gigi sangat sesuai untuk membersihkan tanah atau kekotoran yang terdapat pada kunyit.Anda perlu mencuci kunyit yang telah dituai. Disarankan anda menggunakan berus gigi untuk mencuci segala kekotoran yang terdapat pada kunyit hidup tersebut. Sila pastikan akar juga turut dibuang dan tanah juga pasti melekat padanya.
Kunyit perlu dikeringkan terlebih dulu sebelum diproses menjadi kunyit serbuk.Setelah siap dicuci bersih, sila keringkan kunyit tersebut dan ia perlu dibiarkan selama sehari sekurang-kurangnya. Anda juga boleh skip step ini jika ingin cepat untuk membuat serbuk kunyit.
Proses kukus dan rebus kunyit hidup adalah untuk menghilangkan kuman dan bakteria dari tanah. Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Ia perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu.
Ia bertujuannya untuk:
Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi dengan lebih cepat.
Menghilangkan bau tanah dan juga kekotoran.
Untuk mencantikkan warna kunyit hidup.
Membunuh kuman atau sebarang bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
Untuk menghilangkan getah kunyit dan kelembapannya.
Tempoh merebus atau kukus yang paling sesuai adalah lebih kurang selama 30 minit atau hingga ke 45 minit.
Air rebusan kunyit atau air kunyit juga boleh diminum untuk kebaikan luar dan dalam badan.Inilah rupa kunyit yang telah siap dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus, warna kunyit juga boleh berubah apabila direbus atau dikukus.
Selepas ia direbus, kadangkala warnanya juga boleh bertukar.Langkah yang seterusnya adalah kunyit tersebut perlu dihiris nipis-nipis dan siap untuk dikeringkan.
Tips Menjemur Kunyit Hidup
Elakkan direct cahaya matahari dan seeloknya di bawah pokok atau di bawah bumbung rumah.
Keringkan lebih kurang dalam masa 7 hingga 10 hari. Bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca panas terik, kunyit akan lebih cepat kering.
Pencahayaan untuk proses mengeringkan hirisan kunyit sangat penting agar ia cepat kering.
Inilah hasilnya selepas kunyit ini dikeringkan selama 5 hari.
Selepas dikisar, ia perlu ditapiskan supaya mendapatkan kunyit serbuk yang lebih gebu dan halus. Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam blender atau pengisar kering. Sila ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul menjadi halus.Hasilnya selepas dibuat sendiri, selain dapat jimat dan kebersihan serbuk kunyit juga terjamin.Ini hasilnya serbuk kunyit yang telah siap diproses.
Apabila dibuat sendiri pasti anda akan berpuas hati selain dapat menggunakannya lebih banyak kunyit powder.Kemudian cari botol-botol yang cantik dan refill.
Sedia untuk digunakan untuk masakan yang menggunakan serbuk kunyit. Betul tak cara buat serbuk kunyit sangat mudah?
Selamat mencuba.
Sumber: Sumaiyah Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.