Sememanggnya aloe vera atau lidah buaya telah sejak lama dimanfaatkan dalam pengubatan tradisional. Malah untuk kecantikkan wajah, daun lidah buaya ni, bukan aje sapu dimuka, banyak manfaatnya termasuk boleh dimakan. Pastinya pelbagai khasiat yang diperolehi jika diamalkan. Perkongsian puan Nur As Shifa Halim ini pastinya membuatkan ramai teruja, terutama yang ada pokok lidah buaya ni di rumah. Ikuti perkongsiannya untuk mengetahui cara-cara bagaimana beliau melakukan proses memasak lidah buaya sehingga menjadi jus minuman yang berkhasiat.
Resepi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco
Kami share step by step kat gambar la kan senang nak terang. Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau). Sebelum ni tak lalu jugak nak makan, byk buang ja aleo vera yg tua2 tu sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii.
Ads
Baru ni, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resepi bagi puas hati. Finally sedap rupanya Aleo Vera ni
Ads
Nak lagi bagus boleh makan mentah2 gitu, lagiii banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih2 supaya tak gatal dan selamat dimakan.
Ads
Cara-cara membuatnya
Pilih yang matang (tua). Macam mana nak tau? Cuba tekan tengah2 tu kalau keras padat dah boleh harvest (tuai). Yang suami sis tanam ni spesies bila kecik ada bintik2, dah besaq hilang bintik tuPart ni sangat penting. Nak keluarkan Aloe Latex (cecair kuning tu). Boleh akibatkan gatal2 kalau tak bersih elok2. Ni suami sis tegakkan Aloe Vera yg dituai tadi, tegakkan dalam 1-2 jam. Alhamdulillah kami buat step ni tak dak gatal2 tekak ka apa bila makanLepas proses “tegak” tu basuh bersih2. Nak senang potong kepada 2 @ 3bahagian ikut keselesaan anda nak proses. Sebab time 1st time buat, suami sis luka jgk tapak tangan. Duri Aloe vera agak tajam.Buang bahagian tepi dulu (bahagian duri)Buang kulit bahagian atasBuang kulit bahagian atasPastu potong ikut suka saiz. Nak senang, (sebab bendanya berlendir mudah lari2 potong dulu ikut saiz yg nak, tapi disarankan petak2 sederhana jgn kecik sangat nanti tak feel time gigit2 . Lepas potong macam ni, amek sudu korekk ja dari atas.So dapat lah macam ni hasilnya. Basuh bersih2. Dah boleh rebusRebusan kali pertama 30minit (Aloe Vera + air saja) Rebusan ni ikut la nak rebus lama mana, disebabkan sis tak tahan bau dia, so up 30minit ? Lepas rebus ni buang air rebusan tu. Kalau sapa yg nak kekalkan khasiat lagi boleh je kot try celur.Rebusan kali kedua dlm 15min saja (Aloe Vera+Gula batu+daun pandan) sukatan agak2 angpa saja nak manis manaSiap untuk dihidanggg sedap naaa rasa macam peel fresh Marigold tuDisebabkan rebusan kedua tu sis dah letak gula batu. So cedok sekali air rebusan +Aloe vera tu, masukkan sirap sikit, tambah biji selasih, ais dan hirisan lemon. Sedap angpa oiii
Minuman yang pastinya menyegarkan badan dan berkhasiat. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masakan adakalanya jadi kurang rasa gara-gara tidak boleh merasa. Tak ketinggalan juga hidangan yang terlebih masin hingga seakan pahit rasanya.
Jangan panik atau terus sahaja dibuang sahaja, sebaliknya iktiarkan beberapa cara untuk selamatkan hidangan ini.
Beberapa bahan yang kita tidak jangka sebenarnya bertindak menyerap garam dalam sesuatu makanan. Kentang dan beras misalnya bertindak menyerap rasa garam ini. Selain itu anda boleh usahakan 4 cara lain untuk pulihkannya. Jom cuba.
Apa kata cuba 5 cara mudah ini pasti membantu menghilangkan rasa masin tersebut. 1. CUCI DENGAN AIR
Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan
kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan. 2. TAMBAH KARBOHIDRAT
Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak. 3. MADU / GULA
Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.
4. TAMBAH CECAIR
Jika hidangan jenis berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan. 5. JUS LEMON / LIMAU
Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan puasa hari tu punya la craving nak makan ayam percik, tapi tak dapat-dapat. Kalau beli pun selalunya tak puas makan, mungkin rasanya tak memenuhi citarasa sendiri, harganya lagi. Betul tak?
Dah kebetulan esok cuti sampai Isnin, boleh la masak sedap-sedap makan dengan keluarga tercinta guna resipi yang mudah dan ringkas dari perkongsian Puan SuiSan Aliezsha di laman Facebook miliknya. Jom tengok cara membuatnya!
Sy share lg resepi ayam percik yg sy buat jual ni..moga ilmu yg kita kongsikn manfaat bt semua .. korang nk buat utk family time cuti² raya nt boleh la cuba..
Resipi Ayam Percik
1. Ayam cuci ptg2 toskan.. 2. Cili kering,bwg besar,bwg putih,halia,serai,kunyit hidup,(diblend) 3. Ketumbar & jintan manis (dblend halus) Tumis bhn² tanpa myk,pastikan garam gula secukup rasa, masukkan ayam masak setgh masak..kemudian letak ayam diatas stand renjis olive oil,myk masak pn bleh.. bakar pd suhu af 200-15minit (brgantung af masing² xckup masak tambah masa), suhu oven 180-20 minit..
Utk kuah.. 1. Cili kering,bwg putih (dblend) 2.sos cili,gula merah,gula pasir & 1 sudu besar tpg jagung,.. Panaskn kuali@periuk,masukkn cili,masukkn sedikit air kacau² sehingga cili masak, kemudian masukkn sos cili,gula,air gula merah,& tpg jagung..kacau sehingga kuah jd pekat, pastikn gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dlm kuah tu, selamat mencuba semua!
Hendak masak kari memang mudah. Sesiapa pun boleh menyediakannya. Bagaimanapun untuk mendapatkan kuah kari yang sedap, likat, pekat dan merah ada caranya. Kuah kari yang cantik tentulah yang warnanya merah.
Kuah kari tidaklah kiralah kari ayam, daging, ikan, sotong dan sebagainya memang sedap dinikmati bila kuanhnya likat, pekat dan merah warnanya. Selain dimakan bersama nasi, kari juga enak dinikmati bersama pulut kuning dan roti jala.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat hari yang sedap dan dalam masa yang sama ‘cantik’ warnanya.
Mak-mak boleh cuba tip ini ya!
1.Pilih rempah
Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & makanan laut. Pemilihan rempah kari juga sangat penting, pastikan yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.
2.Tumis hingga garing
Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan.
3.Santan
Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan agar menambah rasa lemak. Namun bagi kari jenis makanan laut seperti udang, ketam, sotong mahupun ikan, tidak perlu menambah santan untuk menjadikkan ia lebih sedap.
3.Lebihkan hirisan bawang putih dan halia
Hirisan bawang putih dan halia juga dapat membantu meningkatkan keenakan rasa dan aroma hidangan kari yang disediakan.
4.Asam jawa
Jangan pernah tinggal untuk menambah asam jawa ke dalam masakan. Ini akan dapat membantu memberi rasa masakan lebih enak dan bercita rasa.
5.Kentang
Perlu tahu kentang lebih enak ditambah didalam kari ayam atau daging, berbanding kacang bendi yang lebih sesuai dimasukkan dalam kari udang mahupun ikan. Hirisan kentang juga berperanan untuk memekatkan lagi kuah kari dan sekali gus menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.
6.Hilangkan bau
Jika anda ingin menyediakan kari ikan, sebaiknya campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan untuk ‘memotong’ bau hanyir ikan tersebut.
7.Tambahkan rempah
Selain rempah kulit kayu manis dan bunga lawang, boleh juga dicampurkan dengan rempah lain seperti biji sawi, halba dan jintan putih. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
8.Garam
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik dan setelah masukkan santan perasakan sekali lagi dengan garam.
9.Tomato
Memberi rasa masam yang original, masukkan bersama hirisan tomato untuk rasa yang lebih sempurna.
10.Daun kari
Tumis daun kari bersama tangkainya sekali dengan bahan tumisan lain untuk memastikan aromanya mewangi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.