Mengikut pengetahuan ringkas berkenaan Vitamin C, pastinya ramai antara kita sedia maklum dengan pengambilan Vitamin C ini ianya sangat bagus untuk merawat kulit agar kekal sihat dan berseri.
Lantas untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, kita merasakan dengan mengambil dos yang tinggi, itu adalah lebih baik. Pun begitu, tanggapan tersebut adalah salah dan tahukah anda apabila seseorang mengambil vitamin C dengan kadar yang tinggi melebihi keperluan tubuh ianya akan mengundang padah!
Hal ini dijelaskan oleh Dr Hafsah Sazali dan bagus kiranya kita fahaminya dengan lebih jelas tentang Vitamin C ini.
PERANAN VITAMIN C DALAM KESIHATAN KULIT
Vitamin C adalah penting untuk pembentukan kolagen, sejenis protein yang memberi struktur dalam tulang, gigi, kapilari darah dan membantu penyerapan zat besi. Dalam bidang kulit, vitamin C yang juga merupakan antioksida digunakan dalam bentuk topikal (sapuan).
Kajian menunjukkan ia bertindak sebagai agen anti-penuaan serta rawatan bagi masalah pigmentasi kulit, dan kerosakan dalam kulit akibat radiasi matahari. Tiada kajian kukuh membuktikan ia berkesan sebagai rawatan penyakit kulit kronik seperti ekzema.
Walau bagaimanapun, penghasilan produk yang mengandungi formulasi vitamin C yang stabil dan berkesan adalah mencabar. Oleh itu, ia menghadkan penggunaan dan kajian lanjut bagi vitamin C topikal untuk tujuan rawatan kulit.
Ads
‘VITAMIN C NI KAN BAGUS, JADI KALAU AMBIL SUPLEMEN VITAMIN C DOS TINGGI LEBIH BERTAMBAH LA MANFAATNYA. BETUL TAK DOKTOR?
Vitamin C memang bagus tapi ini tidak bermakna pengambilan yang banyak dengan suplemen memberi lebih manfaat. Kekurangan vitamin C menyebabkan scurvy yang mempunyai gejala seperti keradangan gusi, kekeringan mulut, mata dan kulit serta folikel rambut. Scurvy boleh dirawat dengan pil suplemen vitamin C. Selain scurvy, tiada bukti kukuh vitamin C dos tinggi merawat penyakit kulit. Berbeza dengan tanggapan terdahulu, kajian terkini menunjukkan suplemen vitamin C tidak mencegah demam selsema. Ia mungkin bermanfaat untuk golongan tertentu sahaja yang melakukan aktiviti fisikal yang ekstrem seperti pelari marathon dan pemain ski.
Jumlah vitamin C yang diserap oleh badan terhad walaupun dos yang jauh lebih tinggi diambil. Oleh itu, jika anda ambil vitamin C beribu-ribu milligram sekali pun, kebanyakannya dikumuhkan dan keluar melalui air kencing.
Ads
Vitamin C dos tinggi mempunyai risiko seperti cirit-birit, batu karang dan kegagalan buah pinggang. Dos tinggi juga boleh membawa kesan sebaliknya sebagai pro-oksida, menyebabkan kadar zat besi berlebihan dalam badan, dan mudarat kepada pesakit-pesakit kronik buah pinggang, G6PD, thalassemia dan haemochromatosis. Kes-kes kerosakan buah pinggang sudah dilaporkan di jurnal perubatan dan rakan-rakan saya sendiri yang juga doktor buah pinggang pernah merawat kes sebegini.
Tambahan pula, kebelakangan ini ramai pengguna yang sanggup mengambil banyak suplemen berbentuk pil dan suntikan intravena tidak berdaftar (Perlu diingatkan bahawa TIADA suntikan vitamin C yang diluluskan oleh KKM). Hakikatnya, produk tidak berdaftar adalah tidak diketahui asal usul, kandungan, dan keselamatannya. Sudah tentu risikonya tinggi.
TAKKAN MAKAN SUPLEMEN VITAMIN PUN TAK BOLEH? DOKTOR NI ANTI-SUPLEMEN KE?
Kami membentangkan fakta berdasarkan bukti kajian terkini. Ini tidak bermakna kami anti suplemen. Suplemen yang diluluskan diperlukan oleh golongan tertentu dan perlu diberikan mengikut garis panduan.
Ads
Doktor yang beretika tidak akan menasihati pesakit supaya membeli suplemen tanpa bukti kukuh mengenai manfaat sebagai rawatan, apatah lagi jika ada risiko. Rujuklah pada yang pakar jika nak ambil mana-mana suplemen.
Saya sendiri sebagai doktor merujuk kepada garis panduan pakar nutrisi. Mengikut Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (2017), dos vitamin C yang disarankan bagi orang dewasa dan warga emas ialah 70mg sehari. Dos lebih tinggi diperlukan bagi golongan tertentu seperti ibu mengandung (80mg sehari) dan menyusukan anak (95mg sehari).
Ada banyak makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C (boleh rujuk senarai yang saya sertakan). Pinggan Sihat Malaysia yang dianjurkan KKM menyarankan buah-buahan dan sayuran sebagai separuh jumlah setiap hidangan yang diambil. Anda juga akan mendapat nutrien-nutrien lain serta serat.
Pesan saya, Makanlah ikut keperluan, bukan kehendak.
Sumber : Dr Hafsah Sazali
MB, BCh, BAO (NUI, RCSI), LRCP & SI
MRCPI
PGDip Clinical Dermatology
MSc Clinical Dermatology
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak cuba tanam sayur sendiri di rumah, apa kata cuba kacang panjang renek ini. Tak perlu nak buat para atau tempat untuk pokok ini menjalar. Sebaliknya tanam saja menggunakan pasu sahaja. Nak tahu caranya, jom admin kongsikan kaedah penanaman pokok kacang panjang renek oleh puan Yusnita Jajuli Kacang Panjang Renek/Kerdil
Pokok kacang ni KakYus tanam bulan lepas, masa musim PKPB. Sekarang PKP dah boleh kutip hasil. Tanam dua pokok boleh la makan untuk keluarga kecil kami.
Sesiapa yang baru nak mula tanam sayur, KakYus cadangkan tanam pokok kacang panjang renek ni. Boleh la buat aktiviti bersama anak2.
Pokok ni mudah nak tanam. Pokoknya rendah, tumbuh menegak, tak perlukan kawasan luas, tak perlu sokongan dan tak menjalar.Sesuai tanam dalam pasu. Cuma perlukan biji benih, tanah, pasu dan air. Baja sekali sekala. Dalam masa 45 hari dah boleh kutip hasil. Selamat mencuba
Sebagai seorang isteri dan ibu, tentunya kita sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dan dalam masa yang sama turut mencari rezeki untuk membantu suami. Bahkan tidak dinafikan, telah berkorban masa dan tenaga demi menyediakan kehidupan sempurna buat anak dan keluarga.
Tanpa sedar, beban kerja sebeginilah yang meletihkan kita sebagai kaum wanita. Bekerja siang malam tanpa henti tidak kira di rumah atau di pejabat lazimnya mendedahkan kepada rasa letih, lesu, rasa sengal-sengal pada bahagian kaki dan sebaginya.
Lantaran itu, memberi rasa kelegaan pada diri boleh dilakukan sendiri di rumah dan kesannya seakan seperti menerima rawatan di Spa. Ini sebagaimana petua yang dikongsikan oleh Ruviantie Roslan dan telah merasakan kesannya daripada amalan tersebut memberi kesan yang baik untuk dirinya.
Jadi buat anda yang ingin mencuba, jom buat seperti yang dikongsikannya ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT KAKI
Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki.
Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.
Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila bila masa.
Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul betul menjadi.
Bahan bahan yang diperlukan:
Garam
Halba
Serai
Halia
Lengkuas
Daun limau purut
Daun Pandan
(tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – ekceli boleh letak daun apa saja yang ada khasiat.
Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.
*masa rendaman tu akan terasa seolah olah kaki kita disedut sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.
Ini hanyalah penyediaan traditional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan Doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya
Supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah g spa urut kat sana
Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan. Kebiasaannya, purin hadir secara semulajadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
.
Diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi. Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.
.
Tujuan pengurusan pemakanan bagi pesakit gout adalah supaya untuk mencapai berat badan ideal dan tabiat pemakanan yang baik, mengelakkan sesetengah makanan yang tinggi kandungan purin, mengambil makanan yang baik dan membantu mengawal paras asid urik
Prinsip asas diet bagi pesakit gout :
.
1. Penurunan berat badan – berlebihan berat badan meningkatkan risiko untuk menghidap gout. Kajian mencadangkan penurunan kalori dan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout. Penurunan berat badan juga akan mengurangkan tekanan terhadap sendi-sendi.
.
2. Karbohidrat kompleks – makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin penuh yang membekalkan karbohidrat kompleks. Elakkan makanan dan minuman yang ada kandungan sirap jagung tinggi-fruktosa (high-fructose corn syrup), serta hadkan meminum jus buah-buahan yang semulajadi manis. Metabolism fruktosa dalam badan akan menghasilkan asid urik seterusnya meningkatkan parasnya dalam darah.
.
3. Minuman – kekalkan hidrasi dengan meminum banyak air kosong.
.
4. Lemak – elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak.
.
5. Protein – pilih bahagian daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan kekacang sebagai sumber protein.
Saranan makanan atau suplemen yang lebih khusus :
1. Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
2. Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu, kambing dan khinzir.
3. Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Oleh itu, pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.
4. Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
5. Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.
6. Makanan dan minuman manis bergula – hadkan/elakkan makanan manis bergula seperti bijirin manis, kuih muih manis dan roti/bakeri. Hadkan pengambilan jus buah-buahan yang semulajadi manis.
7. Vitamin C – Vitamin C mungkin membantu menurunkan paras asid urik. Bincang dengan doktor/pegawai dietetik tentang kesesuaian suplemen tambahan 500 mg vitamin C dengan diet serta pelan perubatan anda.
.
8. Kopi – terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan kopi secara sederhana berkemungkinan membantu penurunan risiko gout. Namun, pengambilan kopi mungkin tidak sesuai jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain. Berbincanglah dengan pegawai dietetik untuk menentukan kesesuaian jumlah kopi dalam diet anda.
Diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout. Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.
Diet yang bersesuaian, disamping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di