Kurus setiap kali hamil memang payah namun inilah yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Norafiza Mahmud atau Cik Oya, berkongsi jawapannya.
Soalan : cik oya mesti kurus setiap kali sebelum hamil ke?
Ini soalan yang di banjiri inbox saya gara -gara saya kongsikan artikal saya kurus setiap kali sebelum hamil.
Pertama,
Kurus sebelum hamil kembali adalah syarat yang saya letakkan pada diri sendiri. Syarat ini juga saya minta suami penuhi. Bantu saya untuk lengkapkan syarat ini sebelum saya hamil.
Kedua,
Saya minta suami bantu saya untuk memberi peluang pada diri saya sendiri untuk cantik setiap kali selepas hamil dan sebelum hamil kembali.
Ads
Ketiga,
Ini salah satu helah kepada suami, konon syarat ini dapat membantu cik oya untuk melengah-lengahkan proses hamil anak yang ke-2, ke-3, ke-4, ke-5.
Ha ha
Konon jarak anak-anak 3 tahun sekali. Sekali kurang 2 tahun hamil lagi. Aduh.
Ads
Naya betul.
Tak boleh la tenguk aku kurus sikit. 5 bulan kedepan membulat lagi. Alhamdulillah rezeki.
Kurang 3jam kau orang akan lapar. Sediakan kudap-kudap seperti,
Epal
Lobak merah
Badam
Timun jepun
Keledek
Makan kudap kudap sebelum kau orang rasa lapar. Jangan sesekali meninggalkan isyarat lapar kepada otak. Kesannya, kau orang akan makan sehingga kenyang.
Kredit: Norafiza Mahmud
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. Begitu luahan hati penyanyi, Azmi Saat yang baru sahaja menimang cahaya mata pada 8 November lalu.
Berkongsi kisah dan perkembangan terkini anaknya, Khalisa Insyirah, Azmi meluahkan rasa syukur yang tak terhingga atas pengalaman berharga ini.
Tambah Azmi lagi, 42 hari menjaga dan membesarkan Khalisa sebagai ibu dan bapa, bermacam perasaan yang sudah dirasa.
“Alhamdulillah. Hari ni sudah hari ke 42 Khalisa Insyirah dilahirkan.
“Moga Khalisa membesar dengan sihat, menjadi anak solehah dan penyejuk hati Ayah dan Ibu.
“Tahun ke 12 perkahwinan kami, akhirnya Allah beri kami peluang untuk membesarkan seorang anak manusia.
“Sepanjang 42 hari ni macam-macam perasaan ada. Bersyukur tak terhingga. Rasa macam tak percaya pun ada. Waktu Khalisa nangis tapi tak tahu nak apa, rasa stress pun ada. Macam-macam perasaan silih berganti,” kongsi Azmi menerusi media sosialnya.
Bapa penyayang ini juga turut memuat naik wajah terkini Khalisa selepas berusia sebulan lebih. Memang comel.
Bahkan Azmi turut mendoakan agar dia dan isteri dipermudahkan untuk dan membesarkan anak mereka. Tambah pula tanpa bantuan kakak ipar dan ibunya yang selama ini membantu sejak Khalisa lahir.
“Hari ini juga hari pertama saya dan isteri mula menguruskan Khalisa tanpa bantuan orang lain setelah Kakak Ipar dan Ibu saya pulang ke tempat mereka.
“Mohon kalian doakan kami agar dapat menjaga amanah Allah ini sebaiknya. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Terdahulu, Azmi dan isterinya, Nazira Muhammad selamat menimang cahaya mata kedua mereka, Khalisa Insyirah pada 8 November lalu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pejam celik pejam celik, siapa sangka rupanya tinggal beberapa hari lagi sahaja anak-anak kita akan bercuti panjang bagi mengakhiri sesi persekolahan 2022/2023.
Difahamkan anak-anak kita akan bercuti hampir sebulan, bermula 18 Februari dan berakhir hingga 19 Mac 2023. Jadi apa perancangan ibu ayah untuk mengisi ruang masa yang ada ini ye? Andai tiada lagi perancangan, apa kata anda bawa anak-anak bersuka ria dengan mandi manda di Splash Out Langkawi.
Taman tema air Splash Out Langkawi ini adalah yang pertama ada di pulau penuh dengan mitos dan legenda, Pulau Langkawi. Taman tema air ini mempunyai himpunan permainan air yang mendebarkan dan pastinya meriangkan buat anda seisi keluarga.
Dibina dengan keluasan 12 ekar di Bandar Kuah; yang hanya 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekali gus menjadikan ianya mudah untuk anda sekeluarga sampai ke destinasi percutian.
Menarik Di Splash Out Langkawi
Keterujaan anak-anak untuk merasai keriangan di Spalsh Out Langkawi akan dapat dirasai bermula daripada pintu gerbang taman tema tersebut.
Apa tidaknya anda sekeluarga bersama pengunjung yang lain akan diiringi dengan 12 tarikan berinspirasikan laman maritim. Secara tidak langsung, membuatkan anda merasakan seolah-olah berada dalam sebuah pengembaraan di lautan dalam.
Tidak dengan itu, menggandakan keseronokan anda sekeluarga adalah ketika berada di Sprinkle Island, taman permainan interaktif dengan penyiram air gergasi, dan Big Splash Kingdom, di mana kanak-kanak bakal disiramkan dengan 250 liter air selang setiap beberapa minit.
Bagi individu yang lebih gemar untuk memanjakan diri, anda boleh berenang di kolam gelombang, Wild Water dengan kedalaman 6 kaki. Lalu bermalasan dalam pelampung menyusuri River of Life, sungai buatan dengan perjalanan yang lebih nyaman dan sesuai untuk seisi keluarga.
Selain itu, Slaid air dan tunggangan yang mendebarkan seperti Ragin’ Racers dan Perfect Storm pula sesuai untuk individu yang mahukan aktiviti ekstrem. Biarkan jeritan anda berkumandang saat berlumba turun pada kelajuan 50km/sejam dan hanyut merentasi corong parabola 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah.
Terokai juga Poseidon’s Revenge yang juga dipercepatkan oleh sebuah jet hidro menaik yang diakhiri dengan terjunan ke dalam terowong gelap dengan kesan visual unik.
Begitu juga jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan di Splash-Twister dan Splash-Python yang semestinya bukan untuk mereka yang lemah semangat. Tunggangan yang memacu adrenalin ini bakal membuatkan anda berpusing ke bawah seperti roller- coaster. Tambahkan lagi keterujaan anda dengan mencuba Shipwreck Falls, sebuah kapal karam di mana anda akan merasai terjunan curam, sebelum diterbalikkan sekali gus menjadi tunggangan paling ekstrem di sini.
Sekiranya slaid tunggangan air pantas dan pusingan mengejut bukan untuk anda, lewati Rainbow Rider yang bakal menghadirkan pengalaman menarik untuk semua peringkat umur.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ada Pelbagai Menu Untuk Dinikmati
Sudah pasti para pengunjung taman tema air yang paling tegar memerlukan rehat yang secukupnya untuk menambah tenaga dengan mengisi perut yang lapar. Terdapat pelbagai pilihan menu yang enak disajikan di Medan Selera Seafarers Haven.
Anda sekeluarga juga boleh menjamu selera di East India Coffee & Tea Company yang menghimpunkan menu pastri, kek dan minuman panas. Bahkan anda juga boleh pergi ke salah satu kios F&B di sekitar taman air untuk mendapatkan snek, jus buah-buahan atau menikmati ais krim yang menyegarkan.
Sekiranya ingin kekal terhidrat, Refuel adalah hentian pit yang mudah dengan menawarkan jus, soda dan minuman isotonik.
Kembara seharian anda sekeluarga pastinya terasa tidak sempurna sekiranya tidak singgah ke Bass Harbour Outpost and Supply. Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan cenderahati dan barangan eksklusif Splash Out Langkawi seperti mainan, aksesori, barangan fesyen dan banyak lagi.
Jadi usah tunggu lagi, ayuh rancang percutian anda sekeluarga ke sini dan rasai keseronokkan yang luar biasa.
Ekstra info :
Splash Out Langkawi dibuka setiap hari Rabu sehingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 7 malam. Kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm mendapat kemasukan percuma manakala tiket masuk untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah berharga RM35.
Tiket dewasa berharga RM50 (13-60 tahun), dan tiket warga emas berharga RM35 (lebih 60 tahun).
Penduduk tempatan Langkawi layak mendapat Pas Langkawi dengan bayaran RM30 setiap tiket.
Para pengunjung juga boleh membeli Pas Family Rides untuk menikmati permainan Rainbow Rider, Big Splash Kingdom dan Wild Water pada harga RM25.
Semua tiket boleh dibeli lebih awal menerusi laman web rasmi Splash Out Langkawi atau pada hari kemasukan di taman tema air. Untuk tidak beratur panjang, langgan Admiral Express Splash Pass dengan hanya RM25 sahaja!
Atau untuk lebih lanjut lagi boleh layari laman web Splash Out Langkawi dengan klik DI SINI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan roti putih antara makanan yang sentiasa ada di rumah. Apatah lagi anak-anak memang menggemarinya. Jadi tidak hairanlah kita sebagai ibu ayah akan sentiasa membeli roti tidak kira waktu bagi memastikan anak-anak boleh menikmatinya bila terasa lapar.
Namun baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan notis memperlihatkan kenaikan harga roti berjenama Gardenia.
Rata-rata orang ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga tersebut apatalh lagi sebelum ini, Gardenia sudah pun menaikkan harganya pada 1 Disember 2021 membabitkan kenaikan 30 sen untuk Original Classic 400g dan 45 sen untuk Original Classic Jumbo 600g.
Ternyata ianya bukan khabar angin, dan memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, ia susulan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produknya.
“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.
Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.
Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.
Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.
Surat mengenai perubahan harga produk roti Gardenia yang dihantar kepada peruncit itu juga tular di media sosial dan turut dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama @KlutzyKucing.
“Ingatkan 1 September 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45 jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naik,” ciapnya.
Perubahan harga itu menyaksikan harga produk roti Gardenia naik lagi dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.
Berikut disenaraikan harga baru Roti Gardenia yang berkuatkuasa 1 September 2022 :
Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3.00
Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4.00
Rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5.00 kepada RM5.50
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...