Salah satu cara untuk merangsang perkembangan otak anak adalah dengan membenarkan mereka explore dan bermain. Biarlah bersepah rumah, asalkan kemahiran sosial anak dapat dibentuk, berkreatif ketika bermain adalah satu rangsangan untuk membentuk keyakinan diri serta pemikiran anak.
Pelakon cantik, Raja Ilya, antara selebriti yang gemar berkongsi aktiviti yang dibuat bersama anaknya. Talita Love yang kini berusia 2 tahun dilihat begitu aktif dan suka melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahirannya berfikir.
Satu video yang dikongsikan oleh Raja Ilya menunjukkan Talita sedang bermain di rumahnya. Dapat dilihat Talita membina menara menggunakan tisu tandas. Bukan itu saja, ketika bermain Raja Ilya menggalakkan Talita untuk turut belajar mengira.
Tulis Raya Ilya melalui kapsyen, setiap kali hari penghantaran tisu tandas, inilah aktiviti dengan Talita.
“Every time Toilet roll delivery day , mcm ni laa activity dengan Talita .. Melayan dia bina tower . Chop!! Lepas tu Sapa nak kemas ??!!! Aduhhh..”
Lebih baik lagi, ketika bermain tisu tandas Talita menggunakan pemikiran kreatifnya untuk menyusun tisu tandas menjadi menara yang tinggi.
Ads
Sama ada dalam bentuk gegelung, bongkah atau cawan, apa saja aktiviti membina menara adalah bagus. Menerusi aktiviti ini, anak akan mengenali saiz, warna, keseimbangan dan bentuk. Dengan cara ini, anak akan jadi lebih bijak, kritis dan kreatif.
Sebab itulah, Talita mampu membina menara tisu tandas yang tinggi tanpa bantuan sesiapa. Good job Talita!
Anak bukan sahaja pengikat kasih sayang, malah mereka jualah penawar segala duka. Hilang segala penat tatkala dapat menyentuh dan memeluk anak sendiri.
Lebih-lebih lagi jika dikurniakan anak yang cukup memahami seperti Nadi Anaqi yang merupakan anak kepada pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Shera memberitahu anaknya itu meminta dia berehat jika penat membuat kerja rumah.
“Mommy tengah masak tadi tiba-tiba Anaqi tanya, “Mommy tak tired ke?” Terkedu kejap kenapa dia tanya macam tu.
“Kenapa Anaqi tanya mommy macam tu?” Saja aku nak tahu apa yang ada dalam kepada dia,” tulis Shera di kapsyennya.
Rupa-rupanya, anak lelakinya memerhati segala perbuatannya selama ini yang asyik buat kerja tanpa henti.
“Terdiam aku sambil tersenyum sendiri. Memang aku penat ya amat. Tuhan je yang tahu. Sambil masak dalam kepala fikir kerja lain yang menanti untuk diselesaikan.
“Tapi bila Anaqi cakap macam tu, aku terus lupa sekejap penat. Menambah semangat aku untuk teruskan kerja.
“Betul lah anak ni penguat segalanya. Mommy doakan Anaqi sentiasa dikurniakan kebaikan dan menjadi insan hebat dunia dan akhirat. I love you so much Anaqi!,” ujar Shera lagi.
Menjelang raya, semestinya yang masih ada keluarga akan pulang ke kampung. Waktu itu, rumah yang dihuni orang tua mula akan dipenuhi dengan anak menantu cucu disetiap sudut penjuru rumah. Meriah betul! Namun, tidak semua kediaman ada bilik yang cukup untuk menampung semua orang sehingga terpaksa tidur beramai-ramai.
Tapi bila dah berkumpul ni… Tidak dilupakan untuk menitikberatkan isu aurat sesama ipar duai. Ada yang memilih untuk tinggal di homestay atau hotel demi keselesaan dan menjaga aurat, malah ada yang memilih untuk tinggal di rumah sahaja.
Lain pula dengan pengguna aplikasi Tiktok ini, dia nekad untuk tinggal di rumah tetapi ada cara yang tersendiri untuk kekalkan aurat terjaga. Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita dilihat sedang mendirikan khemah di ruang tamu sebagai persediaan untuk tidur di rumah mentua.
Raya tak raya, aurat tetap kena jaga…malam ini kita try tengok tidur dalam khemah, panas ke tak
Tambahnya lagi, ia dilakukan kerana ketika di kampung kebanyakan bilik tidur akan penuh kerana kepulangan sanak saudara. Perempuan itu turut akui suaminya enggan tidur di homestay walaupun sudah berulang kali dipujuk. Maka, cara sedemikian sahaja dapat mengelakkan aurat dari terdedah terutama bagi sesiapa yang lasak ketika tidur.
Bila semua orang balik kampung raya nanti, bilik takde so plan nak pacak khemah rumah mentua. Janji aurat terjaga. Maklumlah tidur lasak, ngisaauuuu
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji inisiatif wanita tersebut kerana disifatkan sebagai bijak dan kreatif. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman peribadi tatkala pulang menginap di kampung.
Baru saja selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 17 Mei lalu, selepas empat bulan, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil berkongsi wajah terkini buah hati keduanya, Raja Urayyan.
Menerusi satu entri terbaru Uyaina, wajah comel Raja Urayyan yang kini berusia hampir empat bulan dikongsikan ibunya dalam pelbagai gaya.
“The reason (s) for my Kangaroo Pouch. @rajaurayyan,” tulisnya di kapsyen.
Uyaina terlebih dahulu berkongsikan wajah comel Urayyan ketika dilahirkan dan kemudiannya kini makin membesar iaitu pada usianya empat bulan. Makin comel dan berisi badannya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut Uyaina di Instagram memuji wajah comel Urayyan, gabungan wajah ibu dan ayahnya yang jelas ketara.
Semoga Urayyan terus sihat membesar dan membahagiakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, kehadiran Raja Urayyan pada 17 Mei lalu melengkapkan lagi keluarga kecil Uyaina. Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran yang mendirikan rumahtangga pada 21 Disember 2021. Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.