4 Tahun Menanti Zuriat, Setahun Allah Bagi Pinjam, Ibu Kongsi Kronologi Anak Meninggal Dunia Asbab Tidur Meniarap

Hati ibu mana yang tidak meruntun jiwa, cahayamata yang ditunggu sekian lama meninggalkan kita terlebih dahulu.

Lebih sebak apabila hanya diberi peluang hanya setahun sahaja untuk mengecapi bahagia bersama cahayamata.

Namum kita sebagai hambaNya tiada punya daya untuk menghalang, pasra dan redha apa yang berlaku sebagaimana tuntutan agama akan membuatkan hati tenang.

Begitulah dugaan berat buat ibu, Zulaikha Jarkasi yang kehiangan anak yang baru berusia setahun asbab adik Harith tidur menirap, ketika ditemui wajahnya sudah biru dan lemah.

Menurut kata pengasuh, adik Harith tidur menirap, ketika ditemui wajahnya sudah biru dan lemah. Lalu dibawa segera ke klinik berhampiran. Namun disebabkan Dr tiada kelengkapan, adik Harith segera di bawa ke hospital namun Allah lebih sayangkannya.

 

Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

IKLAN

4 Tahun Menanti Zuriat, Setahun Allah Bagi Pinjam, Ibu Kongsi Kronologi Anak Meninggal Dunia Asbab Tidur Meniarap

Selamat berehat sayang mamayah dari dunia yang kejam. Walaupun perit terpaksa mamayah lalui kerana Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Berat sungguh ujianMu Ya Allah. 4tahun mamayah tunggu awak tapi Allah bagi pinjam setahun je untuk kami menumpang kasih, merasai pengalaman menjadi mamayah. Terima kasih nak untuk setahun bersama kenangan kita. Ramai yang tertanya2 apa sebenarnya yang terjadi pada harith.

KRONOLOGI KEMATIAN ADIK  HARITH ASBAB TIDUR MENIARAP 

20 oktober 2022
Masa ni mama shift pagi (7am-2pm). So, 6.30am mama serahkan harith ke pengasuh seperti biasa. Sebelum keluar rumah tukar pampers ape sume lepastu letak harith dalam carseat. Masa ni memang die dah berjaga, dalam carseat pun berjaga. Die tak sambung tidur balik.
.
9.54am mama whatsapp pengasuh tanya keadaan harith macam mana. 11.04am pengasuh reply “harith tidoq, tadi berjaga lama, hee”. Pukul 11.59am ada nombor tak dikenali call dan die beritahu nama mama serta mengatakan anak mama nama muhammad harith ada kat kecemasan, diminta untuk turun sekarang. Masa tu mama tak tahu ape yang berlaku dan mama terus call ayah minta datang cepat. Mujur ayah angkat call sebab ayah tengah tido sebab kerja malam time tu.
.
Sampai dekat rhesus mama tengok harith dah terbaring atas stretcher sambil dikerumuni oleh doktor2 dalam keadaan mata terpejam. Mama sangat buntu dan terkejut dengan apa yang terjadi sebab pagi tadi mama hantar ke pengasuh ok je. Hampir 20min doktor2 cuba selamatkan harith. Alhamdulillah nadi harith kembali berdegup tapi tiada respon dari harith. Masa ni ventilator dan wad tak sesuai untuk paeds jadi kene transfer ke PPUM utk warded dan ventilator support yang sesuai untuk harith. Masa ni mama tak nak jumpa pengsuh lagi takut mama tak dapat kawal perasaan mama jadi mama pilih untuk berdiam diri dulu. Bagi husbnd yang jumpa pengasuh dan tanya kejadian sebenar.
.
Menurut apa yang diceritakan oleh pengasuh, lepas mama hantar tu dalam 6.40am suami pengasuh bagi susu dan main2 seperti biasa. Manakala anak2 pengasuh seramai 4orang tidur diruang tamu bersama2 dengan harith waktu itu. Pukul 9.30am harith menunjukkan tanda2 sudah mengantuk dan mahu tidur jadi suami pengasuh bagi susu. Susu yang diminum tak habis pun diminum lepastu harith lepaskan botol dan terlena. Dalam pukul 10lebih anak2 pengasuh yang tidur diruang tamu sudah mula bangun dan membuka TV. Suami pengasuh berpesan “ jangan bising nanti harith bangun”. Mungkin disebabkan bunyi bising jadi harith tersedar dari tidur. Masa ni suami pengasuh yang take over menjaga harith sebab pengasuh pening kepala kerana hamil 2bulan jadi pengasuh tidur dibilik.
.
Suami pengasuh bawak harith masuk ke bilik dan tidur bersama2nya sekali. Baki susu yang tidak dihabiskan diberi sekali lagi dan harith pun tertidur. Katil quen, rapat di dinding dan diletakkan bantal disebelah dinding supaya kepala harith tak terkena dinding. Disebelah harith ada pengasuh dan suami pengasuh yang tidor bersama2 di didalam bilik. Dalam 11 lebih suami pengasuh tersedar dan ingin mengejutkan harith kerana sudah tiba waktu makannya. Sewaktu nak kejutkan harith yang tengah tido meniarap suami pengasuh nampak muka harith dah biru dan lembik. Mereka terus bergegas ke klinik putra perdana. Sampai disana, doktor yang bertugas berkata die tiada alat yang mencukupi dan diminta terus dibawa ke hospital. Suami pengasuh meminta doktor untuk panggilkan ambulan tetapi doktor cakap ambulan lambat sampai jadi kena segera ke hospital. Dengan handphone dan wallet tertinggal dirumah serta rumah yang tidak berkunci mereka bergegas ke hospital yang berhampiran. Bila mama tanya kenapa tak call mama bagitau yang harith tak sedar kat rumah. Dia cakap mase tu panik tak tau nak buat apa dan mereka terfikir klinik je paling dekat dan handphone suami tertinggal di rumah, handphone pengasuh tiada bateri.
.
Doktor buat MRI tiada pendarahan. Buat xray pun clear takde tanda2 tersedak susu. Kalau nak kata harith sakit dia sihat je sewaktu hantar ke pengasuh. 15hb sampai 17hb tu memang die ade batuk dan terima rawatan. Tapi 17hb tu die dah ok, takde batuk2 dah. Nak kata punca tido meniarap pun mustahil sebab budak setahun kepala dah cukup kuat untuk alihkn muka kalau lemas.
.
Begitulah kronologi kisah tersebut. Kalau ade yang bertanya pengasuh ni jaga macam mana ok ke tak. Bagi saya memang die ambil sambil lewa tapi mase tu kte fikir husnusdzhon je la, tak nak buruk sangka dan tak nak jadi parent yang cerewet. Tapi bila dah macam ni saya rasa terkilan sangat. Pernah datang ambil anak dengan tak mandi lagi. Waktu tu saya kursus (8am – 5pm) tapi sebab habis awal jadi saya terus ke rumah pengasuh pada jam 2.30pm dan saya tak maklumkan pada beliau. Sesampainya saya disana die terkejut dengan kehadiran saya dan mengatakan harith belum mandi lagi. Masa tu saya rasa nak marah sangat dan cerita dengan husband. Takpelah kite bertolak ansur dan nasihat jangan buat macam tu lagi sebab kte nak didik anak jaga kebersihan dari kecil lagi. Saya akan bekalkan baju extra jika kotor terkena makanan ke apa.
.
Kes kedua dahi harith bergaris panjang. Bila tanya, dia cakap kena bath tub. Macam tak logik kena bath tub sampai bergaris macam tu.
.
Kes ketiga bibir lebam. Bila tanya kenapa die cakap harith gigit remote tv dengan mainan kuat sangat. Logik ke? Bila kita bagitau semua ni harapnya die lebih berhati2 lah jaga anak asuhan.
.
Andai ada yang berkata “sebab ni lah aku berhenti kerja”. Ketahuilah bahawa semua ibu mempunyai perasaan begitu tetapi apakan daya kita punya kasut lain2.
.
Buat ibu bapa diluar sana jadikan kisah kami sebagai iktibar. Buat pengasuh pula jalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Jika rasa tak mampu nak jaga ke apa berterus terang sahaja dengan parent.
.
Terima kasih buat semua yang mendoakan untuk kesembuhan harith. Tetapi Allah lebih sayangkan harith. Damailah anakku disana. Bermain dengan riang di taman syurga.
#muhammadharith
#bintangsyurga
#Jumaat 28 oktober 2022@11.44am
•••••••••••••••
Edited:
Pengasuh mempunyai 4org anak sendiri dan harith seorang sahaja anak asuhan waktu itu. 4orang anaknya dalam lingkungan 8tahun hingga 3tahun. Pengasuh tidur di bilik kerana alami alahan (pregnant 2bln). Jadi suami take over dan menurut ape yang dicerita suami pun baru balik kerja malam. Pernah berkeras nak hantar harith ke pengasuh lain sebab pengasuh tengah pregnant tapi berkeras juga mahu jagakan harith. Selepas kejadian dahi bergaris, lebam dan tak mandi tu memang dah cari pengasuh lain dan bagi peluang pengasuh tu jaga lagi sampai hujung tahun. (Sy assume maybe die perlukan duit sebab tengah pregnant) kerana die berkeras jangan hantar harith ke tempat lain. Tapi saya terlambat

IKLAN

4 Tahun Menanti Zuriat, Setahun Allah Bagi Pinjam, Ibu Kongsi Kronologi Anak Meninggal Dunia Asbab Tidur Meniarap

Moga ibu ayah arawah adik Harith tabah. Hanya redha pengubat segalanya. Ketentuan Allah Dia Maha Mengetahui. Benar rindu itu menyakitkan. InshaAllah bertemu kembali di syurga nanti.

Sumber: Zulaikha Jarkasi

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

IKLAN
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
4 Tahun Menanti Zuriat, Setahun Allah Bagi Pinjam, Ibu Kongsi Kronologi Anak Meninggal Dunia Asbab Tidur Meniarap

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

4 Tahun Menanti Zuriat, Setahun Allah Bagi Pinjam, Ibu Kongsi Kronologi Anak Meninggal Dunia Asbab Tidur Meniarap

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI