Ada sesetengah orang lepak mamak, mesti akan order sup kat sana. Kalau tak makan dengan nasi, makan cicah roti je pun boleh licin semangkuk!
Nak tahu macam mana cara nak buat sup yang sedap sebegitu? Meh tengok resepi kat bawah ni. Bila dah pandai buat sendiri, dah tak payah lah nak makan kat luar dah kan? Jom cuba!
SUP REMPAH ALA KEDAI MAMAK
Ada yang minta resepi sup mamak saya aritu..jadi saya kongsikan..ni resepinya ye..
Bahan-bahannya :-
ayam kampung potong 4 bahagian (terpulang nak guna kambing or daging lembu)
rempah 4 sekawan – beli di sini
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
halia
cili api merah
4 peket kecik rempah sup (serbuk) – beli di sini
setengah peket rempah kurma (serbuk) – beli di sini
sebiji tomato
garam
bawang goreng – beli di sini
daun sup
sebiji limau nipis
Ads
Cara-caranya :-
1. Rebus ayam kampung yang telah dipotong 4 bahagian bersama 4 rempah sekawan.
2. Sementara tunggu rebusan tadi mendidih, kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili api merah.
3. Bila rebusan ayam dah mendidih, masukkan bahan kisar tadi ke dalam rebusan. Kemudian kacau rata dan biarkan mereneh.
4. Bila dah mereneh, masukkan rempah sup dan rempah kurma, lebur je dalam rebusan tu dan kacau rata dalam api sederhana.
Ads
5. Masukkan sebiji tomato yang telah dipotong dadu, biarkan mereneh lagi.
6. Perasakan dengan garam, masukkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Kacau rata.
7. Kemudian keluarkan ayam, toskan.
8. Perah sebiji liau nipis.
Ads
9. Bila tengok kepekatan dah cantik, rasa pun dah ok, tutup api.
10. Bila nak makan, potong kecil ayam rebus tadi. Letak dalam mangkuk, tuangkan sup dan hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng,
** Awalan rebus nak masuk carrot pon ok..bior carrot tu hancur..akan pekat kuah sup tu..untuk saya..untuk sup yang pekat mainan dari bawang besar kisar serta rempah kering..terpulang cara memasing..
Orang kita kalau makan tidak bersambal rasa tidak sempurna juadah yang terhidang. Lebih-lebih lagi yang sememangnya memang kuat makan pedas. Tak ada sambal terasa tidak berselera makan jadinya.
Menyentuh tentang sambal, diakui memang terdapat begitu banyak jenis sambal yang boleh kita sediakan untuk keluarga tercinta. Bukan sekadar sambal belacan atau sambal kicap semata-mata, tetapi jika ingin dikumpulkan berpuluh-puluh jenis sambal ada untuk dinikmati.
Tinggal lagi hanya pilih sambal yang mana satu menjadi kesukaan anda seisi keluarga.
Memudahkan anda untuk menyediakan pelbagai variasi sambal, di sini ada dikongsikan 10 jenis sambal daripada cikgu masakan Afy AL Habibi untuk dicuba.
RESEPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
RESEPI IBU SAMBAL BILIS
1. Bahan kisar :
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 4 biji bawang merah Bombay saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– segenggam ikan bilis goreng
– secubit belacan
Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.
2 . Panaskan minyak gorengan ikan bilis.
Masukkan bahan kisar tadi. Goreng sehingga wangi dan sedikit garing. Guna api perlahan.
3. Masukkan 4 1/2 senduk cili kering kisar.
Cikgu guna cili kerinting + cili kering besar.
Jadilah sambal pedas-pedas manja.
4. Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
Kena betul-betul masak kalau nak cili tahan lama.
5. Untuk petua sambal nasi lemak yang lebih sedap, tumbukkan 1/2 genggam ikan bilis sehingga lumat.
*Rendam terlebih dahulu dalam air.*
Wajib letak. Rasa sambal lain dari biasa. Pengganti ajino juga.
6. Petua kedua, cikgu lebihkan nisse Kelantan atau gula melaka untuk warna sambal merah maroon. Tambahkan juga gula putih dan garam.
* Untuk rasa sambal yang sedap, rasa manis perlu lebih menyerlah dari rasa masin yang tipis sahaja*
7. Petua ketiga, cikgu masukkan 1 sudu besar cuka untuk sambal lebih tahan lama. Pengganti asam keping. Tambahkan juga 1/2 gelas air asam jawa. ( 1/2 gelas air + secubit asam jawa)
8. Teruskan masak sehingga sambal betul-betul sebati. Guna api perlahan sahaja dari awal menumis lagi kira-kira satu jam lebih. Masukkan segenggam lagi ikan bilis yang telah digoreng sebelum ditutup api.
9. Kalau terlampau banyak lapisan pecah minyak diatasnya, boleh dibuang sedikit. Sebenarnya untuk sambal tahan lama, lapisan minyak itu juga yang membantu.
Cara simpan dan guna:
1. Selepas sambal sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Asingkan ikut kuantiti yang hendak diguna. Simpan dalam peti suhu biasa jika untuk kegunaan dalam tempoh seminggu dua. Simpan frozen untuk masa yang lama.
2. Sendukkan sedikit dengan sudu kering. Panaskan tanpa minyak.
3. Masukkan lauk (sotong/ udang ). Biarkan ia mesra dan keluar airnya.
4. Kalau sambal terlalu pekat untuk kegunaan lain, boleh tambahkan sedikit air serta penambahan garam gula ikut kesesuaian.
5. Tunggu lauk masak sekejap, terus tutup api.
Mudah bukan?
RESEPI SAMBAL PENCICAH THAI DAGING BAKAR MERAUNG
1. Sediakan bahan di bawah:
– 3 tangkai cili merah
– 4 tangkai cili padi hijau
– sehiris nipis halia
– 1 relung kecil nisse / gula melaka
– 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Resepi Air Asam Pusaka
1. Bakar semua bahan di bawah.
Guna pan/ boleh bakar atas bara api.
– 4 ulas bawang putih
– 1 1/2 inci belacan
– 6 biji bawang merah saiz bola ping pong
2. Sediakan lesung untuk menumbuk.
– Kupas bawang bakar.
– Sediakan beberapa tangkai cili padi
– 2 biji asam limau nipis saiz besar.
* kalau asam kecil guna 3 biji
3. Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili sehingga lumat.
4. Perasakan dengan
– 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 3/4 sudu besar perencah Hilal
* segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.
5. Kemudian perahkan 2 biji asam limau nipis tanpa biji untuk dapatkan airnya.
6. Tambahkan 1/2 cawan air kosong. Kacau sebati.
Siap!
Sesuai untuk dicicah bersama ikan tuka bakar
RESEPI SAMBAL HIJAU BERLADO
Bahan kisar
A:
– 4 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen)
– 3 ulas bawang putih
– 7 ekor ikan bilis
– secubit belacan
B:
– 5 tangkai cili hijau
– dua genggam cili padi hijau
( untuk sambal rasa lebih kick)
Cara-cara:
1. Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi. (minyak sekali guna)
2. Tumis bahan kisar A sehingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar B.
3. Biarkan cili masak sempurna. Masukkan sekeping asam. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula melaka.
4. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam gula atau perasa mengikut citarasa sendiri.
5. Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
– 3 tangkai cili padi hijau
– 3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
RESEPI SAMBAL CILI KERING LAKSO LEMOK KELATE
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 8 tangkai lada kering besar ( direbus dan dibuang biji terlebih dahulu) cili kering ni tak pedas.
– 4 tangkai cili padi merah + 2 tangkai cili padi hijau
– 1 1/2 sudu besar gula
– 3/4 sudu besar garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
RESEPI SAMBAL NASI KAK VOUGE
– segenggam kecil cili padi merah
– 5 tangkai cili kering ( dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
1. Kisar dua jenis cili di atas dengan :
– dua sudu cuka
– sedikit air kosong
– 1 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/4 bawang Holland (dibakar seketika)
2. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan hirisan bawang Holland dan bawang merah. Kacau sekata.
3. Tambahkan garam gula dan garam jika perlu disesuaikan.
4. Perah sebiji limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau kasturi yang dihiris.
5. Sedia untuk dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– segenggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
Betul-betul sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Roti bakar yang baru diangkat daripada pembakar sememangnya cukup enak kala digabungkan bersama secawan kopi atau teh panas. Tambah enak dan bangkit lagi bila digabungkan bersama karemel daripada pisang emas yang ditaburkan di atasnya.
Resipi mudah lagi ringkas daripada Noriza Awang Hamat ini cukup mudah dan istimewa. Hanya gantikan sapuan kaya atau mentega dan sadurkan dengan marjerin, telur dan pisang emas yang cukup manis. Rasanya memang teramatlah sedap. Tak percaya jom kita cuba!
Memang terbaik la.. roti bakar bertakhta kan kepingan pisang emas. Lemak manis rasanya. Rangup roti yang dibakar garing, kepingan pisang yang berjus apabila digigit. Rugi kalau tak cuba.
Bahan-bahannya :-
Kepingan roti
Marjerin
Kuning telur
Pisang emas
Gula
Cara-caranya :-
1. Sapukan marjerin atau Planta yang dicairkan terlebih dahulu dan kuning telur.
2. Susun kepingan pisang di atas roti kemudian sapukan sekali lagi dengan Planta dan kuning telur. Kemudian taburkan gula.
3. Bakar sehingga garing. Sis guna kuali leper je.
4. Dah siap dibakar.
Mudah betul minuman coklat ni! Nak beli? Meh tekan SINI !
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Dulu Nak Raya Mesti Arwah Mak Suruh Buat”- Lelaki Ni Kongsi Resipi Kek Buah Kukus, Elok Kejadiannya!
Kek buah kukus diakui memang enak, rasanya yang manis dan mewah dengan buah-buahan kering seperti kismis, ceri dan sebagainya menjadikan kek buah begitu digemari. Jadi tidak rugi kiranya kita belajar untuk membuatnya.
Apatah lagi kek buah ini merupakan kek tradisional, rugi pula jika tidak dipelajari dan seterusnya diperturunkan rahsia dan resipinya pada generasi hari ini.
Berkongsi tentang resipi turun temurun dalam menyediakan kek buah kukus ini, Dapur Pak De Nashruddin berkongsi resipi daripada arwah ibunya untuk membuat kek buah kukus yang elok kejadiannya bersama warganet.
Kek yang dimasak nampak membukit dengan buah dan tidak mendap!
Jadi bolehlah jadikan panduan resipi ini buat anda yang teringin nak buat kek buah kukus untuk Raya tahun ini.
Kek Buah Syurga Hati
Bahan 1
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung Naik sendiri
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil baking powder
Bahan atas tu ayak letak bekas…
Bahan 2
8 biji telur
1 cawan Gula
Asin vanilla
Satu sudu kecil overlat
Bahan atas tu pukul sampai kembang@naik..
Bahan 3
Majerin atau mentega 1 cawan setengah
Kacau dalam bekas Hingga lembut
Bahan 4
2 cawan Gula
Masak dekat kuali hingga warna menjadi coklat
Bahan 5
Susu pekat sedikit
Garam
Minyak masak setengah cawan
Bahan 6
Mix fruit@buahan 2 Kotak kecil
Cara buat :
Campurkan tepung pada buah dan Gaul rata..
Untuk buah tu timbul dan campur dalam adunan
Bahan 2 dah kembang dan Naik, masukkan bahan 1..
Gaul rata.. masukkan Pula bahan 3 dan bahan 5… Gaul rata..
Masukkan bahan 4 iaitu Gula yang di masak tadi dan Gaul cepat-cepat.. sebab Gula tu panas.. masukkan bahan 6 iaitu buahan dalam adunan dan tinggalkan sedikit untuk Tabur di adunan..
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...