Kasih sayang ibu tiada batasan.Biarpun berbeza agama, namun itu tidak membuatkan hubungan antara anak dan ibu terputus. Malah wanita ini membuktikan ikatan ibu-anak cukup utuh biarpun si anak memilih untuk menjadi saudara baru dalam Islam.
Beberapa hari lepas tular di media sosial mengenai sepasang suami isteri berbangsa Cina menghantar anaknya yang mempunyai masalah penglihatan ke Darul Quran. Anaknya yang sudah pun bergelar mualaf telah menyambung pengajian dalam peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di sana.
Namun begitu, ramai tertanya-tanya siapakah insan tersebut yang dikurniakan keluarga yang begitu memahami walaupun sudah berbeza agama. Ang Bee Cheng, 48, yang merupakan seorang suri rumah hadir menemani bagi menguruskan pendaftaran tersebut.
Anak sulung daripada tiga beradik, Tan Mike Foong , 23, merupakan pelajar mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Mike Foong membuktikan keupayaan menghafaz 10 juzuk al-Quran walaupun orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak dilahirkan.Kini dia meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditetapkan syarat menghafaz kesemua 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun.
Sudah hafal 10 juzuk
Menerusi Sinar Harian, mualaf yang berasal dari Selangor ini sudah pun bergelar Muslim sejak tahun 2015. Tan Mike Foong, 23 sebenarnya telah menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Dia yang sudah menghafal 10 juzuk al-Quran telah mendaftarkan diri bagi peringkat diploma untuk menghabiskan hafalan sebanyak 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 3 tahun.
Terdedah dengan Islam sejak kecil
Bercerita lanjut mengenai pengislamannya itu, Mike memberitahu telah terdedah dengan agama Islam dan azan sejak kecil lagi. Kemuncaknya apabila selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah mengikuti latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
Persatuan tersebut rajin mengadakan ceramah dan dari situ dia tertarik mendalami Islam dan akhirnya memeluk agama tersebut tanpa pengetahuan ibu dan ayah.
Mike Foong memeluk Islam pada 2015 yang ketika itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dia yang menerima pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubu Bharu dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur pernah meniru suara azan di rumah kerana seringkali mendengar laungan tersebut dari surau berdekatan kediamannya di Batang kali.
Menurutnya, terdapat sebuah tentera di belakang sekolah menengah yang akan memasang bacaan al-Quran sebelum masuk solat.
“Bila dengar azan saya tak rasa ia satu muzik, tapi kalimah. Sampailah masa berada di tingkatan empat, saya akan buka radio untuk dengar bacaan solat terawih.
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ikut latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
Ads
“Ramai yang beragama Islam dan bila mereka ada kuliah agama yang dikendalikan Ustaz Mat Noor, saya bersama dua rakan bukan Islam akan dengar,” katanya.
Mike Foong berkata, pada satu hari, pihak persatuan menjemput seorang pendakwah mualaf kerana ada di antara mereka yang ingin tahu tentang Islam.
Menurutnya, dia turut serta dalam perbincangan tersebut sebelum diajukan beberapa soalan berkaitan fitrah kejadian penciptaan dan pencipta.
“Pada hari itulah saya lafaz dua kalimah Syahadah dan sekali lagi seminggu kemudian ketika daftar secara rasmi di pejabat agama.
“Saya rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa dan lepas setahun setengah, baru mereka tahu.
“Saya ajak ibu pergi makan kedai makan mualaf cina dan pemilik kedai tanya adakah saya muslim di hadapan ibu,” katanya.
Tamat pengajian Diploma Kemahiran Malaysia, Mike Fong menyertai Interactive Dakwah Training (IDK) sebagai sukarelawan dan belajar cara pendakwah menyantuni golongan mualaf.
Dia mula mempelajari dan membaca buku Iqra selain menghafaz surah serta berjaya memenangi pertandingan hafazan mualaf di peringkat negeri Melaka. Dia membaca Al-Quran menggunakan kaedah braille
“Atas cadangan seorang rakan, saya mengikuti Kursus Asas Tahfiz di Darul Quran Jakim selama setahun bermula Januari tahun lepas,” katanya.
Ads
Terkejut anak peluk Islam
Ibunya memberi reaksi terkejut apabila Mike Fong membuat pengakuan memeluk Islam. Menurut Bee Cheng, dia bertanya lanjut mengenai tersebut kepada anaknya selepas mereka pulang ke rumah. Jelasnya, walaupun terkilan dan mengambil masa hampir setahun untuk menerima hakikat namun dia akur dengan keputusan anak sulungnya itu.
“Saya takut kehilangan Mike sebab ramai yang kata, orang Islam tak boleh tinggal dengan bukan Islam dan saya takut Mike tak boleh uruskan diri.
“Lepas Mike terangkan segalanya, baru saya boleh terima dan gembira tengok perubahan dia yang semakin baik.
“Saya sendiri teman dia daftar sebagai pelajar tahfiz dan mula-mula dulu, hari-hari saya datang jenguk Mike sebab rumah kami di Kampung Asam Kumbang tak jauh, dalam 10 minit saja,” katanya.
Lahir tak cukup bulan
Bee Cheng berkata, Mike Foong dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat 900 gram dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur selama tiga bulan. Bapa Mike Foong, Tan Ang Chong, 54, mengusahakan bengkel sendiri manakala dua lagi anak masing-masing berusia 20 dan tujuh tahun.
“Kami semua bukan Islam dan hanya Mike saja Islam tapi hidup bahagia malah anak bongsu suka tengok Mike solat,” katanya.
Sementara itu Mike Foong berkata, dia tidak mempunyai keluarga angkat beragama Islam kerana ibu bapa dan dua adiknya adalah harta dunia akhirat yang tiada pengganti.
Ads
Menurutnya, nama asal dikekalkan kerana tiada keperluan berbuat demikian walaupun sudah menganuti Islam.
Kisah yang memberi inspirasi
Cerita mengenai Tan Mike Foong ini benar-benar memberi inspirasi kepada warganet. Mereka telah menurunkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menyertakan kata-kata positif kepada insan istimewa ini.
Mereka turut memuji sikap dan tindakan ibu bapa Mike yang sangat memahami dan menghormati pilihan anaknya.
Jika diingat-ingat bila rasanya kali terakhir anda membersihkan peti sejuk? Mungkin telah berbulan-bulan lamanya atau bagaimana? Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini.
Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar
Selain itu, sekiranya terjadi bekalan elektrik terputus untuk jangka masa yang lama tentu akan menyebabkan peti sejuk akan berbau kurang enak. Lebih-lebih lagi jika ketika itu ada menyimpan ikan dan daging, tentu petisejuk berbau hanyir dan sebagainya. Untuk itu, ada juga cara lain yang boleh dicuba untuk menyelesaikan masalah peti sejuk yang berbau iaitu dengan menggunakan bancuhan sodium bikarbonat.
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 sudu sodium bikarbonat
Satu mangkuk air
Roti
Cara penyediaan :
Bancuh sodium bikarbonat dengan air kemudian mulakan proses membersihkan peti sejuk dengan bancuh air soda bikarbonat. Lap hingga bersih.
Kemudian biarkan kering.
3. Letakkan soda bikarbonat di dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk bersama dengan beberapa kepingan roti.
4. Buka suiz peti sejuk dan biarkan semalaman tanpa mengisi apa-apa barang di dalam peti sejuk.
5. Keesokan harinya barulah dikeluarkan semua bahan tersebut dan peti sejuk akan kembali berbau harum seperti baru dibeli.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keberkatan sering disebut dalam setiap perkara yang dilakukan, terutama berkaitan kerja dan rezeki yang diperoleh.
Apabila berhadapan dengan kesukaran atau kesempitan, akan ada individu yang menyatakan ia mungkin berpunca daripada rezeki yang dilakukan itu tidak mendapat keberkatan.
Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan keberkatan dan adakah ujian yang diterima seseorang individu itu menandakan bahawa kehidupannya tidak berkat?
Para ulama hadis seperti Qadi ‘Iyad, al-Nawawi dan Ibn Abi Jamrah mentafsirkan singkatnya waktu sebagai hilangnya keberkatan.
Pendapat tersebut dikuatkan oleh Imam Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari yang bermaksud “Allah s.w.t. mencabut semua keberkatan daripada segala sesuatu, termasuk keberkatan waktu. Dan ini merupakan salah satu tanda dekatnya kiamat.”
Menyoroti perkongsian penceramah bebas Ustazah Asma’ Harun di laman Facebooknya, keberkatan yang dijelaskan juga berkait rapat dengan ‘kesenangan’ dalam melakukan setiap urusan.
Ia berikutan terdapat beberapa individu bertanyakan tentang tip pengurusan masa supaya berkat dan banyak perkara boleh dibuat mahupun diselesaikan setiap hari.
Menjawab pertanyaan tersebut, beliau memaklumkan perkara utama yang perlu dilakukan adalah melakukan sesuatu perkara sehingga selesai.
Malah katanya tiada amalan khusus yang dilakukan untuk memperoleh setiap ‘kemudahan’ yang dirasai seperti andaian sesetengah pihak.
Pun begitu, beliau berkongsi beberapa amalan yang dilihat membantunya menyelesaikan masalah dengan mudah.
Pertama: Mengelak daripada bercakap tentang manusia lain walaupun individu tersebut melakukan kesilapan serta ia ‘sedap’ untuk dibicarakan.
Kedua: Elakkan berdebat dan masuk dalam perdebatan orang lain terutama sekali isu viral yang tidak berkesudahan, silih berganti sampai kiamat.
Daripada Abi Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan orang yang suka berdebat”. – Riwayat al-Tirmizi (3176) dan Ibn Majah (47)
Dan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang meninggalkan perdebatan, sementara dia berada di atas kebatilan, maka Allah akan bangunkan sebuah rumah baginya di pinggiran Syurga. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan, padahal dia berada di atas kebenaran, maka Allah akan membangun sebuah rumah baginya di Syurga teratas.” – HR Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas bin Malik.
Menurut Asma’, dunia hari ini menyaksikan perdebatan di media sosial hingga membuatkan manusia banyak membuang masa berharga sehingga akhirnya emosi dan tindakannya pada hari tersebut terpengaruh dengan apa yang dibaca, lihat mahupun dengar.
Namun, jika perdebatan itu bermanfaat dan perlu, maka ia wajar diteruskan tanpa ada mana-mana pihak saling merendah, menghina, mencari aib tersembunyi atau memperlekehkan individu yang lain.
“Saya dapati ramai manusia yang sehariannya sangat produktif, mereka menyibukkan diri dengan membuat persiapan untuk bekal akhirat dan banyak kerja buat untuk keluarga dan agama.
“Kalau dah hari-hari suka baca komen sana komen sini, lagi-lagi isu yang menjadi pergaduhan warganet, walaupun hanya silent reader, lama-lama akan jadi ketagih dan tabiat.
“Bahaya sangat jika berterusan, ingatlah bahawa segala yang kita buat walaupun rasanya tidaklah sampai dosa besar, ia tetap dicatat,” ujarnya tegas.
Kebahagiaan seorang ibu adalah apabila anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Perkongsian Vie Shanties tentang aktiviti anak-anak mengaji dan mendalami ilmu agama membuatkan ramai kagum dan terharu.
Bukan itu sahaja, anak-anak Vie Shantie juga dihantar ke sekolah agama. Video tersebut dikongsikan ibu ini Yang Ternyata cukup merindukan anak-anaknya.
Perkongsian tersebut yang meraih lebih daripada 15 ribu tanda sukasejak ia dimuatnaik menunjukkan Vie Zaara dan Vie Zaalia nampak sangat manis bertudung labuh. Sejuk mata memandang kan.
“Bila rindu, saya tabahkan hati dan berdoa pada Allah SWT agar suatu masa nanti… Allah SWT satukan kami dan kumpulkan kami lagi sebagai satu keluarga di AKHIRAT kelak 🥺 saya sayang mereka, sebab itu saya didik mereka dengan ilmu agama. Sebab saya tidak mahu ikatan ini hanya sementara.
“Saya masih mahu mereka menjadi anak-anak yang mendoakan saya nanti. Dunia, hanyalah satu persinggahan. Bila sampai masa, satu di antara kami pasti akan meninggalkan dunia yang sementara ini.
zaizahraa Sy sgt kagum dgn puan.. sy tak fkr sy boleh kuat dan tabah menahan rindu pada anak spt puan.. smoga anak2 puan jd anak soleh dan solehah 🤲🏻
zahidahawal.coachPernah jumpa Zaara, Zaalia, & Zareef 2 tahun lepas.. pernah sekali mekapkan Zaalia, tapi tak sempat mekapkan Zaara masa tu..suka tengok semua bercakap lemah lembut je. Moga bersama di syurga semuanya.. amin💕
kamalianumzainalAlhamdulillah. Ilmu yang akan memberi kebahagiaan dunia & akhirat. Semoga Allah permudahkan segalanya Datin. Thank you so much for the sharing too. Keep inspiring 🥰