Kepada para ibu yang tidak ada idea untuk memasak menu hidanga keluarga, bolej cuba masakan mudah dan ringkas ini. Daging goreng kunyit berempah ala kelantan. Memamg mudah dan lazat untuk hidangan seisi keluarga. Jom semak perkongsian resepi puan Daia Jaffar.
Berikut cara membuatnya.
Ads
Petua nenek daia untuk daging tak liat,pastikan daging tu dipotong melintang arah urat.Ketumbar biji ditumbuk + kunyit serbuk + garam (gaul kan dan perap 30minit)
Ads
1 biji Bawang besar merah (sederhana) + kunyit hidup + halia + 2 biji bawang putih blend halus.Bawang holland dan cili apiSayur kacang + karot + bunga kobisBahan siap
Ads
Lebur daging dan bahan blend di dalam kuali,letak air separas daging,tutup kuali dan rebus sampai empuk.Gunakan api yang sederhana besar.Sesekali bukak dn biarkan seketika untuk keringkan air.Dah kering air masuk kan minyak dan goreng daging tadi.Kemudian baru masuk kan sayur,bawang dan cili api.Gaul sampai sayur tu layu.
Daia Jaffar Ikuti · 18 jam · Disunting · Siap daging goreng kunyit by daia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi wanita yang bekerjaya, tentu tidak mempunyai masa untuk memasak resipi yang sukar penyediannya. Maklumlah kesuntukan masa untuk memasak. Balik rumah pula dah hampir malam. Bukan tidak mampu untuk membeli masakan di luar tapi lebih suka memasak sendiri untuk ahli keluarga adalah suatu kepuasan buat dirinya.
Jom lihat resipi ringkas ayam masak kicap ini. Ringkas tapi sedap. Rahsia penyedap resipi ini apabila terdapat campuran sos tiram dan daun kari. Kebiasaan resipi ini hanya menggunakan kicap sahaja. Inilah rahsia penyedap masakan ini.
Anak-anak dan suami pasti suka! Bahan-bahan nak buat pun mudah. Malah resipi ini pernah viral sehingga 83K share. Memang jadi perhatian ramai!
Bahan:
Bawang besar
Bawang putih
cili api
daun kari
sedikit halia
Sos tiram
Kicap
Cara penyediaan rujuk gambar.
Mudah aje kan. Bahan-bahan pun tak banyak nak guna. Jom buat untuk hidangan seisi keluarga.
Kredit: Norhafizan Ezan Sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang enaknya rasa laksa Johor, tentu sudah ada yang membayangkan betapa sedapnya rasa kuah yang pekat berlemak serta mempunyai rasa sedikit berempah.
Pun begitu, tidak semua antara kita tahu rahsia untuk mendapatkan rasa original laksa Johor yang digemari ramai. Perkongsian daripada wanita ini yang sudi berkongsi resipi ibunya dan menunjukkan step penyediaan kuah laksa secara detail, bolehlah dipelajari bersama. Jom semak.
.
“Saya Share Resepi turun temurun Laksa Johor dari mak. Seingat saya mak dah buat laksa ni sejak saya sek rendah lagi. Mak belajar pun dari yang memang pakar membuat Laksa Johor. Resepi laksa Johor mak ni sangat simple sebenarya. Tapi percayalah sangat lazat. Tapi kena betul-betul ikut step .️Bahan seperti gula dan garam tu yang penting bagi memberi rasa kelazatan laksa Johor”- Jamiah Tulisman
Bahan-bahan:
.
Ikan kembung 3 kilo (Rebus hingga masak dan biar sejuk baru asing tulang, kepala ikan dan isi) Kemudian blend isi dengan air rebusan ikan tadi
Blend pula kepala ikan dengan air rebusan ikan dan tapis
Ketepikan semua
Bahan-bahan blend:
.
8-10 biji bawang besar
15 biji bawang putih
2 inci halia
2 cawan atau 1 cawan udang kering
(Tak perlu banyak udang kering sebab mak bagi tahu kalau banyak letak udang kering rasa laksa jadi tak sedap ). Tak perlu guna udang basah atau blend kepala udang dan sebagainya sebab rasa laksa akan jadi lain. Blend semua bahan di atas dan ketepikan
3-5 batang serai -diketuk
3 senduk besar cili mesin
2 senduk besar kari (Guna kari daging babas)*2 paket kecik *ingat kari jangan lebih sebab nanti lebih rasa kari pula)
200gm tulang ikan kurau
2 1/2 biji kelapa parut (perah dua kali)*lebih senang blend kelapa sebab mudah nak perah
1 senduk besar kerisik
5 keping asam keping
3 cawan minyak
Gula garam secukup rasa
(Saya letak dalam 2 senduk nasi)
Kena rasa garam dan gula ye
Bahan-bahan sampingan:
Spagethi – direbus hingga masak dan toskan
Bunga kantan -hiris halus
Daun kesum – hiris halus
Daun selasih-hiris halus
Bawang besar – hiris halus
Taugeh – Tak perlu celur (Buang akar dan basuh)
Timun- potong bulat dan hiris halus (ada cara potong ️utk laksa Johor)️Kalau ️Nak potong sukahati pun boleh
Sambal belacan :
Cili padi
Lada merah
*potong-potong sikit dan goreng kejap bagi layu dan masukkan dalam blender bersama sikit air masak dengan sedikit belacan yang telah dibakar dulu
Cara penyediaan :
.
5. Masukan bahan isi ikan yang sudahdiblend tadi 6. Masukan pula santan dan tulang ikan kurau masin 7. Masukan 1 senduk kerisik dan 5 keping asam keping
.
8. Masak sehingga pekat dam mendidih. Masa ni masuk gula dan garamyang inipaling penting kena rasa ye..(Saya masuk dalam 2 senduk nasi gula pasir )boleh adjust rasa manis dan masin. Masukan sikit perasa juga.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.