Tidak dinafikan banyak khasiat daun sirih yang boleh diamalkan untuk kesihatan yang lebih baik secara alami.
Selain boleh dibeli di kedai, pokok daun sirih ini mudah di tanam dirumah. Jadi ketika anda memerlukan daun ini, anda hanya memetik ajer di rumah. Memang tak menyesal tanam di rumah.
Menerusi perkongsian puan Suzana Raman menerusi grup CHE BIBAH & SPATULA, beliau kongsi khasiat dan amalannya. Lebih menarik lagi, warganet juga turut berkongsi petua masing-masing.
Ikuti perkongsian ini.
Daun sirih
Petang semalam saya balik kampung rumah bapak saya, selalu kalau balik saya suka ambik daun sirih belakang dapur rumah dia. Pokok sirih yang bapak saya tanam. Saya suka amalkan penggunaan daun sirih ni. Jom kita tengok khasiat dia dulu.
Ads
Daun sirih atau nama saintifiknya Piper Betle L berasal dari keluarga Piperaceae. Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan juga masyarakat India. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki.
Jom kenali dan belajar khasiat daun sirih.
Sirih membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Daun sirih ini memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral, vitamin, antioksidan serta antiseptik. Dalam perubatan tradisional, sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua Melayu dan India. Sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan di atas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.
Ads
9 khasiat daun sirih. 1. Menghilangkan nafas berbau 2. Merawat kulit dan masalah jerawat 3. Mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian sulit wanita 4. Mengurangkan bengkak gusi 5. Menghilangkan bau badan 6. Melancarkan haid & meredakan senggugut 7. Mengubat penyakit asma 8. Menyembuhkan batuk 9. Penawar sakit jantung
Petua
Selalunya saya suka rendam daun sirih ni dan berkumur-kumur dengan air rendaman ni. Hasilnya nafas jadi segar. Kalau rajin saya suka rebus daun sirih dengan biji manjakani. Saya suka buat sebagai cucian tempat sulit kita. Daun ni sangat berkesan sebagai antiseptik semulajadi, selain menghilangkan kegatalan disebabkan oleh penyakit keputihan.
Ads
WARGANET PUN KONGSI PETUA
Che bibah guna daun sirih untuk apa ya? Bolehlah share serba sikit petua kat sini sebagai panduan kita semua.
Zizi Kirana penyanyi yang cukup terkenal dengan suara serak-serak basah ini cukup bertuah kerana dianugerahkan seraut wajah yang seakan tidak dimamah usia. Wanita yang lahir pada 23 Januari 1985 ini bukan sahaja memiliki kulit wajah yang cantik tetapi juga bentuk badan yang langsing.
Siapa sangka Zizie atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini rupa-rupanya pernah mengisytiharkan dirinya ‘bermusuh’ dengan nasi. Insiden itu berlaku pada sekitar tahun 2018. Namun kini segalanya sudah berubah. Zizi lebih mengamalkan gaya hidup sihat.
Kata penyanyi dari Sabah ini dia kini banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur untuk tampil menawan. Jelas Zizi untuk menjaga kecantikan, dia jarang sekali pergi ke pusat kecantikan atau perkhidmatan spa.
Zizi hanya membuat rawatan wajah melainkan apabila perlu sahaja. Malah boleh dikatakan dalam setahun hanya pergi dua kali sahaja ke spa bagi mendapatkan rawatan.
Manakala untuk menjaga kulit wajah pula menurutnya Zizi dia tidak mempunyai sebarang teknik khusus.
“Saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.
“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.
Bagi menjaga diet pula, menurut Zizi dia akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang tetapi mengambil nasi sekali sahaja.
Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalorii dalam makanan.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Kita semua tentunya inginkan cantik luar dan dalam. Seterusnya hidup sihat. Selain bersenam dan menjaga pemakanan, kita boleh juga amalkan minum air barli.
Ikuti cara penyediaan ini dan ketahui khasiatnya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
RESIPI AIR BARLI
Korang tahu tak, air barli nim bukan sekadar minuman biasher biasher je tau. Tapi boleh cantikkan kulit kita plus kuruskan badan sekali. Ala, murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.
Ok, jom tengok cara nak buat air barli (boleh guna sukatan sendiri)
AIR BARLI (cantikkan kulit + kuruskan badan)
1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis Ceylon casadiab
Perahan air lemon
Madu asli (kalau nak manis)
Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.
Baki air barli boleh simpan dalam peti ais tau. Boleh asingkan biji barli dengan air rebusan kalo tak nak barli tu kembang sangat.
Jangan lupa, sebelum nak minum panaskan dulu. Minum masa suam suam gitu.
Jom tengok khasiat air barli
1. Barli
kurangkan morning sickness
anjalkan kulit
sejukkan badan
banyakkan susu ibu
rendahkan kolestrol
melegakan sembelit
kuruskan badan
kencing manis
mencegah sakit jantung
arthritis
menguatkan gigi
kurangkan rambut gugur
anemia
batuk, sakit tekak, demam
mencegah kanser
mencegah batu karang
mencegah osteoporosis
masalah jerawat
mencegah kencing kotor
kencing kotor
2. Kayu manis ceylon
boost metabolisme badan
kurangkan kolestrol
Kurangkan selera makan
lambatkan proses masuk dalam perut, perut rasa kenyang lagi lama.
lancarkan period dan servis dalaman
3. Lemon
cuci kerak kerak lama dalam usus
bakar lemak degil
ada vit c, bagus untuk kulit
anti kanser
mengempiskan perut
4. Madu asli
tambahkan tenaga
antioxidant
mencegah kanser
pemanis semula jadi
Tak perlu modal besar nak kulit cantik dan jadi kurus ni tau. Minum jek air barli hari hari. Tahu tahu jek nanti jadi glowing mowing plus anjal tau. Hak paling best sangat lelemak pun segan nak berkumpul dalam badan.
Tanyalah kepada mana-mana wanita pastinya semuanya mahu tampil cantik. Nyata, fitrah wanita sukakan kecantikkan dan keindahan. Bahkan rata-rata wanita yang meniti usia 40-an tetap menjaga penampilan diri tanpakan mengabaikan aspek kecantikkan.
Semua wanita dan juga lelaki pastinya inginkan kulit yang lebih anjal, licin, dan mulus tanpa sebarang masalah kecantikan antaranya jerawat, pori-pori, pigmentasi, dan penuaan. Lantaran itu, ada segelintir sanggup memperuntukkkan sebahagian perbelanjaan bulanan untuk rawatan diri. Tak salah untuk kita manjakan diri. Yang pasti, aura cantik itu tidak kenal usia!
Terkini, Kumpulan Syarikat 1 Doc (One Doc) telah melancarkan mesin rias Pico-Pulse, terkini dan tercanggih yang pernah dibangunkan di Korea untuk pasaran di Malaysia iaitu “ONE DOC – PICO 250” hasil kerjasama antara One Doc dengan Won Tech Co., Ltd. (WonTech) merupakan sebuah syarikat tersenarai awam dari Korea. Pada masa yang sama, One Doc juga melancarkan program latihan yang dikendalikan oleh pakar rias dari Korea bagi manfaat penata rias tempatan.
One Doc merupakan pusat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan akan dikendalikan oleh One Doc Academy.
Sistem Latihan Dual Kebangsaan (SLDN) merupakan teknik latihan berasaskan pendekatan industri dan dijalankan melalui usaha kerjasama antara syarikat perniagaan dengan institusi latihan. Latihan yang disediakan melalui SLDN ini melibatkan dua persekitaran pembelajaran yang berbeza, dengan 70% tumpuan diberikan kepada latihan praktikal di tempat kerja sebenar manakala lagi 30% melibatkan pengajian teori.
Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia, diserikan dengan ketibaan YAM Tengku Dato’ Seri Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Pengerusi Kumpulan One Doc.
“ONE DOC – PICO 250” – Terhangat di Pasaran
“ONE DOC – PICO 250” merupakan mesin rias terkini dan tercanggih yang dibangunkan di Korea dengan fungsi baharu yang tiada dalam mesin PICO Pulse sebelumnya. Mesin ini dilengkapi dengan 5 ciri baharu iaitu Penetapan Kadar Nadi, Kesan Fotoakustik Berkesan, Persis, Tanpa Kesakitan, dan Pecahan Optik Teraruh Nadi (PIOB).
Dari segi Penetapan Kadar Nadi, “ONE DOC – PICO 250” merupakan yang terpantas di dunia kerana penetapan kadar nadi mesin ini jauh lebih pendek berbanding dengan yang sebelumnya. Oleh sebab kadar nadinya lebih pendek, mesin ini menawarkan kesan fotoakustik yang berkesan dan mengekang pembentukan pigmen dengan kepersisan yang jitu.
Sekalipun kadar nadi yang ditetapkan adalah yang terpantas, namun proses ini tidak menyakitkan kerana kadar nadi yang singkat kurang menghasilkan haba sehingga mengakibatkan kerosakan terhadap tisu di sekitar. Hal ini mengurangkan risiko komplikasi terhadap pengguna, ini merupakan berita baik untuk pelanggan yang sentiasa ingin kekal cantik mahupun pengguna buat kali pertama.
Ciri Pecahan Optik Teraruh Nadi (PIOB) pula diperkenalkan untuk mengekang pembentukan pigmen dengan lebih mantap, serta menggalakkan penghasilan kolagen sama ada untuk pengguna wanita dan lelaki supaya dapat memperoleh kulit yang lebih anjal, licin, dan mulus.
Sesungguhnya, manfaat “ONE DOC – PICO 250” tidak terhitung. Mesin ini menggunakan sedikit tenaga untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, mengurangkan pembentukan pigmen dengan kesan peremajaan yang memberangsangkan dalam tempoh yang singkat namun dengan hasil yang jitu, dan kurang masa henti untuk mendapatkan kulit yang lebih menawan. Mesin ini sesuai digunakan sama ada untuk lelaki dan wanita tanpa mengira jenis kulit, termasuk individu yang memiliki kulit sensitif atau menghadapi masalah kulit.
Destinasi Pemantapan Kemahiran – One Doc Academy
One Doc Academy menawarkan latihan untuk penata rias belajar cara menggunakan “ONE DOC – PICO 250” untuk meneliti analisis kulit dan belajar cara rundingan yang betul daripada pakar rias profesional dari Korea dan perunding tempatan terlatih. Latihan ini bakal dijalankan secara fizikal, meliputi sesi teori dan praktikal serta latihan lapangan dalam tempoh tiga bulan.
Selain daripada belajar tentang cara penggunaan mesin rias Pico-Pulse “ONE DOC – PICO 250”, peserta juga bakal diajar dengan subjek lain seperti elektroterapi wajah, perkhidmatan rias wajah secara manual, serta penggunaan mesin lain untuk menata rias melalui teknik dan teknologi terkini.
Melalui program latihan ini, penata rias dapat mengasah kemahiran dan meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing sekaligus menjadikan mereka lebih cekap menangani cabaran dalam pasaran kecantikan, setanding dengan 80,000 profesional dalam industri.
Setelah tamat program latihan, penata rias akan menerima pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Melalui pensijilan ini, penata rias bakal memperoleh peluang pekerjaan yang lebih cerah dalam industri kecantikan.
“One Doc teruja untuk melancarkan mesin kecantikan Pico-Pulse “ONE DOC – PICO 250” dan program latihan untuk pakar kecantikan di Malaysia,” ujar Dr Michael Ong, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat One Doc.
“Kami menetapkan misi untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh penata rias supaya lebih menyerlah dalam industri kecantikan di samping melengkapkan mereka dengan kemahiran teknologi dan teknik terkini. Mesin Pico-Pulse “ONE DOC – PICO 250” merupakan inovasi terkini dalam industri kecantikan dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melonjakkan kemahiran ke peringkat seterusnya,” kata Dr Michael Ong.
Kementerian Sumber Manusia sedang mempertimbangkan penambahan teknologi One Doc – PICO 250 dalam silibus NOSS semasa, meliputi Bidang Kecantikan, Bahagian S96, Bidang: Terapi Kecantikan kerana One Doc – PICO 250 merupakan teknologi tercanggih masa kini.
“Kementerian percaya penetapan piawaian dan akreditasi bagi sektor baru muncul dalam era transformasi teknologi kini penting. Piawaian ini dapat menjamin penyediaan latihan yang berkualiti tinggi, bahkan latihan tersebut perlu cukup menyeluruh dan praktikal untuk menampung sesi menata rias yang diiktiraf.
“Pendekatan modular ini bakal menyediakan asas latihan vokasional yang mantap demi membolehkan Malaysia bangkit sebagai peneraju dan hab kecantikan yang terulung di rantau ini,” ujar Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar.
Menurut YB juga, program latihan ini merupakan batu loncatan untuk mengubah Malaysia menjadi destinasi pelancongan kecantikan yang terbaik di dunia setanding dengan Korea. “Kita memiliki kelebihan dari segi tawaran kos yang lebih rendah untuk menjadi salah satu tarikan utama lebih ramai pelancong ke negara sekaligus mempertingkat ekonomi Malaysia,” beliau menambah.
Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan untuk menerajui pembangunan sumber manusia yang berkemahiran di peringkat global. Misi JPK adalah untuk mewujudkan pekerja berpengetahuan tinggi dengan kelebihan daya saing.
Untuk mencapai matlamat ini, salah satu objektif JPK adalah menyelia dan mengawal selia pelaksanaan latihan kemahiran dalam menghasilkan pekerja berkemahiran yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, kerajaan kini aktif bekerjasama dengan organisasi termasuk sektor swasta seperti One Doc demi merealisasikan matlamat ini.
“Saya benar-benar mengiktiraf usaha murni One Doc untuk membawa masuk pengetahuan dan mesin bertaraf dunia dari Korea demi manfaat komuniti industri kecantikan di Malaysia,” tambah YB.
Program latihan ini hanya terdapat di One Doc Academy di Puchong, Selangor. Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dalam industri kecantikan dan bersemangat untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan masing-masing. Pakar dari Korea akan membuat kunjungan ke One Doc Academy setiap tahun untuk mengendalikan latihan.
Pelancaran mesin rias “ONE DOC – PICO 250” dan program latihan Pico-Pulse yang disediakan untuk penata rias merupakan suatu langkah besar dalam memajukan industri kecantikan di Malaysia. Mesin rias dan program latihan tersebut dijangka dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, mempertingkat kualiti industri kecantikan, serta menjadikan Malaysia hub pelancongan kecantikan pilihan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web One Doc Group di www.onedoc.com.my.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...