Kaum ibu khususnya memang suka bab-bab dekorasi ni kan. Bagi yang jenis tangan kreatif memang cantik dan kemas je kediaman mereka dengan susun atur tersendiri.
Dari ruang tamu sehingga ke dapur dan bilik, memang tak sah kalau tidak di hias kan, bagaimana pula dengan ruang mencuci pakaian atau laundry.
Mungkin ada yang beranggapan ruangan sebegini agak sempit tetatpi andai bijak menyusun atur secara automatik kelihatan lebih luas dan kemas.
Perkongsian Fara Amirullah ini nampak begitu kemas dan teratur. Dia yang mnggunakan artificial grass dan batu putih untuk menghiasi ruang lantai membuatkan ruang tersebut nampak menarik.
Ads
Manakala untuk bahagian rak yang digunakan untuk meletakkan perkakas seperti sabun dan tong sampah juga banyak di jual di kedai termasuk di Ikea.
Jom kita cuba tip darinya mana tahu sesuai untuk ruang mencuci di kediaman kita.
Diy Laundry Area . Rumah sewa i ni at the back ade la beranda sekangkang kera tu, mmg designed for laundry sbb ready made kepala paip kat situ. Ruang die sangat2 terhad so i decided to make it simple and minimalist .
Ads
Ads
Artificial Grass – RM80+ for 42cm x 120cm White Stone – RM10 per bang Mulig Ikea (hanging bar) – RM19.90 Lerberg Ikea (white rack) – RM49.90 Artificial Plant (lazada) – RM33.70 include postage Hanger (eco shop) RM2.10 for 10pcs
. Total +-RM200 dah boleh deco your laundry area. I tak beli semua barang sekali harung, i beli sikit2 sebulan satu barang tak la rasa beban sgt
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini media melaporkan isteri kepada pelakon, Harris Anuar yang juga pelakon, Asha Merican yang kini hamil trimester ketiga, mengidam menghidu bau simen dinding. Kini, datang lagi mengidamnya tetapi lain sedikit iaitu mengidam untuk memiliki permainan lato-lato pula.
Ini memaksa suaminya bergegas mencarinya dan akhirnya berjaya mendapatkannya selepas meninjau di lima kedai.
“Geng, bini mengidam nak main lato-lato mana nak cari eh? Dah pergi lima kedai Acheh tak jumpa-jumpa. Tolong,” tulisnya di Instagram semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Asha ketika dihubungi berkata, dia gembira apabila suaminya berjaya membeli lato-lato.
“Memang saya dah lama mengidam nak main lato-lato ini. Banyak juga kedai dia pergi cari tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya ramai orang beritahu dekat Uptown Damansara ada jual. Memandangkan kami tinggal di Damansara, suami pergi beli di sekitar sini.
“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini,” katanya.
Menurut pelakon drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul ini, tiga hari lamanya dia memberitahu Harris berkenaan keinginannya mahu bermain lato-lato.
“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya.
“Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” katanya yang merahsiakan jantina bayinya.
Sementara itu, Asha yang akan tampil dengan drama Pengantin Pasti Jadi mengakui berdebar-debar menanti kelahiran bayi pertama mereka.
“Takut juga sebenarnya. Buat masa ini saya hanya berehat. Insya-Allah habis bersalin dan berpantang saya akan sambung semula berlakon.
“Alhamdulillah suami layan saja permintaan saya. Makan pun dia selalu masakkan untuk saya. Bangun pagi dengar bunyi bising dekat dapur ingatkan apalah dia buat.
“Rupa-rupanya dia masak untuk saya. Dia memang seorang suami yang penyayang dan rajin,” katanya.
Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
Sumber : Harian Metro, Instagram Harris Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usaha pengacara popular, Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Nawawi mencari dana membantu membiayai kos pembedahan penyanyi Zamani Slam, akhirnya membuahkan hasil.
Siapa sangka tidak sampai 10 jam tabung tersebut dilancarkan, sudah berjaya mengumpul lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai.
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story sebentar tadi, Pengacara popular ini memaklumkan tabung bantuan itu telah pun ditutup.
“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip.
Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulisnya.
Sebelum itu, dia ada memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani serta memohon maaf kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.
“Minta maaf buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta
“Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.
Zamani yang sebak bagaimanapun enggan menerima wang tersebut serta meminta Aznil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu penbedahan.
Dia kemudian meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.
Sebelum ini, pengurus Zamani meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan.
Bagi yang pernah makan Nasi Crispy Beef kawasan Wangsa Maju pastinya teringin nak menikmati hidangan ini. Sudah tentu keenakan hidangan ini, membuatkan ramai yang ‘mengidam’ menu ini.
Disebabkan dalam tempoh PKP tentu kita tidak boleh bergerak bebas dalam jarak untuk ke kedai. Buat yang ingin memcuba hidangan ini, apa kita buat sendiri di rumah.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju(kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri. Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan Bahan-bahan: (3-4 orang makan) 400g daging 1 biji bawang Holland 2 sudu besar kicap cair 1 butir telur 2 ulas bawang putih 1 sudu empingan cili 1-2 cawan tepung jagung 1 sudu besar lada sulah 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar cuka 1 sudu besar bijan(disangai) Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat.
Cara masak nasi bawang
Di kedai kawan saya tu Crispy Beef ni dihidang dengan nasi bawang. Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef
Cuci beras. Letak bawang goreng dan minyaknya. Masukkan garam. Letak sikit mentega atau ghee jika mahu. Tanak nasi macam biasa dalam “rice cooker”.
Cara masak Crispy Beef
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kanji/kentang(potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua(double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang(cara masak nasi bawang ada di ruangan komen).