Shaheizy Sam berkongsi berita gembira isternya, Shatilla Melvin selamat melahirkan anak ketiga mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Sam memuatnaik gambar ketika menemani isterinya di wad bersalin. Tidak mendedahkan jantina anaknya, pelakon Polis Evo ini menitipkan ucapan terima kasih pada semua yang mendoakan isteri dan anaknya.
Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.. Thank u atas doa2 korang.
Pelajar Malaysia di UK sorok bayi baru lahir dalam kotak bijirin, sumbat dalam beg pakaian. Seorang pelajar Malaysia, Jia Xin Teo, 22 tahun, di Coventry, United Kingdom (UK) telah disabitkan kesalahan membunuh bayi perempuannya sendiri.
Menurut maklumat daripada Crown Prosecution Service (CPS) dan dilaporkan oleh BBC, Teo yang sedang belajar di Coventry University didapati menyembunyikan kehamilannya dan bertindak menyimpan bayi tersebut dalam sebuah kotak bijirin selepas melahirkan, sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian.
Teo yang tiba di UK pada awal tahun ini didakwa melahirkan bayi itu pada 4 Mac di bilik sewanya di Raglan Street, Coventry.
SEBAIK BAYI TERSEBUT DILAHIRKAN, TEO MELETAKKANNYA KE DALAM KOTAK BIJIRIN YANG KEMUDIAN DIBUNGKUS DALAM PLASTIK SEBELUM DILETAKKAN DALAM BEG PAKAIAN.
Bayi tersebut dilahirkan hidup dan mempunyai peluang untuk hidup. Bagaimanapun tindakan Teo meletakkannya di dalam kotak bijirin telah menyebabkan kematiannya.
Sepanjang perbicaraan di Mahkamah Warwick Crown, Teo mendakwa dia mendengar suara-suara yang menyuruhnya membunuh atau mencederakan bayi tersebut.
Mahkamah bagaimanapun menolak pembelaannya. Lebih mengejutkan, Teo tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian ini sehingga dua hari kemudian, apabila dia tiba di hospital menunjukkan tanda-tanda telah melahirkan bayi.
Teo pada mulanya menafikan telah melahirkan bayi, apabila ditanya oleh kakitangan hospital.
SELEPAS DIDESAK, DIA AKHIRNYA MENGAKU MELAHIRKAN BAYI ITU DAN MENYATAKAN RASA TAKUT JIKA KELUARGANYA DI MALAYSIA MENGETAHUI PERKARA TERSEBUT DAN BIMBANG IA AKAN MENJEJASKAN PELAJARANNYA.
Teo juga enggan mendapatkan bantuan perubatan sebelum bersalin, malah menyorok keadaan ini daripada rakan serumahnya.
James Leslie Francis dari CPS menjelaskan bahawa Teo telah tiba di UK dengan mengetahui dirinya sedang hamil, namun dia memilih untuk menyembunyikan kehamilannya dan melahirkan bayi itu sendirian.
Beliau turut mendakwa bahawa Teo berpeluang untuk mendapatkan bantuan, tetapi sebaliknya, dia membuat keputusan untuk meletakkan bayi tersebut dalam kotak bijirin yang akhirnya membawa kepada kematian.
Polis West Midlands yang terlibat dalam penyiasatan kes ini turut mengesahkan bahawa Teo tidak memberikan lokasi bayi tersebut sehingga dua hari selepas kejadian.
Mahkamah menolak alasan halusinasi yang diberikan oleh Teo dan sebaliknya menekankan bahawa tindakannya adalah disengajakan.
Wanita apabila sudah bergelar ibu, sudah pastinya gaya hidupnya akan berubah. Kehidupannya banyak fokus kepada anak-anak.
Salah satunya yang menjadi rutin ibu-ibu adalah membeli pakaian buat anak-anak. Ia bagaikan terapi diri.
Begitulah yang dikongsi oleh pelakon jelita Anzalna Nasir, di Instagram miliknya. Dengan kapsyen penuh makna, dia mengatakan membeli pakaian buat anak-anak adalah terapi diri buat dirinya.
“Self therapy. I dont mind spending on my kids as long as they look good.”- anzalnanasir
Dalam pada itu menerusi Instastory milik Anzalna, menerusi slot ‘Apa Yang Korang Nak Tahu.’ pelbagai pertanyaan daripada peminatnya.Ia termasuk mengenai perbelanjaaan pakaian anaknya.
Peminat mempersoalkan adakah Anzalna tidak berasa ia suatu pembaziran jika harga pakaian beribu ringgit.
Namun, dijawab dengan berhemah dengan naluri keibuan, Anzalna memberi tahu bahawa setiap anak itu pembawa rezeki. Dia tidak berkira dalam hal itu.
“Ada rezeki lebih kongsi dengan anak. Jangan berkira sangat. Anak pembawa rezeki.”
Nasihatnya, jika membeli jangan memilih barang tiruan. Seeloknya membeli mengikut kemampuan.
“No fake stuff. Kesian anak kalau orang tahu buat malu saja. Lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama.”
Untuk rekod, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang berusia dua tahun dan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang baru dilahirkan pada 20 Mei lalu.
Melihat video berkenaan dengan beberapa helai pakaian berjenama mewah, ramai peminatnya teruja. Ada yang menunggu baju preloved, ada yang meneka harga pakaian berkenaan dan bersetuju bahawa ia terapi untuk seorang ibu.
Mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga amat digalakkan dalam Islam terutama antara ibu bapa dan anak.
Hari raya waktu yang sangat sesuai bagi seisi keluarga bergembira dan dapat meluangkan masa bersama tak kira di rumah atau di luar.
Walaupun sudah lanjut usia, sifat kelakar yang ada pada chef selebriti, chef Wan yang menyakat anak-anaknya menghiburkan orang ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram, chef Wan kelihatan berseloroh dengan anak perempuannya, Serina Redzuawan dan suaminya pada waktu raya.
Dalam video tersebut kelihatan anak dan menantunya sedang mengemas dan membungkus makanan yang ada di rumah chef Wan untuk dibawa balik.
“Haa.. kau tengok, anak nak balik, anak menantu nak balik.. kau tengok bagi empat biji pelam harumanis kat bapak dia, dapat balik balasan. Kau tengok.
“Bukan nak mengumpat, tengok tu macam-macam,”ujarnya.
Seronok melihat telatah anak beranak ini, chef Wan sempat bergurau dengan Serina dan suami supaya menjaganya kelak jika dia sudah uzur.
“Tak tahulah apa nak jadi sekarang. Kalau esok aku dah tua nyanyuk, tak jaga aku, korang semua (netizen) saksi tau.
“Kalau korang (anak dan menantu) tak jaga aku, tak bagi polis, security, bodyguard, nasib eh, semua saksi, semua ada tau.
“Angkut, angkut, raya dah dapat duit RM10,000 dah. Haa, lagi, kau tengok sampai bulat, tengkuk pun dah tak nampak lagi dah. Angkut, angkut, cukup tu?”selorohnya kepada Serina.
Sementara itu, chef Wan turut berkongsi tentang bagaimana dia dan keluarga menyambut raya.
Fasha Sandha berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Jemyma, yang memperoleh 10A. Luahan jujurnya sebagai ibu bekerjaya meraih pujian ramai kerana menghargai usaha anak melebihi gred.