Personaliti ini agak ‘sempoi’ tapi ciri-ciri orang ‘istana’ masih dikekalkan terutama bab protokol namun tetap terbuka dalam pergaulan. YM Tengku Loreta Tengku Dato Setia Ramli Alhaj juga sangat akrab dan rapat dengan anak tunggalnya. Sekali pandang dua beranak ini seolah-olah BFF yang ‘satu kepala’ dan sehati sejiwa.
“Aniq memang rapat dengan saya kerana sejak kecil lagi ke mana sahaja saya pergi pasti akan ada dia menemani. Usai mendirikan rumah tangga, saya ambil keputusan untuk duduk di rumah dan menjaganya. Kebetulan waktu itu berlaku krisis ekonomi dan saya antara yang dibuang kerja. Disebabkan tiada tawaran kerja, lebih baik saya fokus pada anak dan keluarga.”
“Waktu itu, saya sudah dedahkan Megat Aniq dengan aktiviti lasak seperti paintball, menembak (senjata 9mm), snorkelling, go kart, golf (single handicap) dan sebagainya. Dari kecil sehingga sekarang, minat tersebut bercambah dalam dirinya dan kini dia bakal mengambil lesen penerbangan di Melaka tak lama lagi.”
“Boleh dikatakan kami banyak berkongsi minat dan hobi yang sama. Kalau wanita lain ada ‘me time’ tetapi saya pula waktu ini mesti bersama dengan anak. Kalau ada masalah atau mahukan sesuatu pandangan, Megat Aniq akan terus tanya pada saya. Saya cuba beri yang terbaik untuk dia. Bukan bermakna saya mahu ‘spoilkan’ dia dengan kemewahan, tapi kalau ada duit banyak pun tak dibelanjakan tak guna juga kan,”ujar Tengku Loreta yang berpada-pada dan ada kouta dalam berbelanja.
Sejak kecil beliau sudah terapkan pada anak, kalau nakkan sesuatu dia kena hantar surat ‘permohonan’ terlebih dahulu.
“Tak kisahlah apa jua aktiviti mesti dapatkan persetujuan saya terlebih dahulu. Masih simpan lagi semua surat itu dengan typing error. Tapi yang saya ingin tekankan waktu itu adalah supaya dia berdisiplin.
“Malah, selepas habis bermain, Megat Aniq akan kemaskan kembali barangannya ke kotak asal tanpa perlu disuruh termasuklah saya ajar dia ada batas-batas dalam berkongsi barangan dengan orang luar. “
Ads
“Saya pernah tinggalkan dia 4 bulan kerana terpaksa bekerja di FUTURE ENERGY ASTANA EXPO 2017, Kazakhstan sebagai Ketua Protokol & PR Malaysia Pavillion dan waktu itu dia tengah belajar di sini, jadi tak boleh ikut sekali. Tetapi Aniq ada datang melawat saya bersama mengiring DYTM Raja Muda Selangor waktu itu ,” cerita Tengku Loreta lagi mengenai anak tunggalnya itu.
Pengerusi Pertubuhan Generasi Malaysia Berjaya (GENMAS) ini bagaimana pun tetap menerapkan elemen-elemen protokol dan juga pengetahuan mengenai susur galur keluarga mereka kepada anak tunggalnya itu.
“Anak saya turut diterapkan segala adat istiadat dalam istana. Dia juga tiada masalah dan mengikuti segala apa yang diajar. Jadi, mudah untuk dia bawa diri dalam istana selain dapat bergaul mesra dengan kerabat dari negeri lain,” jelas Tengku Loreta yang mengamalkan cara terbuka dan belajar bersama selain berkongsi minat yang sama dengan anak.
Dalam memastikan hubungan ibu-anak baik, ujar Tengku Loreta perlu jujur dan berfikiran terbuka. Belajar bersama dan boleh dengar dan terima pandangan anak muda.
Ads
“Selain itu, kami berkongsi minat yang sama termasuklah dalam sukan air, melancong, berkuda, main golf, bowling dan membantu kaum kurang upaya serta underprivileged kids.
“Ini memudahkan untuk saya rapat dan membina hubungan yang baik dengan anak. Walaupun Megat Aniq kini sudah masuk 19 tahun, namun usia itu tidak membataskan hobi dan minat kami. Bahkan, ada masa terluang kami akan buat sama-sama,” ulas Tengku Loreta lagi.
Aktif NGO dan CSR
Mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Tengku Loreta yang kini sibuk dengan majlis pengiktirafan anugerah “Selangor Tremendous Achievement Recognition Awards (STAR Awards) 2018 untuk para usahawan di dalam pelbagai bidang di negeri Selangor. Selain itu, beliau juga aktif dalam NGO dan program CSR,
Ads
“Sejak dahulu lagi saya memang suka lakukan kerja amal. Terbaru saya baru selesai larian amal sempena bola sepak piala dunia Russia 2018 di mana DYMM Tengku Pemaisuri Selangor telah berkenan berlari sejauh 3km.
“Saya juga mengikuti program melawat setiap Raya, Deepavali, Krismas mahupun bila ada aktiviti khas untuk memberi sumbangan di hospital terutama Hospital Kuala Lumpur.
“Selain itu, saya turut membantu kanak-kanak kanser di KK3 ward kanser HKL, ibu tunggal, remaja bermasalah (School drop-out), melawat ke penjara Kajang dan sebagainya.
“Malah, kami juga ada buat charity bazar dan pelbagai lagi program lain dalam mengutip dana untuk mereka yang memerlukan,” selain sangat minat dengan benda-benda yang membabitkan alam sekitar.
Artikel selanjutnya boleh dapatkan di dalam Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Si cilik bernama Siti Aafiyah ini sering menjadi perhatian ramai. Apa tidaknya, anak kepada penyanyi nombor satu negara ini merupakan puteri sulung hasil perkongsian hidup Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Tidak hairanlah apabila Aafiyah sering menjadi perhatian ramai ditambah lagi dengan gelagatnya yang mencuit hati para penonton. Ada-ada sahaja yang membuatkan ramai terhibur.
Terbaru terdapat satu video yang memaparkan Aafiyah menari sakan sambil mendengar lagu hindustan.
Dalam video tersebutkedengaran suara Siti Nurhaliza yang ketawa dengan gelagat anaknya itu. Aafiyah juga menyebabkan ayahnya melatah, kerana terkejut dengan gelagatnya itu.
Ibu mana yang tak sedih apabila melihat anak menangis akibat kelaparan kerana susu badan yang diberikan tidak mencukupi.
Inilah cabaran bagi ibu yang baru bersalin, bukan sahaja tekanan akibat terpaksa menjalani berpantang tetapi emosi turut tidak stabil apabila membabitkan bayi yang baru dilahirkan.
Bagi memastikan bayinya mendapat nutrisi secukupnya, pelakon Mona Allen memberitahu dia sangat menitikberatkan soal penyusuan untuk Petra Pekin.
Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata dia mencuba pelbagai cara untuk memastikan susu badannya sentiasa mencukupi kerana tidak sanggup melihat Petra menangis kelaparan.
“Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa. Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan.
“Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu. Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dgn mummy,” katanya.
Mona berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Mona juga mengaku bukan mudah menyusukan anak lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan masalah kekurangan susu badan.
“Ya. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu drop. Mummylah orang yang paling sedih dan susah hati,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Mona bersyukur apabila suaminya iaitu Pekin Ibrahim, 41, sentiasa menghulurkan bantuan dan sentiasa berada di sisi.
”Mujur Daddy banyak membantu. Daddy selalu urut belakang Mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap.
“Bila mummy terlelap, daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy. Daddy sentiasa support mummy. Terima kasih Daddy!,” kongsinya.
Dalam kesempatan itu juga, Mona turut berharap agar terus diberi kekuatan dalam memberikan yang terbaik buat anaknya selain memberi semangat kepada ibu-ibu di luar sana.
“Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki susu buat anakku. Kau kuatkan kudratku untuk terus memberi susu yang terbaik buat anakku. Hindarkanlah perkataan malas dalam diriku dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku.
“Anda ibu menyusukan anak? Jangan putus asa ya, sebab kita ibu yang hebat,” ujarnya
Wanita kalau dah bersuami jangan malas usahakan pelbagai cara untuk kekal cantik. Bukan cantik sahaja tetapi paling penting kita kena jaga kesihatan dalaman untuk diri kita sendiri.
Rutin wajib yang semua wanita kena amalkan salah satunya adalah mengamalkan jus detoks. Jus detoks rahim pula adalah bonus untuk wanita.
Suami pun tumpang sekali gembira. Mana taknya, selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan jus detoks ringkas ni.
Cuba amalkan resepi homemade yang ringkas ini setiap kali lepas haid. Tak sukar nak buatnya, campakkan kesemua bahan dalam periuk dan biarkan mendidih sahaja. Senang!
Bahan-bahan:
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji manjakani
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Caranya:
1. Rebus semua herba dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning.
2. Tambahkan air asam jawa dan gula merah.
3. Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya.
4. Biarkan air rebusan menjadi suam dan terus diminum.
Lebihannya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan takut untuk amalkan jus ini kerana rasanya tidak pahit malah baunya juga harum disebabkan ada serai dan daun pandan.
Mahu lebih hebat lagi, anda juga disyorkan untuk tambahkan daun sireh atau daun kencur. Bagi ibu yang menyusu pula, boleh tambahkan sedikit halba atau habbatus sauda. Selamat mencuba!
Sumber: Fyza Shah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di