Biasanya lepas beli barang dapur, ibu-ibu pasti akan simpan semua dalam peti sejuk. Kita ingatkan, semua bahan yang disimpan dalam peti sejuk boleh tahan lebih lama, bukan?
Sebenarnya, bukanlah semua bahan dapur boleh disimpan dengan cara yang sama. Ada yang tak sampai dua hari dah layu. Terpaksa beli baru jika nak guna.
Mungkin kaedah yang dikongsikan puan Asmawati Ayob dapat membantu ibu-ibu menyimpan bahan masakan lebih lama.
Salam kawan2. Ok hari ni sy cuti..jd bersenang lenang dirumah. *walopon keja umah menimbun tetaplah rasa senanglenang gituu
Ok hr ni sy nk bg tips utk mak2 bagi memudah kn kerja di dapur..iaitu mcm mn nk simpan bahan2 masakan supaya kamu2 tidak perlu berulang alik ke kedai acheh..smpai acheh tu pon dh kenal muka kamu walopon pakai mask .
Ads
Satu2 nya tips hr ni adalah…FROZEN kan semua bahan masakan. Halia, lengkuas, serai, daun sup, daun saleri, daun limau purut, daun kunyit, daun kari, daun pandai dan petai (sambal belacan pon daku prozen ).
Ads
Ni utk sesiapa yg x mampu nk tanam la kan bahan2 di atas. Kalau yg ada pokok dan sejenis tanam apa pon subur elok..xyah la frozen..pi lah petik kt kebun kamu yg seluas 0.03 hektar tu
*syarat before frozen. Bahan2 tu semua jgn basah. Barulah dia segar elok ok.
Cara frozen ni dpt jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga uols. Jadi tiada alasan utk tidak memasak. Walaopon kadang2 dtg jugakkkk penyakit M tu kan..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelibatnya dalam arena sukan badminton pasti dirindui selepas ini. Apa tidaknya, setiap kali beliau menyertai pertandingan, jarang kecundang awal. Malah, tidak salah andai dikatakan sehingga kini tiada pelapis atau anak muda lain yang mampu menggantikan tempatnya.
Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh lagenda badminton selama 19 tahun ini tidak boleh dilupakan. Namun, semua pihak akur dan menerima keputusannya untuk menggantung raket sebagai pemain badminton negara.
Datuk Wira Lee Chong Wei semalam mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas masalah kesihatan. Mengulas perancangannya selepas bersara, beliau berkata buat masa ini beliau hanya mahu berehat dan bersama keluarga.
Oleh sebab itu, Chong bercadang ingin membawa isterinya serta keluarga pergi bercuti dan berehat kerana sebelum ini beliau kurang masa bersama orang tersayang. Kenyataan tersebut telah dipetik daripada penulisan Sinar Harian merujuk kepada sidang media tengahari semalam.
“Seperti yang anda tahu, sebagai atlet badminton saya lebih banyak menghabiskan masa untuk latihan dan menyertai pelbagai kejohanan. Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu dan kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa dengan keluarga.
“Jadi mungkin selepas ini kami akan pergi bercuti dan tebus semula bulan madu kami yang tertangguh selain saya juga mahu meluangkan masa lebih banyak dengan anak-anak saya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan dirinya akan terus menabur bakti dalam sukan badminton selepas bersara.
Tambah Chong Wei lagi, hasrat tersebut sudah disuarakan kepada Datuk Seri Norza, YB Syed Saddiq yang beliau akan kembali dalam arena sukan ini kerana mahu terus menabur bakti kepada negara.
“Walaupun sudah bersara, saya akan terus bantu BAM. Mungkin saya boleh jadi sparring partner kepada atlet-atlet muda atau bantu perkara-perkara lain,” tambahnya.
Dalam pada itu, Chong Wei turut merakamkan penghargaannya kepada pihak media dan pihak-pihak lain yang selama ini tidak didendang kerana telah banyak membantu dalam melonjakkan karier badmintonnya.
“Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang kedua terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.
“Selain itu, saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akan sapu lantai dan staff-staff lain dalam BAM kerana banyak tolong saya. Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.
Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini, pernah tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September tahun lalu. Beliau kemudiannya menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.
Pernah tak ibu-ibu masak nasi tetapi terlebih masukkan air. Akibatnya nasi menjadi lembik seolah-olah bubur. Pening kepala kan bagaimana nak atasi masalah ini.
Tak dinafikan masalah begini sering berlaku, terutama bagi yang menukar jenis beras atau menggunakan periuk nasi baru. Mungkin petua ini dapat membantu. Jom baca perkongsian dari saudari Siti Nor Akma. Menurutnya, petua tersebut diperoleh menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN.
Terima kasih sape yg bagi petua kalau nasi lembik letak roti hari tu….
Makin banyak orang makin banyak ragamnya, begitulah apa yang terjadi di sekolah. Anak-anak kita punya ceritanya yang tersendiri dan cikgu jualah yang sabar dan tahan melayan kerenah anak-anak didiknya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang.
Umumnya anak-anak ini akan membiasakan apa yang lazim dilakukan di rumah, contohnya situasinya sebagaimana yang dikongsikan oleh guru ini. Melihat gambar yang dikongsikan ada yang terasa lucu dan tidak kurang juga tersenyum sendiri mengimbau kenangan dulu-dulu di zaman sekolah rendah. Ada sahaja cerita lawaknya dan tidak kurang juga merasakan ibarat satu ‘tragedi’.
Begitulah kita melalui fasa-fasa dalam kehidupan. Jadi tugas kita kali ini pula, teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket sebagai memori peribadi.
Untuk itu, jom baca perkongsian daripada Cikgu Asmadi Abdul Samad ini.
Tenang semua. Ini bukan gambar kes jenayah ya.
Ini hanyalah salah satu gelagat anak-anak tahun 1 yang masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah.
Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri. Serius ni…Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas.
Jangan terkejut kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kencing dan berak di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah.
Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkung. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangkang tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi.
Pengalaman saya ada dikalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkung. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.
Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab sebab dalam tandas dah dia bukak. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berjoget tak pakai seluar.
Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.
Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Zola, Jangan susah hati wahai ibubapa kebenaran.
Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri.
Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka. Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih.
Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkung atau duduk.
Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan. Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemaluannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan.
Wahai Ibubapa kiriman tuhan, teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik. Bimbang nanti anak-anak tiru, kita juga yang sakit kepala.
Puteri Balqis berkongsi keadaan ibunya yang kembali diserang cyst sehingga tidak mampu berjalan. Pelakon itu turut memohon doa serta perkongsian pengalaman daripada orang ramai.