Terliur tengok menu yang dipaparkan ini. Nampak menyelerakan. Takut pula nanti dalam nak berdiet dan makin naik berat.
Menurut Yaya Bazli, dia mengamalkan diet dengan 15 menu ini untuk menurunkan berat badannya. Hasilnya dia hilang 5-6kg dalam tempoh sebulan.
“Siapa cakap makanan sedap tak boleh untuk diet? i hilang 5-6kg in 1 month sebab cheatday sabtu dengan ahad.
“kalau u’all tak cheat langsung confirm 10kg boleh hilang tau. guna garam and black pepper sahaja. no additional seasoning,” tulis Yaya di ruangan facebooknya.
Buat ibu-ibu di luar sana, kalau nak berdiet tapi masih boleh makan yang sedap-sedap, cuba ikut contoh menu yang dikongsikan ini. Memang power kan sebab boleh turun 6kg tu!
Mendengar pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan kebenaran rentas negeri, pastinya ramai antara kita teruja untuk pulang ke kampung hingga ada yang menitiskan air mata dek kerana sudah lama menanti pengumuman keramat daripada pihak kerajaan berkenaan isu ini.
Dengan keputusan tersebut, tibalah masanya Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan terutama balik kampung berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.
Walau kita gembira dengan pengumuman tersebut, SOP jangan dilupa dan memetik laporan di Harian Metro, Polis mengingatkan orang ramai yang belum divaksin supaya jangan cuba menggunakan kad vaksinasi palsu kerana boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya tidak menafikan cubaan itu mungkin akan ada namun sekiranya ditahan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut akta itu.
“Kita mempunyai empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasar raya, kedai makan dan hentian lebuh raya untuk memastikan mereka sudah lengkap dua divaksin.
“Selain itu, kita akan tambah pasukan pemantau di peringkat balai dan kita ada sembilan balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan masing-masing akan tubuhkan pasukan pemantau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu penutupan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Alor Setar Utara di sini, tengah malam tadi.
Hadir sama, Timbalannya, Superintendan Mohd Redzuan Salleh.
Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, tiga SJR iaitu Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan dan Plaza Tol Hutan Kampung ditutup sepenuhnya pada 12 tengah malam tadi.
Beliau berkata, semua 240 anggota yang terbabit ketika penugasan pasukan pemantau Covid-19 termasuk SJR akan pulang ke unit masing-masing.
“Walaupun SJR dan penugasan itu sudah tamat namun tugas polis tidak terhenti di sini malah pemantauan akan berterusan termasuk pemeriksaan mengejut (snap check) akan dilakukan,” katanya.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya menjangkakan jumlah pengguna jalan raya yang pulang ke kampung dan memasuki daerah Kota Setar akan bertambah pada hujung minggu ini termasuk yang hendak ke Langkawi melalui Kuala Kedah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk kita melancong ke Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Perkongsian ini bagus juga difahami oleh setiap pasangan suami isteri, sama ada yang baru berkahwin dan apatah lagi yang telah lama mendirikan rumah tangga agar lebih tahu untuk merasai bahagia dalam berkeluarga.
Ikuti perkongsian dan semoga kita dapat mendidik hati untuk tahu bersyukur dan menghargai pasangan sebaiknya.
Buat teman-teman solehah yang sudah bergelar isteri, mahupun yang bakal bergelar isteri.
Pelihara diri dari membandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang, pengemudi dan penghuninya tidak sama meskipun zahirnya tampak sama (ada suami, ada isteri dan mungkin anak-anak).
Bahtera kita dikemudikan oleh suami yang sudah pasti tidak sama dengan suami orang lain, maka pastinya rumahtangga kita berbeza jalan ceritanya seperti rumahtangga orang lain.
Pelihara dari cemburu atas riang ketawa dan bahagia yang terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah duka dan air mata yang mereka lalui sepanjang hari.
Pelihara dari cemburu atas kemewahan dan kejayaan yang terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah perit dan jerih yang mereka lalui sebelum hari ini.
Rumahtangga bukan mengenai seorang suami atau seorang isteri tetapi ia kisah lakaran dari sepasang suami isteri. Yakinlah, pasangan yang paling mencintai Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya!
Orang yang cintanya mendalam kepada Allah, dia akan sentiasa melihat jalan kebaikan untuk berbuat bakti kepada pasangan tanpa mengharap balasan. Dia akan beri dan terus memberi khidmat kerana dia mencintai Allah dan sunnah Rasulullah maka dia mahu menjadi orang yang bermanfaat.
Andai benar cintamu mendalam kepada Allah dan Rasulullah, nikmatilah perjalanan yang telah Allah sediakan buatmu dengan pemberian seorang suami di sisimu.
Sekarang ini macam-macam resipi berasaskan belimbing buluh telah ramai kongsikan di media sosial. Sebelum ini viral dengan kek belimbing buluh dan macam-macam lagilah. Jadi kali ini Dr Kamarul Ariffin juga ingin berkongsi resipi berasaskan belimbing buluh bila mana staffnya telah memberinya 2kg belimbing buluh.
Menurutnya, tidak pandai membuat kek jadi belimbing buluh yang diterimanya dijadikan sambal hitam ekspress. Jadi buat anda penggemar sambal hitam ini bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat
Sambal hitam ni berasal dari Pahang. Ramuan dia hanya 4 bahan sahaja, tapi rasa dia boleh buat nasi tambah 4 kali
Mula-mula, bersihkan belimbing buluh. Buang jambul dia. Belimbing buluh ni rasa dia sangat masam, manis, dan ada kelat-kelat sedikit. Makan begitu sahaja, memang merembes air liur, mencurah-curah.
Kalau buat sambal hitam, kurang sikit masam dia. Kalau cara tradisi, kena rebus 4-5 jam dalam tin biskut sampai belimbing ni gelap warnanya. Kita buat stail moden. Masak dalam periuk tekanan eletrik. Kenapa?
Sebab guna periuk tekanan, hanya perlu 10 minit sahaja. Letak air ½ cawan, set pada “High Pressure” untuk 10 minit. On! Lepas tu biarkan periuk tu buat kerja sendiri. Tak payah tunggu.
Sementara tu, kita urus ramuan lain. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili dalam pengisar. Dah letak dalam pengisar baru teringat ikan bilis belum siang. Haha! Kena keluarkan balik, siang dulu.
Selepas kisar, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Dalam 5-10 dah selesai. Ngam-ngam periuk tekanan pun dah berbunyi.
Lepaskan stim periuk tekanan sampai habis, dan buka! Ni dia belimbing buluh kita, dah gelap sikit tapi masih basah. Lebihan air ni saya cedok dan buang.
Untuk lagi kering, saya set periuk tekanan kepada fungsi “Stir Fry”. Jangan lupa kacau belimbing buluh ketika ni, kalau tidak ia akan hangus.
Selepas 15-20 minit, kebanyakan air dah tersejat. Boleh sambung keringkan dalam periuk tekanan jika mahu. Saya tak mahu, haha, sebab lenguh tangan dalam periuk.
Jadi alihkan semua belimbing tadi dalam kuali yang berisi bahan tumisan. Gaul rata. Kita sambung keringkan di dalam kuali.
Kacau kacau kacau, sampai hancur belimbing buluh kita tadi. Ada orang suka sambal hitam yang belimbingnya betul-betul lumat, ada pula yang suka ada kasar-kasar. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan lupa letak garam jika tak cukup masin, dan sambung masak.
Selepas 15-20 minit, dia akan jadi warna macam ni. Barulah sesuai dengan sambal hitam. Ada orang buat basah sedikit, ada orang buat kering terus. Kalau betul-betul kering, boleh tahan lama sikit.
Masak cara bandar ni, kurang satu jam dah selesai.
OK kita buat “plating” cantik-cantik. Sambal ni rasa dia sikit masam, masin, pedas dan umami! Memang bangkit selera. Kalau buat cara moden ni, dalam satu jam dah siap semua. Jimat masa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.