Cantik dengan menggunakan bahan dapur bukan sahaja menjimatkan malah telah lama diamalkan dan serasi dengan kulit wajah masyarakat setempat.
Ni sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ni perihal caranya menjaga kulit wajah kekal lembut,berseri dan cantik semulajadi. Jom semak.
”Jom gaiss try tips ni. Guna barang2 dapur jurrrr. Aya buat pakai hari2. Best giler kulit lepas pakai!”–Aya Zuki
Ini kesan selepas amalkan:
1. Kulit wajah terasa lembut.
2. Blackhead dan whitehead boleh hilang.
3. Kulit licin, nak meka up pon rasa smooth
4. Cerahkan kulit
5. Sel kulit mati dapat ditanggalkan.
6. Elak berjerawat
Ini bahan-bahan yang diperlukan
Ads
Segenggam beras ( basuh dulu dan disangai di dalam kuali hingga kering)
Siapa suka makan Paru Goreng? sedap kan kalau di dimasak sambal, rendang mahupun dimakan begitu sahaja. Memang layan, rasa macam kunyah keropok, krup krap krup krap bunyinya.
Namun, bukan mudah nak dapat yang rangup dan sedap, kalau salah teknik tak mampu nak telan lebih-lebih lagi bau hanyir
TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU
1. Rendam paru dengan sedikit tepung gandum. Biarkan setengah jam.
2. Kemudian rendam dengan air asam jawa/limau nipis.
3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
4. Akhir sekali, basuh bersih untuk menghilangkan bau darahnya.
5. Masukkan air sebanyak 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam gelugur/keping.
6. Rebus sehingga masak menggunakan api sederhana perlahan.
7. Setelah masak, angkat dan toskan airnya.
CARA MASAK PARU GORENG GARING
1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.
2. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
4. Gunakan api sederhana perlahan. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap
5. Paru Goreng Garing siap dimasak. Sedia untuk dinikmati. Nak makan cicah sos pun boleh.
Cukup kreatif dan nampak real ‘kecederaan’ yang dialami oleh pelajar sekolah. Itu yang boleh diungkapkan pada hasil kerja tangan seorang cikgu prasekolah.
Hafizah Abdul Rani Shafi berkongsi cerita apabila hasil kreativitinya mekap pelajar sekolah untuk sesi fire drill di sekolah menjadi tular baru-baru ini.
Saya sebenarnya guru prasekolah je. Awalnya saya dilantik menjadi AJK untuk mekap mangsa je. Masa yang diberi pun 30 minit. Jadi saya pun cuba google macam mana nak buat nampak real terbakar. Tengok youtube dia buat terus kat kulit orang tu tapi makan masa 1 hingga 2 jam.
Saya pun fikir cara lain. Saya cuba ambik tisu kat tandas sekolah kemudian buat pada plastik. Esok pagi nya tu baru saya tampal dan letak foundation dan water colour pada tempat yang konon2 melecur tersebut,” Ujar hafizah lagi sambil mengakui tiada basic dalam bidang seni, sebaliknya hanya google kemudian terus apply.
Dia yang sememangnya sangat berminat dalam bab-bab seni sedemikian tidak menyangka hasil yang dilakukan itu menarik perhatian pihak lain termasuklah anggota bomba.
“Saya bukanlah kreatif sangat pun, mungkin kerana saya ni minat tengok-tengok video orang buat conteng-conteng. Lagi-lagi yang nampak real ni. Kebetulan dapat pula tugas ini jadi saya pun terus cuba praktikkan.
“Awalnya mereka sangka biasa-biasa sahaja, sekali tengok semua terkejut termasuklah bomba yang hadir dalam program tersebut,”kongsinya lagi ketika ditanya oleh pihak Majalah Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi anda yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak.
Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung. Akibatnya, diet terus ke laut.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Antaranya, Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu.
Bahan-bahan ini pastinya boleh di dapati di dapur dan sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Bahan Asas: timun epal hijau lemon madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
LEMON DAN KHASIATNYA Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN: 1 biji epal hijau 1/2 biji timun 2 slice lemon, amik jus je 1-2 sudu besar madu Air suam untuk kisar
CARA-CARA:
Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi. Minum macam tu je. Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Sumber: Sharinaz Redwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...