Lain orang, lain caranya dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Ada yang lebih senang menggunakan produk kecantikan tak kurang juga yang mengamalkan petua-petua tradisional.
Bagi atin Lee yang berkongsi di facebooknya, dia memilih untuk mengamalkan mandi ais dan limau sebagai rahsia cantiknya setiap hari.
Katanya amalan ini juga dilakukannya sekian lama untuk memulihkan sakit kepala yang sering dialaminya. Jom intai caranya.
Dah 3 tahun Fatin amalkan mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan. Memang ‘painkiller’ paling berkesan. Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikannya untuk kecantikan dan kesihatan. Kalau perasan kat spa pun dah banyak
yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat.
Hanya guna 3 bahan dapur, je simple!
Ads
Bahan:
Air 1 baldi
Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
Ais ketul
Asam limau nipis
Minyak Aromaterapi ( jika ada )
Caranya:
1. Sediakan satu baldi air paip.
Ads
2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
3. Baca Al Fatihah 7x, Bismillah5 7x (boleh cari kat google), Al Ikhlas 7x dan Selawat 3x.
4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas dan lebihkan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam lagi elok.
Ads
5. Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu fatin buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni. Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah!
In shaa Allah pasti lebih segar dan bertenaga lepas ni.
Ekstra Tip:
– Boleh kuruskan badan
– Menaikkan seri wajah
– Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
– Menghasilkan aura positif
– Kuatkan imunisasi & antibodi badan
– Kuatkan tulang
– Menghilangkan bisa & angin dalam badan
Sumber: Fatin Lee
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cendawan memang sejenis sayuran yang cukup sensitif dan mudah lembik. Sifatnya yang sebegini buat ia sukar di simpan lebih lama di dalam peti sejuk.
Apabila tersimpan begitu lama, cendawan akan mula menjadi lembik dan berbau tidak enak. Selain rasanya yang kurang enak, kesegarannya juga akan turut terjejas.
Disebabkan itulah ramai daripada kita yang suka membeli cendawan dan terus dimasak sahaja tanpa menyimpannya lebih lama.
Namun adakalanya disebabkan kesibukan bekerja dan tiada waktu untuk memasak, kita terpaksa menyimpannya buat seketika.
Ada caranya untuk memastikan cendawan boleh disimpan lebih lama berbanding tempoh sebelum ini. Bagaimana? Cuba langkah ini.
BAHAN-BAHAN:
Cendawan segar
Kertas surat khabar
CARA-CARA:
1. Keluarkan cendawan dari plastik dan elakkan dari terkena air.
2. Tanpa dibasuh terlebih dahulu, bungkus cendawan menggunakan kertas surat khabar dengan kemas.
3. Simpan dalam peti sejuk.
4. Bila hendak masak, keluarkan dan basuh seperti biasa.
Selepas dikeluarkan daripada plastiknya, elakkan sama sekali cendawan daripada terkena air. Jangan sekali-kali basuh cendawan terlebih dahulu dan simpan. Air akan membuatkan cendawan bernafas dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.
Disebabkan inilah kita harus mengeluarkannya daripada plastik. Langkah ini mampu membuatkan cendawan disimpan sehingga seminggu atau lebih.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pisau adalah sebahagian alatan yang wajib ada di ruang dapur. Tanpa menggunakan pisau, tugas-tugas untuk penyediaan makanan seperti memotong, menghiris atau pun mencincang ayam, daging dan sebagainya tidak dapat dilakukan dengan mudah.
Hakikatnya, pisau tersebut cukup tajam dan jika tidak disimpan dengan sebaik mungkin boleh mendatangkan bahaya. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil di rumah.
Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan untuk menyimpan pisau ini, selain untuk keselamatan anda boleh juga menyuntik gaya yang tersendiri di ruang dapur. Bolehlah dipraktikkan sempena raya nanti agar ruang dapur bukan sahaja selamat untuk anak-anak malah nampak bergaya dan menarik dipandang.
Jom semak!
Satu cara penyimpanan yang sangat umum, blok pisau diletakkan di atas kaunter top. Di datangkan dengan pelbagai pilihan warna dan material yang berbeza. Sebaiknya pilihlah yang bersesuaian dengan binaan kabinet untuk menampakkan keserasian gaya.
Menyuntik gaya yang lebih unik, peletakan pisau juga boleh diilhamkan di dalam balang yang diisi dengan kekacang atau pun lidi sate yang digunakan untuk tujuan dekorasi ruang dapur. Kombinasi ini secara tidak langsung berfungsi secara total dua dalam satu.
Aturan pisau yang disusun kemas di dalam laci berkompartmen ini tampak begitu moden dan kemas. Malah apa yang lebih penting cara penyimpanan sepertinya ini lebih difikirkan selamat kerana anak kecil tidak mudah mencapainya.
Penggunaan rod magnet sebagai cara penyimpanan pisau kelihatan sungguh praktikal. Tidak memerlukan ruang penyimpanan yang luas, hanya di satu sudut dinding sudah memadai. Menyuntik keserian di ruang ini, pilihan pisau pelbagai warna boleh juga mengundang gaya dekorasi di ruangan dapur secara tidak langsung.
Terdapat begitu banyak aksesori kabinet dapur yang dicipta dengan pelbagai kegunaan dan gaya yang tersendiri. Ini menjadikan ruang penyimpanan pisau lebih teratur bersistematik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila dua insan berpisah, mungkin ramai fikir yang paling terluka ialah pasangan itu. Hakikatnya, ada jiwa lain yang kadang-kadang lebih terasa parah iaitu anak-anak. Kehidupan mereka berubah sekelip mata. Rumah yang dulu jadi tempat bermanja, kini terbahagi dua. Apabila salah seorang ibu atau ayah mula membina keluarga baru, ada hati yang diam-diam menangis.
Ramai anak mengaku mereka rasa macam ‘tersisih’ bila ibu atau ayah mula tumpu pada pasangan baru. Lagi-lagi bila hadir pula adik-adik tiri atau adik baru. Hati anak mula tanya, “Adakah ayah masih sayang aku? Adakah mak dah lupakan aku?” Walaupun jarang diucap, soalan-soalan tu membunuh perlahan-lahan keyakinan dan kasih yang mereka simpan.
Anak-anak yang jadi ‘mangsa senyap’ perkahwinan semula boleh alami kemurungan, masalah tingkah laku, malah rasa tak dihargai. Mereka perlukan ruang untuk meluahkan, bukan sekadar diminta faham.
Sebagai ibu bapa, komunikasi adalah kunci. Jangan biarkan anak membuat andaian tentang kedudukan mereka dalam hati kita. Ucapkan, peluk, dan tunjuk bahawa kasih kita sebagai ibu ayah pada mereka tak akan pernah berkurang walau bagaimana pun hidup berubah.
Libatkan mereka dalam hidup baru, dengar suara mereka, dan jangan paksa mereka ‘cepat menerima’. Anak perlukan masa. Yang paling penting, jangan jadikan mereka seolah-olah tetamu tak diundang dalam rumah sendiri.
Bukan sekadar cerita dari mulut ke mulut, kajian juga membuktikan betapa besarnya impak emosi anak bila ibu atau ayah berkahwin semula.
Menurut American Academy of Child & Adolescent Psychiatry (AACAP), ramai anak hasil keluarga bercerai menunjukkan tanda kebimbangan, mudah marah, dan rasa rendah diri. Bila ibu atau ayah mula membina keluarga baru, perasaan “diganti” atau “tak penting” semakin kuat.
Satu lagi kajian oleh Journal of Family Psychology mendapati hampir 20% kanak-kanak dalam keluarga tiri mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan hubungan baru, dan kesannya boleh berlarutan hingga remaja. Mereka bukan saja hilang keyakinan, malah cenderung menjauhkan diri daripada ibu atau ayah kandung kerana rasa dikhianati.
Di Malaysia pula, pakar kaunseling kekeluargaan pernah menegaskan bahawa anak-anak yang terperangkap dalam konflik penceraian dan perkahwinan semula mudah alami masalah tingkah laku terutama bila tiada ruang komunikasi yang baik dengan ibu atau ayah.
Perkahwinan semula bukanlah dosa. Ia jalan baharu untuk bahagia. Tapi ingat, bahagia itu akan lebih indah kalau anak-anak juga dapat merasa. Kerana dalam apa jua keadaan, mereka tetap darah daging yang kita janji akan jaga seumur hidup.
Perasaan-perasaan inilah yang cuba dibawa dalam drama menyentuh hati, Rumah Tanpa Luka arahan Nur Ain Sharif. Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Erysha Emyra, Nadhir Nasar, Naura Arissa, Ziela Jalil, Raja Azmi, Zaefrul Nordin, Hafreez Adam, Yuna Rahim, Aziz M. Osman, Rasya Sofea, Hanan Adraa dan ramai lagi, drama ini mengangkat kisah kasih sayang dan pengorbanan yang sering kita terlepas pandang.
Mengisahkan Kalsom, seorang gadis yang rela mengorbankan segalanya demi menjaga adiknya, Rose Ameena yang lahir dengan Down Syndrome. Hidup Rose penuh cabaran, bukan sahaja kerana keadaannya tetapi juga sering dianggap pembawa malang oleh ibu bapa sendiri hingga rumah tangga mereka runtuh. Lebih menyayat hati, abang tiri mereka sanggup menghalau keluar hanya kerana dendam lama.
Namun dalam segala kepayahan, muncul Qiuzi yang memberi sinar harapan baru. Persoalannya, mampukah Kalsom dan Rose akhirnya mengecap bahagia selepas semua derita yang dilalui?
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Rumah Tanpa Luka, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim secara eksklusif di aplikasi Sooka.Sebuah kisah yang bukan sekadar drama, tetapi cermin kepada realiti tentang luka yang diwarisi, pengorbanan yang tak terbalas, dan harapan yang sentiasa ada walau hidup penuh luka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.