Ikan bakar antara kegemaran ramai terutama bagi yang tak suka menu yang berminyak. Terasa keenakannya lebih-lebih lagi dicicah dengan air asam. Fuhhhh berpeluh bila dimakan dengan nasi putih yang masih panas.
Kebiasaannya resipi ikan bakar, isinya lembut dan basah. Tapi kali ini admin nak kongsikan resipi istimewa yang mana menu ini dibuat versi garing. Menarik kan.
Biasa ikan bakar isi ikan lembut basah² kan.. Harini sy nak share ikan bakar tapi versi garing yg menjadi favorite suami.. 😜
Bahan-bahan:
Bahan2 sapu atas ikan.
*Bawang putih
*Halia
*cili padi
*Garam /gula / serbuk perasa sikit / kunyit.
Tumbuk bahan2 sampai lumat dan masukkan kicap manis, serbuk lada hitam/putih sikit. Jangan lupa masukkan minyak masak sikit.. Bahan agak2 je, kalau nk manis lebihkan gula sikit
Ads
Cara membuat:
Harini guna ikan kembung.sebelum2 ni sy guna ikan talapia merah sbb bagi sy lagi sedap 😅. Ikan kelar² letak kunyit + garam dan goreng separuh masak agak² ikan dah garing sikit angkat okay 👌Sapu bahan tumbuk tadi atas ikan. Pastikan sapu rata depan belakang. Lepastu bakar atas kuali atau air fryer atau masuk oven pun boleh. Bakar sampai garing.. saya masuk oven bakar dalam 10-15minit. Nak bagi kicap tu meresap dan ikan pun garing.Tadaaa dah siap. 💃 Jemput makan semua 😋 # kalau rajin bungkus ikan dgn daun pisang utk dapatkan aroma tu.. tapi saya malas 🤣🤣
Kediaman boleh nampak lain dalam sekelip mata dengan hanya menukar langsir. Mungkin ada yang anggap nak cantik kena pilih langsir yang mahal.
Sebenarnya langsir murah pun banyak yang cantik-cantik dan berkualiti. Cuma cara kita memasang kadang kala membuatkan ia nampak tidak menarik. Sakit mata kan bila lihat langsir yang dipsang nampak senget dan tidak beralun cantik.
Jom ikut tip yang dikongsikan oleh Lia Johari menerusi Kelab Kaki Deko bagaimana nak memastikan lamgsir nampak cantik dan susunan nampak sekata.Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna plastik cup.
(sharing idea dr group sebelah) Cara Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir. *boleh lihat step pada gambar.
1. Sebelum. Senget sana sini. Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress mak!
2. Guna plastik cup macam ni.
3. Belah dua cup guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cup.
4. Masukkan cup yg telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.
5. Done
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai.
Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sakit kepala ini memang mudah sangat kita rasa, lagi-lagi bila berdepan dengan situasi stres. Tak disangka-sangka datanglah sakit kepala tu, terasa berat dan berpusing pandangan mata.
Meredakan kesakitan yang dirasa selain perlu mengambil ubat, sebenarnya anda boleh juga usahakan beberapa teknik ini yang dikongsikan oleh doktor untuk melegakan kesakitan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini dan bolehlah dicuba.
PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini.
Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
a) Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
b) Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
c) Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
d) Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
e) Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...