Wanita Ni Kongsi Resipi Ikan Tamban Celup Tepung Kegemaran Mentua. Ikut Cara Ni Baru Jadi

Share

Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan bancuhan goreng celup tepung yang betul-betul melekat dan rangup walaupun sudah sejuk.

Rupanya ada teknik untuk hasilkan Ikan Celup Tepung yang rangup. Jom cuba resipi yang dikongsikan  ini. Mudah, sedap dan yang penting menjadi. Air tangan daripada puan Nana Sabrina Sarsan menerusi  page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

 

“Ikan tamban Celup Tepung Kegemaran Ibu Mertuaku”

Panjanggggg namanya,anak ikan tamban hasil pancing mggu lalu dgn family mertua…

Jgn nak tukar2 nama resepi pula 😂 sbb ni resepi saya olah sendiri, rangup tak ikan celup tepung saya, klu ada yg sudi nak resepi, nanti saya up kan k, itupun klu ada yg nak la…k la nak sambung menggoreng jap, siapa2 nak bole komen, saya bukan gila like 👍 tapi saya suka share resepi jer😍😍😍

*KALAU NAK HASILNYA MCM DLM GAMBAR, TOLONG IKUT RESEPI SAYA 100%,

❌JGN TANYA SAYA TEPUNG BERAS BOLE TUKAR KE TEPUNG JAGUNG KE?

TAK ADA KAPUR TAK PE KE?

TAK LETAK TELUR MENJADI JUGA KE? JAWAPANNYA TAK BOLE ❌❌❌❌😂😂😂😂

#RESEPI

Baca sampai habis k

“Ikan celup tepung kegemaran ibu mertuaku”

Bahan2-Bahan

Anak ikan tamban

3 senduk tepung beras

Sedikit kapur makan

1 biji telur A

Daun bwg hiris kasar

Daun sup hiris kasar

1 sudu serbuk cili

Cili padi hiris (klu nak pedas)

1 sudu serbuk kunyit

Sedikit garam

Air secukupnya

Cara membuat:

  • Campur semua bahan-bahan kecuali ikan, bancuhan tu agak2 mcm bancuhan pisang goreng.

  • Celupkan ikan, goreng dlm minyak yg banyak,pastikan minyak tu betul2 panas, goreng sehingga garing.

  • Siap!

*Ikan tak perlu rebus dulu. Jangan tanya saya resepi ni guna ikan berapa kilo, sebab saya masak main agak2 jer, lagipun ikan ni kita pancing so saya tak tau ada berapa kilo.

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN