Kuah kacang sememangnya cukup digemari terutama sekali apabila dimakan bersama nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan.
Menjelang raya nanti, bolehlah ibu-ibu cuba resipi ini. Boleh dihidangkan untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.
Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibunya. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang. Betapa hebatnya penangan resipi arwah ibunya itu.
Disebabkan itu, Ruziati tidak lokek untuk berkongsi resipi kuah kacang tersebut. Yang nak cuba jom baca ni:
Kawan kata kuah kacang saya sedap… siap pujuk saya jual kuah kacang ni resepi kuah kacang saya..
bahan-bahan 1 kg kacang tanah (goreng) 800 gm gula 2 setengah sudu garam 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih Segenggam asam jawa (bancuh pekat) 4 btg serai Seinci lengkuas Minyak masak Air Udang kering (ikut selera) Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tmbh cili)
IKLAN
Cara
Tumis bahan kisar tadi.
Kemudian, masukkan semua bahan, tambah air.
IKLAN
Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
Kecilkan api dan renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tips Extra:
1). Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
IKLAN
3). Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4). Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
5). Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh.
Kalau berkunjung ke rumah saudara, sambal bilis yang sedap selalu jadi dambaan kita.
“Macam mana nak buat sambal sedap macam ni”. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar dan tak kurang juga meminta resipi untuk dicuba. Soalnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja.
Jadi bagaimana sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak.
Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Namun berdepan dengan rasa sambal yang sama pastinya membuatkan kita bosan malah adakalanya kita sendiri sudah terbiasa dengan rasa sambal itu sendiri. Bagaimana menjadikan rasa sambal lebih sedap?
Petua yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini sedikit berbeza. Ada halia, buah keras dan tak ketinggalan gula melaka. Jom ikut caranya. Nampak macam sedap.
1. Tumis dulu bawang kisar dan cili kisar. Make sure kisar cili yang gelap warnanya..baru menarik. Make sure minyak banyak ya.
2. Aku masukkan beberapa hiris halia. Suka ada after taste halia sikit-sikit.
3. Masukkan belacan. Guna belacan yang busuk-busuk sikit..baru sedap!
4. Tumis lagi sampai pecah minyak lepas masuk belacan tu. Tumis dalam 20 minit.
5. Check dari semasa ke semasa.
6. Masukkan air asam jawa, aku rasa dalam 4 cawan kecik. Main agak-agak je ni.
7. Masukkan gula melaka, aku guna dua ketul…manis berlemak, tetapi tidak terlalu manis.
8. Masukkan buah keras dalam 2 hingga 3 biji. Tumbuk lumat.
9. Tumis lagi…jangan risau keadaan minyak sebegitu. Main sambal ni, minyak memang kena banyak…nanti boleh buang.
10. Masukkan garam, dalam sesudu kecil. Tapi jangan banyak sangat, nanti nak masukkan ikan bilis.
11. Sambung tumis dalam sejam, check keadaan bawang. Aku suka bila bawang tu dah transparent..sikit lagi.
12. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng separa masak. Bilas-bilas dulu ok sebelum goreng, nanti masin sangat.
13. Seee…bawang yang telah lutsinar macam ni lah yang dicari sejak 50 tahun lepas.
14. Setel…masak sambal dalam sejam setengah. 1 jam 30 minit.
Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Menyediakan menu yang digemari oleh anak-anak agar makan berselera kadang-kadang boleh buntu juga ibu untuk sediakannya. Jadi apa kata kali ini anda sediakan ala-ala nasi ayam KFC. Mesti anak-anak menggemarinya.
Apatah lagi, resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ini lengkap berserta dengan set seperti coslow, sup dan sambalnya.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita sediakan menu istimewa ini daripada air tangan sendiri.
Ini perkongsiannya.
Hari ini kakchik nak share resipi spesial sikit untuk anak dan suami. Biasa makan nasi ayam je kan? Kali ini kita buat ala ala Nasi Ayam KFC gituh. Pakat teruja anak-anak makan tau. Jom buat jom.
Bahan-bahan dan cara ada di setiap gambar. Selamat mencuba.
Set lengkap ada karbohidrat ada protein dan sayur. Ayam Krispi tu elok berkelopak. Menjadi sungguh. Geram pula menengok nya. Kakchik buat sup kosong bubuh bebola daging saja. Terpulang nak buat sup atau tidak. Kami suka sup jadi wajib buat.
Hidangkan pada anak-anak, semua pakat tanya bila Umi beli. Mana maunya tapau, kampung kakchik ni banyak kedai makan tutup. Takpe, kebetulan ada stock Kat rumah. Kita buat sendiri. Mana tau esok-esok boleh buat meniaga Kan?
Bahan-bahan Nasi Mentega
2 sdb Mentega
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
3 cawan susu full cream
1 cawan air
2 cawan beras basmathi
Garam
Cara Buat:
Basuh bersih beras basmathi dan toskan biar kering.
2. Tumis bawang merah, bawang putih Dan halia dengan mentega sampai garing dan wangi.
3. Masukkan susu full cream 3 cawan dan 1 cawan air biasa. Anggaran 1 cawan beras basmathi sama dengan 2 cawan cecair. Jangan lupa perasakan dengan garam. Biar dia naik rasa lemak berkrim.
Kakchik tak bubuh daun pandan sebab suka bau mentega yang kuat. Kalau nak bubuh terpulang ya
4. Tanak nasi mentega kita sampai masak.
5. Tadaaaa. Rasa dia memang sama macam set nasi ayam KFC yang semangkuk rm 3 tu. Buat sendiri puas hati. Anak-anak suka nasi mentega no. Makan kosong pun sedap
AYAM CRISPY
Kakchik guna bahagian peha yang dibuang tulang. Kakchik guna 2 keping. Bancuhkan sebiji telur dengan 5 sdb tepung Bistari pedas. Tak letak air langsung tau.
Gaulkan semua bahan sampai dia mesra Dan muafakat membawa berkat. Kakchik perap sejam macam itu dalam peti Sejuk. Cubit cubitkan garam tu biar semua perasa masuk dalam ayam kita.
Cara buat :
Satukan 1 cawan tepung bistari pedas dan ½ cawan tepung jagung. Ini untuk sekeping ayam bahagian peha tau. Kakchik buat untuk sekeping sebab tak nak membazir. Nanti sekeping lagi kita bancuh lagi tepung tu. Sebab baki tepung kakchik buang.
2. Bedakkan ayam perap tadi dengan adunan tepung salut tadi. Cubit cubitkan ayam tu. Ramas-ramaskan biar semua bahan kena.
3. Panaskan minyak, gorengkan ayam Krispi sampai kuning keemasan. Kakchik goreng dalam kuali leper supaya ayam elok terendam dalam minyak
4. Bila elok masak dan kekuningan, toskan kering. Dah siap.
Kakchik potong potongkan sebelum hidangkan pada anak. Senang anak nak ambil. Semua dapat bahagian yang mereka suka. Tak bergaduh dah. Mak boleh rehat sambil layan drama Korea.
COSLOW
Kakchik guna chopper zap zap tu. Kakchik letak 1 cawan kubis, 1 cawan kubis ungu ½ cawan lobak merah Dan 1 biji bawang merah
Lepas tu bubuh 5 sdb mayonis 1 sdb gula 1 sdt garam dan ¼ cawan susu full cream
Gaulkan semua bahan. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk baru syok. Kakchik suka makan nasi kosong dengan coslow. Kenyang, sedap pun sedap tau. Ala ala makan ulam.
Tada dah siap, panggil anak dan suami makan. Hidangkan dengan sos cili Dan sup kosong. Selamat mencuba korang.
Bahan sup kosong
½ biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 sdb lada sulah
Garam
Bebola ayam atau daging
Tumis bawang dan halia. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan bebola.
Biarkan merenih. Masukkan serbuk lada sulah dan garam. Kacaukan rata.
Matikan api. Hidang kan dengan bawang goreng dan daun sup.
Bahan sos cili
15 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 ½ cawan air
2 sdb cuka
Garam
Gula
Cara buat :
Kisarkan bawang putih, cili dan halia dengan 1 ½ cawan air.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Biarkan merenih. Biarkan bahan sedikit pekat.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!