Biasanya bila sebut nak menyediakan menu sayur terung, mesti terbayang di fikiran resipi pajeri, sambal, kari dan sebaginya. Namun berbeza dengan pasangan suami isteri ini yang mengolah menu terung seakan seperti  Roti John.

Berkongsi resipi yang dimasak menggunakan terung  dan dinamakan sebagai Terung John, telah menarik perhatian warganet untuk mencubanya. Ianya nampak  cukup menyelarakan dan tambah lebih mengujakan menu ini berjaya menurunkan beratg badan Noorul Izzah dan suami.

“Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg. Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah,” ujarnya.

Wanita Ni Kongsi Resipi Terung John Rendah Karbo. Selalu Amal & Boleh Turunkan Berat Badan. Rasa Pun Sedap!

Resepi Terung John:
Bahan:
1 biji terung panjang (potong memanjang)
1 homemade beef patty/daging burger
3 biji telur
Garam pink himalaya
Serbuk black pepper
Sedikit daun ketumbar
Sayuran/kubis

Cara buat:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.
2. Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.
3. Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.

Wanita Ni Kongsi Resipi Terung John Rendah Karbo. Selalu Amal & Boleh Turunkan Berat Badan. Rasa Pun Sedap!
4. Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.
5. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.

IKLAN

Wanita Ni Kongsi Resipi Terung John Rendah Karbo. Selalu Amal & Boleh Turunkan Berat Badan. Rasa Pun Sedap!Menurut Noorul Izzah, “Idea menu ini adalah daripada suaminya yang memang peminat terung. Selain terung john, ada juga burger terung, bun burger guna terung.  Kami berdua memang amalkan pemakanan rendah karbo untuk sihatkan badan turunkan berat, jadi kena rajin olah resepi supaya sesuai dengan diet yg diamalkan iaitu diet keto/rendah karbo.”

Selamat mencuba!

Sumber : Noorul Izzah Marzuki 

IKLAN

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN

Wanita Ni Kongsi Resipi Terung John Rendah Karbo. Selalu Amal & Boleh Turunkan Berat Badan. Rasa Pun Sedap!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/  atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Wanita Ni Kongsi Resipi Terung John Rendah Karbo. Selalu Amal & Boleh Turunkan Berat Badan. Rasa Pun Sedap!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Wanita Ni Kongsi Resipi Terung John Rendah Karbo. Selalu Amal & Boleh Turunkan Berat Badan. Rasa Pun Sedap!

Wanita Ni Kongsi Resipi Terung John Rendah Karbo. Selalu Amal & Boleh Turunkan Berat Badan. Rasa Pun Sedap!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI