Semenjak kecik lagi sudah minat dengan bunga dan kini siapa sangka daripada minatnya itu mendatangkan sumber pendapatan kepada Puan Anum sekeluarga. Andai ingin dicongak keuntungan yang boleh dibuat dengan menjual pokok secara online ini, menurunya boleh mencapai hingga RM 2000 sebulan.

Satu jumlah yang boleh dibanggakan dan jika ingin mengetahui lanjut kisah Puan Anum ini, jom baca artikel ini.


Menurutnya, dia sudah 4 tahun melakukan jualan pokok bunga  dan di mana sebelum ini menanam pokok-pokok tersebut di laman rumah sekadar memenuhi hobi semata-mata.

“Mula-mula suka-suka tapi bila ramai yang berminat jadi seronok dan bolehlah tambah duit kocek. Kerjanya juga bukanlah susah dek kerana minat, setiap hari saya bangun jam 5 pagi, masak siap-siap untuk keluarga. Pada pukul 6.30 pagi saya sudah keluar rumah untuk tengok pokok, bersihkan mana yang tidak sempurna. Siram pokok. Sapu sampah dan sebagainya.”

“Kalau nak diikutkan dalam banyak-banyak pokok yang ditanam semua jenis saya suka. Pun begitu memang saya lebih cenderong yang berbunga. Bagi saya pokok bunga ini lebih mendamaikan, hilang stres rasanya bila kita berkebun bunga. Aura bungaan boleh membantu awet muda sehat dn cergas.”

Bila diajukan dalam ahli keluarga siapa lagi yang berminat melakukan hobi ini bersama-sama, ini jawabnya, “Anak-anak sebok dengan kerja masing-masing. Hanya saya dan  suami je yang membantu setiap pagi dan petang.”

Tip Penjagaan Pokok Berbunga

  1. Yang penting kita kene rajin.

2. Baja ape pun boleh lebatkan bunga dan cantik kan daun. Cuma jangan silih berganti. Contoh kalau ada orang cakap baja ni baja tu ok bunga lebat, terus semuanya dicuba.  Tapi sebaliknya. Bagi saya baja yang murah pun kalau ikut peraturan tetap akan meriah berbunga. Contohnya saya hanya gunakan Baja Kopi Ajimino 3 Serangkai dah hampir 4 tahun, alhmdulillah masih mengunaknnya.

3. Berkat kesabaran perlu ada. Jangan cepat mengalah.

sumber : Puan Anum 

Tinggalkan Komen