![che-ta-2](https://cdn.keluarga.my/2018/01/che-ta-2-696x432.jpg)
Menginjak usia akhir 30an dan meniti usia 40an dirasakan satu cabaran baru buat semua insan bergelar wanita. Namun janganlah takut dengan usia ini.
Usia hanyalah sekadar angka yang tidak memberi apa-apa maksud secara lahiriahnya. Namun menjelang usia ini, apakah pencapaian mahupun kejayaan yang dicekapi.
Sebagai wanita periksa apa anda perlu buat dan kena ada bagi memastikan anda menikmati hidup yang selesa, sempurna dan tenang di usia ini? Lima perkara ini perlu buat.
Jaga Pemakanan
Pemakanan paling penting. Janganlah lagi makan sebarangan makanan yang tidak sihat. Air bikarbonat mahupun makanan tinggi lemak sebaiknya dikurangkan. Semakin umur meningkat semakin sukar untuk mengekalkan berat badan ideal. Risiko untuk pelbagai penyakit juga makin mudah. Tukar sahaja pada menu ringkas seperti rebus dan panggang. Itu sudah memadai.
Simpanan Hari Tua
Simpanan bukan bermula daripada usia ini. Sebaiknya mulakanlah dengan serius sejak muda lagi dan menjelang usia ini, anda sudah mampu untuk hidup tenang dengan wang simpanan yang sedia ada. Namun tidak salah jika anda memperuntukkan lebih serta lebih serius lagi menjelang usia ini. Lupakan pada aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan membazir.
Pendapatan Sampingan
Ada orang yang sudah memulakan pendapatan sampingan ini sejak dulu lagi. Tidak salah jika anda baru berjinak-jinak untuk memulakannya sebagai persediaan hari tua anda. Berniaga atau membuat pelaburan jangka masa panjang adalah salah satu jalan terbaik. Mulakan sekarang!
Elak Kemurungan
Sebaik-baiknya elakkan sama sekali berlaku kemurungan dalam usia ini. Kesan emosi yang tidak sihat, kemurungan dan sebagainya akan hanya mendedahkan wanita kepada penyakit dalaman seperti kanser dan sebagainya. Elakkan.
Menikmati Hidup
Nikmatilah hidup ini dengan penuh gembira bersama suami dan anak-anak. Bebanan kerja sememangnya tidak pernah akan habis. Berusahalah untuk mencari ruang bersama mereka dan nikmatilah masa bersama sepuas-puasnya.
Ilmu Di Dada
Tidak terlambat rasanya untuk anda memperlengkapkan diri dengan sedikit kemahiran diri sebagai bekalan hari mendatang. Mungkin belajar menjahit atau sedikit ilmu masak memasak sangat relevan untuk dunia bisnes hari ini. Kena cuba!
Kena Cantik
Paling penting dalam usia ini anda harus tampil cantik. Cantik bukan bermaksud harus mengenakan pakaian baru dan up to date sentiasa. Cukup hanya tampil kemas dan sedikit keyakinan diri setiap kali mengenakan pakaian yang dipilih. Itu sudah memadai.
“Suruh Senyum Sampai Senget Kepala…”-Posing Comel Nak Tangkap Gambar Passport, Curi Tumpuan!
![“Suruh Senyum Sampai Senget Kepala…”-Posing Comel Nak Tangkap Gambar Passport, Curi Tumpuan!](https://cdn.keluarga.my/2022/09/Untitled-design-2022-09-29T052818.073.jpg)
Tidak dinafikan telatah anak-anak memang menghiburkan hati kita, ada sahaja perangai mereka yang mencuit hati dan kadang-kadang berlaku tidak kira lokasi dan masa. Malah sering juga ragam mereka itu susah juga untuk kita fahami.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Umpamanya bila kita lihat aksi anak-anak di hadapan kamera, macam-masa gaya ditunjukkan dan diakui memang comel lagaknya. Namun bila diminta untuk mengikut gaya yang kita mahukan, kadang-kadang silap gaya boleh pula mereka merajuk, masam muka malah menangis di hadapan kamera sekelip mata sahaja.
Seperti ragam kanak- kanak perempuan ini yang berubah moodnya apabila hendak diambil gambar passport miliknya ini.
Pada awalnya sangat memberi kerjasama yang baik dan teruja untuk bergambar dengan memberikan pose gaya comel di hadapan kamera hingga senget-senget kepalanya.
Namun gaya sebegitu tidak boleh digunakan dan memerlukan untuk anak kecil ini lebih fokus bagi mendapatkan gambar yang menepati standard passport.
Sungguh ia menjadi cabaran bukan sahaja kepada pegawai yang dilihat terpaksa mengeluarkan toys untuk menarik minat kanak-kanak tersebut untuk bergambar.
Malah apa yang mencuri tumpuan warganet apabila melihat video yang dikongsikan @ameeraazmannn di aplikasi TikTok ini adalah ‘kecomelan’ anak perempuannya itu bergambar meskipun bukan mudah untuk dapatkan kerjasama. Bermula dari aksi wajah cute dan tersenyum manis namun akhirnya berwajah masam pula yang terakam di dalam passport kanak-kanak tersebut.
@ameeraazmannn Struggle betul eh buat passport budak 🤣 #fyp ♬ DJ abang jarang pulang speed up – aurora – aur🌙
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang memuji wajah anak perempuan itu yang sangat comel.
“Adik ini gambar pasport bukan gambar suka² 😂 tapi apa² pun tetap comel 🥰,” tulis salah seorang warganet.
“Anak saya umur 2 tahun struggle jugak last² gambar mulut ternganga.. 😅😅,” kongsi yang lain pula mengenai pengalaman mereka.
“Adik comel.. Nasib abg immigration baik hati,” tulis yang lain pula di ruangan komen.
ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!
Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.” Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.
![“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.” Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.](https://cdn.keluarga.my/2019/04/new-haziq-01_44_466485.jpg)
Cabaran menguruskan anak sakit bukanlah semudah yang disangkakan. Sementelah ia berlaku tanpa disangka, sehari sebelum divaksin. Demikian yang menimpa anak sulung pengacara dan penyampai berita Hotfm jatuh sakit akibat Radang Paru-Paru manakala anak kedua pula menghidap Batuk Kokol.
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
“Waktu anak sulung memang tiada masalah, tetapi lahir anak kedua berbeza. Baru berumur sebulan, dia jatuh sakit. Waktu itu, saya dan isteri agak terkejut kerana tidak pernah alami situasi sedemikian. Hampir sebulan anak kedua masuk hospital akibat batuk kokol.
“Awalnya ingat sekadar batuk biasa, tetapi siapa sangka. Dua hari sebelum mendapat vaksin, Chayra jatuh sakit. Sebagai bapa, saya tidak elak anak mengambil vaksin tetapi sudah ketentuanNya.
“Vaksin yang patut di ambil untuk mengelak penyakit tersebut tetapi belum sempat berbuat demkian anak sakit. Mungkin Allah nak bagi ‘rasa’ penyakit tersebut. Sementelah anak pula perempuan jadi agak lemah untuk melawan.
“Nasihat saya pada ibu bapa lain, jangan elak untuk memberikan vaksin kepada anak-anak kerana kita tak tahu situasi penyakit sekarang. Bukan nak kata kalau kita mengambil vaksin anak-anak selamat dari semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya kita mencegah dari awal. Apa salahnya kita menjadi ibu bapa yang berusaha demi kebaikan anak-anak. Tak ada ruginya kalau kita memberikan suntikan vaksin pada anak-anak,”jelas Haziq lagi.
Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, 28, mengakui, tidak mudah menyembunyikan resah ketika bertugas apabila dua anaknya dimasukkan ke hospital, dia terpaksa cekalkan hati kerana tidak mahu tumpuannya terhadap tugas terganggu.
“Ujian Allah apabila dua anak saya dimasukkan ke hospital kerana menghidap radang paru-paru. Setiap kali ke konti, saya ketepikan dulu semua masalah dan memberikan fokus kepada kerjaya kerana itu periuk nasi saya. Begitu juga ketika mengendalikan program Muzik Muzik, saya berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan keresahan, biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu,” katanya.
Haziq berkata, anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan, mengalami batuk berterusan sejak empat bulan lalu. Manakala sebelum itu, anak keduanya, Chayra Auliya, empat bulan diserang batuk kokol sejak September tahun lalu.
“Sebulan lebih di hospital, saya dan isteri bergilir-gilir. Saya jaga anak sulung di rumah, manakala isteri duduk di hospital dengan anak kedua kami. Pagi saya akan ke hospital terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja.
“Mujur anak kedua tidak banyak kerenah. Sebagai ayah, ini adalah cabaran yang cukup besar. Tetapi saya sabarkan isteri insya-Allah anak akan kuat apabila besar kelak,” ujar Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari, 28, pada Julai 2016.
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
Amalkan ayat kursi & yassin
Jelas Haziq lagi, orang selalu tanya bagaimana dia membahagikan masa dengan kerja dengan keluarga memandangkan anak sakit dan dalam masa yang sama kena fokus pada kerja.
“Siapa yang nak cari duit untuk famili kalau saya berhenti berbuat demikian. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang cukup prihatin dan memahami. Dia minta saya fokus pada kerja dan tentang anak serahkan padanya. Tidak timbul soal penat cuma waktu itu saya rasa kena ada dengan anak-anak dan kuat untuk mereka. Kami sama-sama hadap segala susah dan senang bersama.
“Selepas anak-anak jatuh sakit, waktu itulah kami belajar dan selalu bertanya dengan ramai doktor. Isteri banyak belajar tentang penjagaan anak-anak sakit. Walaupun kami muda namun tidak bermakna tak boleh handle situasi berkenaan. Daripada situ kami belajar banyak benda sebenarnya.
“Selain itu, ada ramai yang membantu termasuklah ustaz yang ikhtiar untuk berubat. Ada juga doa yang wajib dibaca dan siap diberi voice note untuk memudahkan saya belajar. Selain itu saya selalu amalkan ayat kursi dan juga yassin,”ujar Haziq lagi.
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
Allah tekan suis
Dalam masa yang sama, Haziq mengakui apa yang dilaluinya adalah kerana Allah ‘tekan suis’ supaya tidak lalai dan leka dengan dunia.
“Walaupun Allah turunkan cabaran dan dugaan, jadi saya mulai sedar sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Daripada situ saya susun waktu bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama, saya dan isteri juga menitik beratkan penjagaan kesihatan yang lebih terperinci bagi memastikan anak-anak tidak mengalami situasi seperti sebelum ini.
“Jadi, saya dan isteri sepakat untuk membeli strerelizer untuk rumah bagi membasmi segala penyakit dan habuk selain penggunaan aromaterapi. Bukan itu sahaja,setiap kali anak batuk saya terus ambil video dan hantar kepada doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya juga elakkan mereka bertemu dengan orang ramai terutama anak kedua kami, Chayra memandangkan antibodinya tidak sekuat anak sulung,”jelas Haziq lagi.
Bertarung nyawa
Baru lima tahun bertapak dalam industri seni, Haziq sudah merangkul anugerah penyampai radio popular. Pun begitu, dia merasakan dirinya masih ‘kecil’ dibandingkan artis yang lain.
“Saya kini menggunakan nama Haziq Husni sebagai penjenamaan diri baik dalam bidang pengacara, penyanyi, dan juga penyampai radio. Alhamdulillah, selepas anak sakit, rezeki datang mencurah-curah.
“Saya kini sudah memiliki sepasang anak. Waktu anak sulung saya tidak berpeluang untuk masuk bilik pembedahan. Tetapi peluang diperoleh waktu anak kedua, awalnya saya tak nak tengok kerana takut tetapi bila pertama kali melihat membuatkan saya bertambah sayang pada isteri kerana dia terpaksa melalui kesusahan dalam melahirkan zuriat kami.
“Bukan nak kata bersalin secara pembedahan lagi teruk tetapi pointnya di sini adalah semua ibu tak kisah bagaimana dia bersalin normal mahupun pembedahan, dia adalah tetap seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jadi jangan pandang remeh pada ibu-ibu yang melahirkan anak,” ulas Haziq mengakhiri bicaranya.
View this post on InstagramA post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
Sumber: Majalah Keluarga & IG haziq_hotfm
Keluarga Ni Boleh Berjimat Sebulan Hingga RM300 Belanja Dapur, Bila Ada Tanaman Sendiri!
![Keluarga Ni Boleh Berjimat Sebulan Hingga RM300 Belanja Dapur, Bila Ada Tanaman Sendiri!](https://cdn.keluarga.my/2019/04/untitled-design-2019-04-11t141904.484-11_53_578964.png)
Bercucuk tanam di laman rumah sebenarnya tidaklah perlu ada ruang tanah yang besar malah jika dimanfaatkan sebaiknya, ruang backyard sekali pun boleh diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman. Ini sebagai mana apa yang dilakukan oleh keluarga Kak Bebiyana Tambi Khan ini.
Dan apa yang lebih mengujakan, dengan ruang terhad itu juga membantu keluarga ini berjimat dalam perbelanjaan bahan dapur. Memang cukup menarik dan ikuti perkongsiannya ini.
Backyard gardening boleh menjana side income yang baik, setidak-tidaknya hasil tuaian dari tanaman kita membantu jimat kos perbelanjaan dapur.
Bertanam merupakan salah satu hobby Kak BB dan suami yang kami sangat “passionate”.
Kami tanam sayur, cili, lada, limau, halia, serai, lengkuas, pokok kantan, daun nyirik, pandan, buah jambu, buah markisa, buah tin, mangga, betik, pisang dan macam-macam lagi.
Selain tanam atas tanah untuk pokok-pokok besar, kita juga guna tong cat, guni dan pasu besar sebagai ganti ruang tanaman. Kaedah pembajaan dan penyiraman kita guna cara fertigasi dan siraman manual.
Antara sayur yang banyak kita tanam ialah bayam air aka Brazilian spinach. Sayur ini sangat senang ditanam dan boleh dituai beberapa kali seminggu. Sayur ini banyak khasiat dan cara masaknya pula sangat ringkas – stir fry dengan bawang putih atau buat sup.
Mungkin kita tak nampak penjimatan kos belanja dapur dari satu jenis tanaman kita. Tapi apabila kita kira hasil jualan atau saving dari semua tanaman ini dalam masa satu bulan contohnya, ia mampu mencecah ratusan ringgit!
• bayam sebulan dapat 5 kg RM25
• halia semusim/6 bulan, 30 kg RM450
• limau sebulan 30 kg, RM135
• kunyit, serai, lengkuas sebulan RM50
Kita boleh jimat hampir RM300 sebulan!
Ini tak termasuk buah buahan yang kita tak jual tapi kita tanam untuk makanan sendiri. Kita jimat lagi.
![Keluarga Ni Boleh Berjimat Sebulan Hingga RM300 Belanja Dapur, Bila Ada Tanaman Sendiri!](https://cdn.keluarga.my/2019/04/30652234-1634876089899514-4659577372934064953-n-11_13_081549.jpg)
![Keluarga Ni Boleh Berjimat Sebulan Hingga RM300 Belanja Dapur, Bila Ada Tanaman Sendiri!](https://cdn.keluarga.my/2019/04/30623858-1634876106566179-4665859807602770093-n-11_09_243451.jpg)
![Keluarga Ni Boleh Berjimat Sebulan Hingga RM300 Belanja Dapur, Bila Ada Tanaman Sendiri!](https://cdn.keluarga.my/2019/04/30652279-1634876136566176-6183968846192610602-n-11_14_836594.jpg)
![Keluarga Ni Boleh Berjimat Sebulan Hingga RM300 Belanja Dapur, Bila Ada Tanaman Sendiri!](https://cdn.keluarga.my/2019/04/30595248-1634875999899523-8833374098034713273-n-11_06_928014.jpg)
![Keluarga Ni Boleh Berjimat Sebulan Hingga RM300 Belanja Dapur, Bila Ada Tanaman Sendiri!](https://cdn.keluarga.my/2019/04/30629213-1634876046566185-4053661287052183751-n-11_11_050540.jpg)
Bagi sesiapa yang berminat bertanam, sila lawat backyard garden kami. Kami sedia share apa yang kami tahu.
Apakah yang saya buat dengan hasil jualan atau penjimatan duit ini?
Saya beli Emas dan simpan.
Setiap bulan bila kita konsisten jual atau jimat belanja cara ini, kita mampu beli dan simpan hampir 2 gram Emas! Ini salah satu cara side income yang boleh contribute kepada tabung simpanan kami.
sumber : Bebiyana Tambi Khan