Memiliki kulit anjal, cantik, bersih, bebas cela dan sekali gus kelihatan awet muda, semestinya kita merasakan perlu diberi tumpuan dan penjagaan yang rapi.
Bukan sahaja melalui penggunaan set perawatan dan kecantikan wajah, bahkan perlu juga mengamalkan penjagaan kesihatan dari dalaman dengan pengambilan makanan yang tertentu.
Contohnya sebagaimana yang diamalkan oleh wanita yang membahasakan dirinya sebagai Kak JJ. Baginya, untuk kekal awet muda elok sekiranya amalkan minum air pegaga yang dicampur dengan bahan-bahan tertentu yang bagus untuk tubuh dan kecantikan.
Nak tahu detail, jom baca perkongsiannya ini.
KULIT TEGANG MUDA BERSERI HANYA DENGAN PEGAGA
Kecik je pegaga ni tapi khasiat dia sangatlah best terutama untuk kita wanita-wanita yang suka jaga kecantikan wajah.
Hah, nak tau tak?
Kak JJ nak share resepi air pegaga ni khas untuk korang, wanita yang nak menten cantik berseri-seri, kulit tegang dan nak kulit muda remaja.( Lelebih lagi umur dekat 40an ni)
Ads
Ok jom tengok bahan dan caranya :
1 inci halia
Segenggam pegaga bersama akar(ambil dalam pasu kat laman)
1 gelas air
1 sudu madu
Cara membuatnya :
Ads
Blendkan.
Ok then bolehla minum.
Terpulang korang nak tapis ke tak, kalau kak JJ minum je.
Ada rasa pedas-pedas halia tapi takrasa pahit pegaga pun air ni.
Kak JJ highlight khasiat air pegaga ni
antaranya merawat kulit bermasalah, menyerikan wajah dan menegangkan kulit.
Ia juga membantu pertambahan kolagen dan membantutkan penuaan sel. So jadi awet muda la kita
Ads
Gambar hiasan
Kehebatan pegaga disudut lain, ia meningkatkan imun sistem. Ia membuka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk,maklumat segera hadam dan memori semakin baik.
Boleh search lagi banyak sangat khasiat pegaga, sekali kunyah bermacam benefitnya ke badan.
Sejak kecil lagi kita selalu dimomokkan kesan biji cili atau biji jambu sebagai penyebab apendiks. Dek kerana itu menyebabkan ada yang takut makan pedas, bimbang kesannya pada kesihatan.
Pun begitu, sebenarnya betulkah atau sekadar mitos sahaja?
Mengetahui jawpan yang lebih tepat, jom kita baca perkongsian daripada seorang doktor ini diakaun facebook. Menurut Dr Zubaidi, “Sebenarnya tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. Mungkin ia hanya petua masyarakat terdahulu yang melarang pengambilan cili dan jambu batu kerana boleh menyebabkan sakit perut. Namun dari sudut perubatan ia tidak dapat dibuktikan.”
Untuk lebih detail lagi jom baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.
BENARKAH BIJI CILI BOLEH JADI PUNCA APENDIKS?
Kita sering dimomokkan dengan kata-kata jangan makan cili atau biji jambu batu kerana boleh menyebabkan apendiks. Larangan ini sering bermain dalam fikiran sehingga wujud rasa takut setiap kali ingin mengambil makanan pedas.
Sebenarnya tiada kajian saintifik membuktikan apendiks disebabkan pemakanan apatah lagi dikaitkan dengan cili dan jambu batu. Mungkin ia hanya petua masyarakat terdahulu yang melarang pengambilan cili dan jambu batu kerana boleh menyebabkan sakit perut. Namun dari sudut perubatan ia tidak dapat dibuktikan. Malah sesiapa saja berisiko mengalaminya walaupun tidak makan biji makanan seperti yang dinyatakan.
Hakikatnya, segala makanan yang keras seperti biji cili dan sebagainya akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut. Selepas hancur sepenuhnya, barulah ia akan masuk ke usus untuk proses pembuangan najis.
Radang apendiks (appendicitis) bukanlah sejenis penyakit tetapi satu keadaan di mana pundi apendiks (vermiform apendiks) tersumbat. Untuk anda yang belum tahu, ia adalah satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada bahagian pemulaan usus besar. Walaupun begitu, fungsi sebenar organ ini masih belum dapat diketahui dengan tepat.
Mengapa ia boleh tersumbat jika bukan sebab pemakanan? Ia adalah disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan ini mungkin berlaku akibat lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke pundi apendiks. Inilah punca sebenar radang apendiks berlaku.
Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria. Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun. Jadi, jangan sesekali beranggapan bahawa orang yang masih mudah tidak boleh mengalaminya.
Untuk merawatnya, doktor hanya akan beri pesakit antibitiotik untuk melegakannya. Jika masih tidak pulih, cara terbaik untuk menghilangkannya adalah melalui pembedahan membuang pundi apendiks (apendektomi).
Sekiranya kita telah terkena radang apendiks, cara yang terbaik untuk menghilangkan kesakitan yang dialami adalah dengan melakukan pembedahan apendiks kerana ia juga adalah satu-satunya teknik yang telah diperakui oleh kebanyakan pakar kesihatan.
Untuk pengetahuan anda, pembedahan ini turut dikenali sebagai appendectomy. Caranya, doktor boleh melakukannya dengan dua cara iaitu pembedahan membelah perut secara terbuka dan laparoskopi (membelah perut dengan ukuran yang kecil dan memasukkan kamera untuk melihat ke dalam). Namun, ia bergantung kepada saiz tumor pada bahagian apendiks itu sendiri. Sekiranya ia terlalu besar, pembedahan major terpaksa dilakukan dalam usaha untuk membuangnya.
Kesimpulannya, punca sebenar radang apendiks ini adalah penyumbatan di dalam saluran apendiks seperti yang dinyatakan. Walaupun begitu, pemakanan tidak boleh dianggap sebagai antara punca utamanya kerana masih tidak ada kajian kukuh yang mengatakan sedemikian
Jasa dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tidak ternilai dengan wang ringgit mahupun harta benda.
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan bekas penyanyi kumpulan Solehah, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengimbau kembali kenangan bersama kedua ibu dan bapanya.
Shahida berkongsi coretannya itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Shahida, dia tidak akan melupakan jasa kedua ibu bapa yang bersusah-payah membesarkannya.
“Ramai orang tanya mak ayah saya… Ni lah mak dan ayah saya, tak ada mereka tak adalah saya. Kalau tanya perangai saya ikut perangai siapa saya pun tak tahu campur-campurlah agaknya. Ada sikit ambil perangai ayah sikit ambil perangai mak.
“Dulu ayah saya bawa teksi membesarkan kami tujuh beradik, saya seorang perempuan. Biasa sebelum dia keluar bawa teksi pagi-pagi dia dah susun duit belanja sekolah atas TV ambil la sorang satu.
“Sekarang ni paling rajin telefon saya (hari-hari telefon tanya khabar) risau sungguh dia dengan saya, hari-hari saya cakap saya okay je jangan risau saya baik-baik sahaja.
“Mak saya pula kerja pejabat, pagi-pagi sebelum kerja dia akan masak dulu untuk anak-anak makan sampai la dia balik kerja nanti.
“Begitulah jadi mak ayah kan, sekarang masa saya pula jadi ibu jaga anak-anak. Bukan senang nak besarkan anak-anak zaman sekarang, macam-macam pengaruh.
“Semoga semua ibu bapa kita diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” tulisnya.
Teringin untuk menikmati rasa kek pendan namun tiada oven di rumah? Usah abaikan keinginan anda untuk merasai keenakan rasa kek pandan tersebut. Jadi apa kata anda mencuba resipi yang dikongsikan oleh Azrina Rina ini.
Memandangkan dia juga membakar kek di atas dapur gas, dan hasil kek yang dimasak nampak cukup menyelerakan, gebu gebas. Jadi boleh lah anda mencubanya. Sekurang-kurangnya tertunai juga rasa teringin hendak makan kek pandan walau di rumah tiada oven. Selamat mencuba.
Ini perkongsiannya;
Kek pandan kampung beserta resepi dan cara masak guna dapur gas:
A)
Sukatan cawan:
5 biji telur gred B
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
1sb ovelate (beli online di sini)
1/2 cawan santan pekat kara
Sedikit pewarn hijau epal
Sedikit perisa pandan
*1 1/2 cawan gandum
*1 sk baking powder
*1/2 cawan tepung jagung
(bahan bertanda * diayak ye)
200G unsalted butter lurpark dicairkan (beli online di sini)
Saya guna buttercup sahaja
1. Masukkan semua bahan-bahan (A).
2. Kemudian aduk guna mixer sampai gebu.
3. Kemudian masukkan butter (suam) yang telah dicairkan. Kacau sebati guna senduk sahaja.
4. Lapik periuk guna pelapik besi kemudian letakkan loyang kek di atasnya.
5. Bakar dengan api kecil dalam 45 minit. Jangan letak air dalam periuk nanti jadi kek kukus pula.