Bila dah sampai seru, pastinya suatu hari nanti kita orang Islam pasti akan menjejakkan kaki ke rumah Allah untuk menunaikan umrah atau haji dengan izinNya. Buat yang pertama kali mahu ke sana terutamanya wanita, mesti tertanya-tanya kelengkapan keperluan yang betul dan pastinya tidak melebihi had kan?
Yang tertanya-tanya tu, jom kita tengok tip yang dikongsikan oleh Puan Zuraidi Lazni yang dapat mengurangkan berat beg sebelum pergi ke tanah suci dan bila pulang ke tanah air beg masih tidak bertambah. Semoga dapat membantu permudahkan urusan anda!
TIPS BRUTAL VERSION UNTUK MUSLIMAH TUNAI UMRAH/HAJI
Tips untuk ke Umrah atau Haji supaya balik nanti beg tak beranak bagi Muslimah. Brutal version.
1. HANYA BAWA SEDIKIT BAJU
Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja. Selainnya beli je sebab last-last pun mesti terbeli. Eh.. ni cantik nyeeer, terbeli.
2. SATU SANDAL DI TAPAKNYA ADA GRIP
Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut. Konon nak mendaki la apa laa. Bawak sandal yang senang nak sodok kaki dan yang dekat sole ada grip.
Lantai marble nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap-silap sandal tercampak.
Ads
3. SATU SET TELEKUNG
Bawa satu set telekung saja. Tak payah nak konon tukar-tukar telekung sebab travel agent akan kasi mini telekung. Nanti itu itu jugak yang kau pakai.
4. SELUAR DALAM WANITA YANG PAKAI BUANG
Bawa disposable panties. Dah pakai buang tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini sebab dekat sana takda, susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi diorang tak faham.
5. PANTY LINERS
Bawa panty liners sebab kat sana mahal.
6. STOKING MUDAH WUDUK
Bawa sock yang mudah wuduk jadi tak menyusahkan nak buka pakai, kaki basah-basah.
7. TUDUNG SEGERA
Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang. Senang sarong untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.
Ads
8. BILA SAKIT JUMPA DOKTOR DIBAYAR INSURAN OLEH AGENSI PELANCONGAN
Kalau sakit pergi doktor yang travel agent dah bayar insurance, free. Jangan beli ubat dekat pharmacy, mahal. Harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil. Dekat sana paling murah is SAR29.
9. BELI BUAH KURMA DI PASAR BORONG
Nak beli kurma kalau boleh jangan beli di pasar atau ladang kurma. Dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma dekat wholesale di mall. Lagi murah, yang lain-lain boleh cari di Bin Dawood.
KESIMPULANNYA, PERGI BEG TAK BERAT BALIK BEG TAK BERTAMBAH!
Ads
Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3. Itu tak termasuk handcarry 7 kg.
Yang penting be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.
Urusan tuntutan harta pusaka tentunya bukan semua ambil tahu, apatah lagi jika tidak membabitkan dengan diri dan keluarga kita sendiri.
Pun begitu, bila sampai masa dan ketikanya tidak tahu pula apa tindakan yang harus dibuat bagi mengurus harta peninggalan si mati.
Untuk itu, peguam ini kongsikan formula asas untuk memudahkan tuntutan yang wajar dilakukan.Jom semak.
Ramai yang masih bertanya soalan yang paling asas berkenaan kat mana nak mohon pusaka.
Si mati meninggalkan akaun ASB sahaja, boleh mohon di pejabat tanah tak? Bila masa yang kena mohon di mahkamah sivil atau di amanah raya? Saya kongsikan semula nota saya sebelum ni untuk rujukan.
Ini sifir urus pusaka yang paling asas. Hafal sifir ni ye simpan kemas-kemas.. mungkin berguna suatu hari nanti..
Sifir Asas Urus Pusaka Di Malaysia ***********************************
1) Harta Alih Sahaja bernilai RM600,000 ke bawah —-> Amanah Raya Berhad.
2) Harta Alih Sahaja bernilai RM600,000 ke atas —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
3) Harta Tak Alih (bersekali harta alih atau tidak) bernilai kurang RM2 juta —-> Unit Pusaka Kecil, Pejabat Tanah berhampiran.
4) Harta Tak Alih (bersekali harta alih atau tidak) bernilai melebihi RM2 juta —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
5) Pentadbiran harta pusaka berwasiat (non-muslim) —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
6) Permohonan Perintah Jualan terhadap Harta Pusaka —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
7) Permohonan pengesahan waris (Sijil Faraid) —-> Mahkamah Syariah.
8)Permohonan Pengesahan Wasiat & Hibah
—-> Mahkamah Tinggi Syariah.
9) Permohonan pengisytiharan harta sepencarian terhadap harta pusaka —-> Mahkamah Tinggi Syariah.
Nota :
Harta Tak Alih : Rumah/Bangunan/Tanah/Kebun
Harta Alih : Kereta, Wang Tunai, Akaun Bank, KWSP, ASB, tabung haji, barang kemas, saham dll
Bila memikirkan untuk membawa anak kecil menunaikan ibadah umrah di musim cuti sekolah ini ada yang masih teragak-agak untuk membuat keputusan. Apatah lagi memikirkan bila berada di tempat asing, ragam anak tidak dapat dijangka. Jadi apa kata anda baca perkongsian daripada seorang ayah ini tentang tujuan utamanya membawa anak-anak menunaikan umrah ketika mereka masih kanak-kanak. Ada benarnya apa yang dikatakan malah perkongsian daripadanya ini juga membuatkan kita tersentuh hati.
Nak tahu apakah kisahnya itu, ayuh baca perkongsian penuh daripadanya dan semoga turut menyuntik inspirasi untuk kita sama-sama membawa anak menunaikan umrah di waktu yang akan datang, insyaAllah.
Ini perkongsiannya.
Ada orang, ada pelbagai pendapat. Tak perlu bawa anak. Kita mahu beribadat. Bawa anak menyusahkan. Anak tidak tertaklif buat umrah lagi. Tapi, inilah pendapat aku (dan umminya) mengapa aku berhasrat bawa anak-anak aku dalam perjalanan umrah ini.
Abid Affan sudah selesai berkhatan pada usia 6 tahun (tahun lalu) dan Aisya sudah tidak lagi memakai lampin bayi waktu hujung usia 2 tahun lagi. Abid Affan sudah usai mengaji Muqaddam dan kini sudah sedang mengaji Al-Quran bersama umminya. Dan, pada usia 7 tahun, dia sudah dibimbing untuk tidak lagi meninggalkan solat. Jika di rumah samada kami berdua akan ke masjid atau dia akan solat bersama aku.
Tujuan membawa mereka, terutama anak lelaki aku
1. Memperkenalkan sirah Nabi
Sejarah Nabi yang mulai diperkenalkan waktu mereka pada awal persekolahan sampailah nanti mereka ke peringkat universiti, malah di Tingkatan 5 atau 6 sejarah Islam akan dipelajari lagi dan lagi. Inilah cara terbaik buat aku mengukuhkan lagi naratif sejarah Islam kepada anak lelaki aku.
Dia sudah tahu masjid Nabawi, dia sudah boleh membayangkan nabi duduk di tiang mana, malah tiang-tiang yang disebut ustaz Mutawif dia masih ingat dan mengeluarkan semula ingatan kepada aku. Terkejut aku kesemua tiang dia boleh 'recall' semula.
Dia bercerita tentang kewafatan nabi kepada adik perempuannya, saat Rasulullah tidak mampu lagi bangun dan meminta sahabat mengimamkan jemaah di masjid.
Ada banyak video yang aku ambil, dia duduk di lantai waktu ustaz menerangkan sirah sambil mendengar betul-betul apa yang diceritakan ustaz. Tentang pulangnya dalam ketakutan Nabi Muhammad daripada Gua Hira' mendapatkan isterinya, aku melihat dia begitu tekun mendengar cerita ustaz. Ditunjukkan ustaz dari mana asal rumah nabi dan gua, perjalanan bersama Abu Bakar, bersungguh dia mahu mengetahuinya.
Fikir aku, dia kadang tidak menumpu tetapi aku sering disalahkan oleh dirinya sendiri, yang membawa kepada point kedua – terujanya dia mahu mengetahui dan menguasai.
2. Dialog anak dan ayah tentang Sirah Nabi
" Ayah, kenapa kita perlu tawaf ayah? "
" Ayah, nabi dulu berperang bagaimana?"
" Macam ini kah dulu Siti Hajar berlari cari air kan ayah?"
" Jauh betul Nabi berhijrah dari Mekkah ke Madinah kan ayah?"
Akibat daripada semua soalan ini, ia mencetus cinta dan minat anak kepada sejarah Islam dan nabi. Dan, seorang ayah akan cuba menerangkan sebaik mungkin supaya anak lebih mengerti dan mentaukidkan dalam hati.
Jangan biarkan ia tenggelam dalam soalan. Ayah akan mencetuskan lagi minat anakanda untuk lebih mengetahui.
3. Pesan/nasihat halus buat anak-anak
Saat bermusafir dan kau sering dengan anak, saat menunggu azan, iqamat, saat menunggu segala kesusahan yang datang. Kau akan sering berpesan kepadanya.
" Sabar, banyakkan bersabar "
" Tolong isikan air zamzam dalam botol, nanti berikan kepada ummi"
" Orang yang sabar akan sentiasa menang"
" Tolong pakaikan kasut Aisya"
" Tolong siapkan adik "
Itu antara pesan rutin hari-hari di sana. Tetapi, yang lebih dahsyat ialah aku akan sentiasa berpesan di telinganya tentang solat, tentang hidup berbuat baik dan lain-lain. Peluang yang terbuka luas, saat dia beriba atas ribaan aku, aku sentiasa sangat berpesan itu dan ini
" Jangan tinggal solat walau sekali, nanti Allah murka "
" Murka tu apa, ayah?"
" Murka itu marah"
" Berdoa untuk ayah tau. Berdoa untuk ummi"
" Berdoa untuk siapa lagi?"
" Berdoa untuk kawan boleh tak ayah?"
" Masya-Allah, boleh "
Kala dia mengantuk. Kala dia gembira. Kala dia merungut. Inilah masa terbaik untuk berpesan yang baik-baik di telinganya.
4. Menjadikan anak seorang yang passionate, cekal dan kuat
Tahan dugaan. Kapal terbang tertangguh dua jam. Tidur di Jeddah. Kesejukan berselimut. Sentiasa berjalan. Berjalan dan berjalan lagi. Semua tempat perlu berjalan.
Sentiasa mahu membantu ayah dan ummi. Tolong itu dan ini. Tolong mengangkat barang.
Menjentik rasa empati dan simpati dengan menyediakan wang kecil sedekah untuk pekerja di Masjid Haram dan Nabawi, dengan membawa makanan kucing.
Dan, sentiasa menunjukkan orang yang lebih mulia tetapi berhati baik daripada kita, dan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
5. Meninggalkan legasi kenangan buat anakanda
Ini sangat penting. Jika ayah dan ummi sudah tiada lagi. Saat dia membesar, dia tahu dia sudah pergi Mekkah dan Madinah bersama ayah dan umminya. Dia tahu dia mempunyai kenangan itu.
Ayah berharap, saat itu dia tahu mengapa ayahnya membawa dirinya ke sana, tidak lain tidak bukan, supaya dia menjadi orang Islam yang kukuh pegangannya, dia akan dapat mengimbau semula (jika tidak mampu seratus peratus) kenangan di Bukit Uhud, Masjid Quba, di Kaabah, Masjid Nabawi waktu kecil dahulu, dia akan dapat mengulang semula kenangan ini dan mengaitkan nanti dengan buku-buku sejarah, di dalam kelas ketika belajar sejarah Islam betapa hebatnya perjuangan nabi.
Dia akan berfikir, aku dibawa ummi dan ayah supaya dapat menjadi orang Islam yang tahu sejarah, dan menjadi orang Islam yang diredaiNya.
Dan, saat dia dewasa tumbuh sihat dan mekar, dia akan datang semula untuk Umrah dan Haji akan dia mengenangkan kenangan bersama ayah dan umminya, akan dia doakan yang terbaik untuk ummi dan ayah yang telah tiada lagi.
Akan dia sempurnakan ibadahnya kerana dia pernah sampai dahulu.
+++
Pada santapan makan malam di padang pasir, dengan tidak semena-mena anak aku berkata kepada kumpulan jemaah lelaki yang sedang makan dengan gembiranya
" Kalau kita makan ayam yang banyak ni, kita tidak perlu TAMAK, tetapi dalam buat umrah kita perlu bersikap TAMAK "
" Tamak nak buat baik, nak dapat pahala banyak-banyak."
Kata-kata Abid Affan disambut dengan kejutan oleh yang dewasa. Aku pun terkejut dia boleh berkata begitu.
"Masya-Allah, Masya-Allah"
" Pakcik doakan abang jadi orang islam yang hebat." kata mereka.
Bukan berlebih-lebih dalam memuji anak. Dia kadang-kadang dengan anginnya sendiri. Anak – anak tetap akan bermain dan ada nakalnya sendiri. Tetap akan ditegur oleh ayahnya.
Namun, mendengar kata-katanya itu, aku percaya aku telah membuat keputusan yang betul dengan membawa anak-anak ayah ke sini.
Untuk ketauhidan diri, seperti Luqman berpesan tentang keesaan Tuhan. Menghamparkan ibrah untuk anak. Peluang yang jarang diperoleh untuk hidup seorang ayah dan anak.
Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
Aku mohon supaya Allah reda dengan perjalanan umrah kami sekeluarga.
– Kenangan mendukung Abid setelah selesai Saie adalah kenangan yang mengharukan. Air mata mengalir mengenangkan bagaimana Siti Hajar berlari 7 kali, mencari air untuk anaknya Ismail. Aku menangis kerana dia tidak mengadu pun letih bersaie pun sedangkan ayah rasa begitu penat dan letih. Tapi dia tertidur sementara menunggu jemaah berkumpul setelah selesai ibadah umrah. Ayah yang sudah lama tidak mendukung Abid kerana sudah besar, tapi pada hari itu dia begitu nyenyak dan lena. Rasa bahagia, sedih , gembira dan terharu yang tak pernah mampu nak digambarkan. Aku berdoa jadilah anak-anakku yang soleh dan solehah. Hanya itulah sahaja doa kami berdua.Aamin –
Jika dulu, urusan kerja rumah diletak sepenuhnya kepada anak perempuan. Hakikatnya anak lelaki juga perlu didik untuk mahir menguruskan hal-hal rumah termasuk basuh pinggan dan kemas rumah.
Sebagaimana perkongsian ini amat menggalakan ibu bapa supaya mendedahkan anak lelaki dengan kerja-kerja rumah.
8
TUGAS ANAK LELAKI DI RUMAH
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
+ minta anak lelaki cuci pinggan + suruh anak lelaki buang sampah + ajar anak lelaki sidai kain + tegas dan pastikan mereka mengemas + biasakan anak lelaki memasak
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Sumber: FB Najmi Nawawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...