
Wann masih anggun walau sudah 55 tahun, kini selesa habiskan masa bersama keluarga. Penyanyi bersuara serak-serak basah, Wann, tetap memukau walaupun kini sudah mencecah usia 55 tahun. Ramai yang memuji penampilan beliau yang makin manis berhijab, sejuk mata memandang.
Wann Masih Anggun Walau Sudah Berusia 55 Tahun, Selesa Habiskan Masa Bersama Keluarga
Bagi peminat, suara unik Wann bukan calang-calang. Lenggok vokalnya yang seksi dan lain daripada yang lain itulah yang menjadikan beliau mempunyai identiti tersendiri dalam industri muzik.



Untuk info, nama penuh beliau ialah Wan Rashidah Meor Abdul Rashid dan berasal dari Perak. Wann mula menceburi dunia seni ketika berusia 18 tahun. Popularitinya melonjak pada era 90-an sehingga pernah digelar antara penyanyi paling laris buat persembahan pentas.


Bayangkan, dalam sebulan boleh cecah 20 hingga 25 show dengan bayaran RM2,000 hingga RM3,000 setiap satu. Rezeki melimpah ruah, sampai beliau mampu beli kereta mewah Mazda Eunos yang waktu itu bernilai ratusan ribu ringgit.
Walaupun pernah tampil dengan imej seksi, Wann jarang terpalit dengan gosip panas. Katanya, niat utama jadi penyanyi hanyalah untuk membantu keluarga. Malah, ibunya Junaidah Shaari atau Miss June sendiri pernah bertindak sebagai pengurus yang menguruskan jadual padatnya.
Ketika mendirikan rumah tangga dengan jejaka Singapura, Mohamed Thazah Hamzah yang bekerja di MediaCorp, 32 tahun yang lalu, nama Wann masih di puncak. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohd Israfael, 30 dan Natasha, 28. Kini beliau menetap di Singapura bersama keluarga tercinta.

Menariknya, walaupun lebih selesa bergelar suri rumah, minatnya terhadap seni tetap utuh. Sesekali beliau masih menerima jemputan nyanyian dan pernah mengejutkan peminat apabila muncul dalam Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6). Suaminya pula sentiasa jadi tulang belakang, menyokong kerjayanya dari awal sampai sekarang.

Kalau tengok perkongsian di media sosial, jelas kehidupan Wann cukup bahagia bersama keluarga. Malah, wajah anak perempuannya Natasha sering jadi perhatian kerana saling tak tumpah macam ibunya.
View this post on Instagram
Dengan tubuh tinggi dan langsing, Natasha juga ada bakat muzik sejak kecil malah seawal usia empat tahun sudah dihantar ke kelas piano. Wah, kalau satu hari nanti dia bergandingan dengan ibunya di pentas, pasti padu habis!

Sementara itu, anak lelakinya Israfael pula mewarisi ketampanan bapa. Ringkasnya, walaupun sudah lama tinggalkan dunia glamor, Wann tetap jadi figura istimewa di hati peminat.
Sumber: Instagram Wan Rashidah dan Nona
Baca artikel lain juga: Aaron Aziz Selebriti ‘Family Man’, Dah Macam Kawan-kawan Je Dengan Anak-anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di















