Situasi anak di bawah usia dua tahun memukul adiknya yang masih bayi adalah perkara normal dalam keluarga.
Ia biasanya berlaku dalam kalangan anak yang mendapat adik baharu ketika dia masih berusia di bawah dua tahun.
Walaupun ia perkara normal tetapi ibu bapa hendaklah bijak mengendalikan situasi ini supaya anak yang besar tidak mengalami kesan emosi sekiranya kerap dimarah atas perbuatannya.
Jika tersilap kendali, dibimbangi boleh memberi kesan buruk pada tumbesaran anak yang besar dan menganggap kehadiran adik hanya membuatkan ibu ayah tidak sayangkannya lagi.
Ibu Rose, Family & Love Guru berkongsi cara mengatasi situasi tersebut sebagai rujukan dan tindakan oleh ibu bapa.
CARA ATASI ANAK 2 TAHUN YANG MEMUKUL ADIK KECILNYA
Pernah tak melihat anak dibawah 2 tahun nampak macam pukul muka adik dia atau baby?
Ingat ya, dia bukan pukul.
Ads
Sebenarnya, dia sedang cuba hendak membelai, namun tangannya belum boleh dia kawal pergerakannya dengan baik.
Cuba 3 langkah berkesan ini, untuk atasi kejadian seumpama ini :
1. Parents jaga state diri.
Sabar dan ingat yang anak ini masih dalam PROSES belajar.
2. Pegang lembut dan kemas tangannya.
Ambil tangannya dengan kemas dan lembut. Jangan dengan cara yang kasar atau menyakitkannya.
Ads
3. Beri kata peneguhan dan tunjukkan cara.
Cakap kepada dia; ” Sayang nak usap adik ya…good boy sayang mama ni…kita usap macam ni ya…gently..gently… macam mama usap pipi sayang mama ni…good boy mama sayang adik ya… Mama Loves You so much!
Walaupun dia mungkin nak pukul, namun dengan melakukan cara ini, dia tahu perbuatan yang menjadikan mamanya lagi sayang dia.
Photo by Keira Burton: https://www.pexels.com
Ingat anak itu sedang belajar bagaimana hendak melayan adik dia. Oleh itu tunjukkan cara yang betul.
Jangan asyik menyangka dia jealous dengan adik dia. Itu namanya doa yang tidak diingini.
Mudah kan, bila dah faham ni.
Ads
InsyaAllah, ramai dah boleh lakukannya. Ibu yakin, sayang juga boleh. Ibu doakan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin kala ini bersama cahaya mata comel, Nur Fatima Aisya sedang bercuti di Jerman.
Sejak berada di sana mereka berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga mencuri perhatian ramai.
Selain, keletah Fatima yang membuatkan ramai yang teruja melihat anak pasangan artis popular ini semakin membesar dan lincah, kejelitaan ibu kepada Fatima ini juga menarik perhatian wargama maya.
Pesona Fazura kelihatan terserlah menerusi penampilannya ringkasnya. Apa yang menjadi bualan adalah pemakaian tudung sarungnya membuatkan ramai kagum. Tetap cantik walau ringkas.
Tidak perlu lilit tudung dengan pelbagai warna dan corak, wajah Fazura tetap jelita. Apa yang lucu, pelbagai respon dikalangan peminatnya yang beranggapan jika diri mereka bertudung sarung penampilan menjadi sebaliknya. Nyata aura Fazura tetap menyerlah biarpun sudah bergelar ibu.
PAKAI TUDUNG SARUNG RAIH PERHATIAN
Memang terkenal dengan sikap sederhana dan sopan santun serta mengukir senyuman kala berjumpa peminatnya. Nyata tidak mustahil Fazura selesa hanya bertudung sarung ketika bercuti di Jerman. Menerusi perkongsian _tulipbelle membuatkan ramai yang teruja dengan cara simple Fazura.
PEMINAT KAGUM PAKAI TUDUNG SARUNG
Melihat foto Fazura ketika bercuti ramai peminatnya kagum cara pemakaian yang santai. Antara komen adalah seperti berikut.
Berbeza dengan kehamilan terdahulunya, penyanyi, Shila Amzah mengakui dia berdepan alahan yang sama dengan suaminya, Ubai di awal kehamilannya.
Tambah Shila lagi, dia begitu teruja kerana bukan hanya dia yang mengalami morning sickness bahkan suami juga turut merasai hal yang sama.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sepanjang hamil.
“Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada mengidam yang pelik-pelik tetapi yang menariknya kami sama-sama berkongsi alahan morning sickness.
“Sebelum dapat tahu yang saya hamil Ubai sebenarnya boleh rasakan terlebih dulu sebelum saya lakukan ujian kehamilan.
“Dia beritahu yang saya mungkin sedang hamil tapi saya nafikan sebab banyak kerja yang harus diselesaikan.
“Lepas disahkan hamil Ubai pula yang kena morning sickness. Dia rasa mual-mual sampai berhenti kereta tepi jalan dan tak boleh drive,” katanya berkongsi.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
Paling membahagiakan kata Shila dia menerima layanan bak puteri dari suaminya sepanjang hamil.
“Boleh dikatakan mengandung kali ini saya dilayan bak puteri dari suami dan rakan-rakan terdekat.
“Saya lebih relaks dan suami pun selalu pesan saya tinggalkan apa jua perkara negatif atau hal yang buat saya stres.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Shila sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Bukan calang-calang lelaki yang sanggup setia, susah dan senang ditanggung bersama. Dugaan dalam hidup berumah tangga membuatkan pasangan ini menjadikan hubungan mereka lebih kuat dan semakin erat.
Ini antara pasangan suami isteri yang boleh dijadikan contoh untuk suami isteri di luar sana.
Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bkn kerana makhluk & nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yg kita minta. Itu antara pesanan yang dititipkan oleh Adam Corrie Lee dalam satu perkongsian.
Baru-baru ini Adam memuat naik perkongsian isterinya di laman instagram. Dalam perkongsian tersebut, Puan Fazi menitipkan pesanan buat kaum lelaki dan wanita. Pagi tadi Bidadari saya @puan_fazi_fuad tulis di ig dia. Dia kata ; “Percaya atau tidak , Wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya. Wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya.. Padahal lelaki tersebut hanya mengusik sahaja. Itu mmg fitrah lelaki suka melihat wanita. Sbb itu kat akhirat , lelaki yg baik akan dpt bidadari. Manakala wanita akan dpt emas iaitu perkara bersifat kebendàan. Jadi kita sebagai wanita jgn cepat perasan, apabila ada org lelaki senyum, cakap manja-manja dgn kita…. jgn cepat jatuh hati… tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki. Dan kpd lelaki, jgn main-mainkan wanita jika tiada niat yg betul. Jangan cuba suka suka nak test market. Hati perempuan ni lembut dan cepat rapuh jika tersalah sentuh dan rempuh. Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya. pesanan utk semua tak kisah lah lelaki atau perempuan. Terutama khas adik-adik, anak-anak perempuan ku , anak lelaki ku @adamfatehlee juga. dan juga suami ku .
#adamcorrie
P/s: pernah terjadi pada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita .. tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal. Dan ada juga saya tak perasan pon ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. redha je la.
Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.