Warga Emas Maut Dihempap Dahan Pokok Ketika Menunggang Motosikal

Share

Warga emas maut dihempap dahan pokok ketika menunggang motosikal. Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap dahan pokok besar ketika menunggang motosikal di Kilometer 34, Jalan Kuala Bera-Chenor, pada petang Selasa.

Warga Emas Maut Dihempap Dahan Pokok Ketika Menunggang Motosikal

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.50 petang itu, mangsa, Kamar Seman, 65, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Papan apabila sebatang dahan pokok besar secara tiba-tiba tumbang dan menghempapnya.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 7 malam sebelum pegawai penyiasat diarahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa terbaring di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian belakang kepala. Penduduk kampung membantu mengalihkan dahan pokok yang menghempap mangsa.

“Semasa sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebatang dahan pokok besar telah patah lalu menghempap mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media.

 

 

Tambah beliau lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Bera.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera bagi tujuan bedah siasat. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) kerana tiada rekod kesihatan ditemui pada mangsa dan punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti.

Sumber: Sinar Harian Sinar Harian 1

Baca artikel lain juga: Tertipu’ Dengan Video AI, Warga Emas Rugi RM9k Sebab Nak Naik Kereta Kabel Di Pengkalan Hulu

Tegur Remaja Main Motosikal, Warga Emas Maut Dipukul Besi Cota

Remaja OKU Sebabkan Kematian Warga Emas Kerana Ditegur Main Motosikal Didakwa

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegr arik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my