Seorang pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM4 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang dipromosikan di Facebook.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor telah menerima laporan polis mengenai kes tersebut di Petaling Jaya.
Memetik laporan Sinar Harian, wanita berusia 73 tahun itu telah berminat untuk menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi antara lapan hingga 10 peratus sehari.
Ads
“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang dikendalikan individu bernama Alya dan Christopher,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Seterusnya, Hussein berkata, mangsa telah diminta membuat bayaran ke dalam 10 akaun bank berbeza menerusi 62 transaksi berjumlah RM4 juta.
Ads
“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan,” katanya.
Menurutnya, mangsa berasa tertipu dan tampil membuat laporan dan polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Ads
Tambahnya, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap mana-mana tawaran berkaitan pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.
“Sebarang panggilan atau tawaran mencurigakan boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk semakan, nasihat atau aduan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bakat dan anugerah seorang lelaki yang menulis menggunakan tulisan tangan bagi menyiapkan replika Al-Quran gergasi di Masjid Buluh Gua Musang menjadi tarikan dan mendapat perhatian.
Paling membanggakan pastinya tulisan tangan yang dihasilkan oleh beliau cukup cantik, halus dan berseni.
Replika Al-Quran ‘gergasi’ yang memaparkan ayat dari surah Al-Baqarah (164-176) yang terletak di hadapan Masjid Buluh Gua Musang terus menjadi tumpuan orang ramai yang bersinggah di Masjid Buluh.
Rata-rata melahirkan kekaguman mereka tentang keunikan tulisan ayat suci Al-Quran yang menggunakan tulisan tangan ini apa lagi bakat sedia ada yang dimiliki lelaki ini dalam penulisannya. Amat membanggakan.
Difahamkan replika ini menjadi simbolik kepada pemerkasaan syiar islam di Gua Musang dan seterusnya menjadi daya tarikan pelancongan pada masa hadapan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nikah 8 November Ini, Ina Naim Tak Mahu Heboh Tentang Majlis, Hormat Perasaan Mak, Ayah. Kisah perkahwinan kali kedua Ina hangat diperkatakan ramai namun dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Terbaru, memetik Harian Metro, Ina Naim, 40, mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.
Ina yang juga balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad menjelaskan tidak berniat merahsiakan berita pernikahan dan majlis dianjurkan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga terdekat.
“Saya memilih tidak menghebohkan majlis ini bagi menghormati perasaan emak dan abah.
“MAJLIS KAMI HANYA DIBUAT KECIL-KECILAN. JADI, MAKANAN SANGAT TERHAD. BUKAN KEDEKUT TETAPI INI ADALAH PERKAHWINAN KEDUA SAYA.
“Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula.
“Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Ina didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd K, pada 8 November depan.
Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu hangat diperkatakan ramai dalam media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun, dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Berkongsi mengenai bakal suaminya, Ina berkata, jejaka itu adalah peminat Allahyarham suaminya.
Ina mendakwa mula mengenali lelaki itu selepas Aidilfitri lalu.
“BAKAL SUAMI BERUSIA 41 TAHUN DAN BETUL DIA DUDA ANAK DUA. DIA SUDAH LAMA MENGIDOLAKAN KELUARGA KAMI DAN CARA ARWAH SUHAIMI MENGAJAR ANAK-ANAK.
“Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.
“Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” katanya.
Ditanya penerimaan anak-anak , kata Ina, anak-anak faham dan terima kehadiran bakal bapa tiri dengan terbuka.
“Alhamdulillah, mereka terima. Saya jelaskan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula.
“Saya nampak bakal suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia juga mahu menjadi seperti arwah suami, hendak mengajar anak-anak kerana bakal suami memiliki latar belakang dalam bidang kejuruteraan,” katanya.
Ina berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik Allahyarham suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.
“Mereka tak menghalang. Adik-beradik arwah beri galakan kerana mereka tahu bukan mudah untuk saya membesarkan anak seorang diri.
“Sekurang-kurangnya adalah seseorang yang dapat bantu saya membimbing anak-anak,” katanya.
Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007.
Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Lukisan bas dan perkataan ‘mati’ jadi petanda sebelum Mustaqim terlibat nahas maut. Lukisan yang memaparkan sebuah bas, penghadang jalan dan perkataan “kematian” yang dilakar oleh Allahyarham Muhammad Mustaqim Rosde, 21, seolah-olah menjadi isyarat awal sebelum beliau terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawanya pada 9 Jun lalu.
Tragedi itu berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Tasik Banding, Gerik, Perak, membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menurut ibu arwah, Juariah Abd Rahman, 48, dia menemui tiga lukisan tersebut selepas menyusun semula barang-barang peribadi anaknya yang dihantar pulang oleh pihak universiti.
“Mustaqim memang minat melukis sejak sekolah tapi arwah jarang bercerita tentang lukisan dia.
“Bila tengok lukisan ada bas, penghadang jalan dan perkataan ‘mati’, saya sebak dan tergamam.
“Saya rasa lukisan itu seolah petanda awal yang ALLAH tunjukkan kepada kami melalui karya arwah sendiri,” katanya dalam nada pilu ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Telaga Nibong, Selasa lalu.
Tambah Juariah lagi, beliau tidak menjangkakan bahawa anak keduanya daripada empat beradik itu sebenarnya mempunyai pengikut tersendiri yang mengagumi hasil seninya di media sosial. Malah, ada juga yang menyuarakan hasrat untuk membeli lukisan-lukisan tersebut.
“Ramai minta untuk beli, tetapi kami sekeluarga sepakat untuk simpan hasil kerja Mustaqim sebagai kenangan. Ia terlalu bernilai untuk kami lepaskan,” ujarnya sebak.
Sementara itu, bapa Allahyarham, Rosde Yaakub, 58, memaklumkan bahawa seorang datuk saudara arwah turut berkongsi satu pengalaman mimpi yang menyentuh hati.
“Lepas mimpi itu, dia minta satu lukisan milik arwah untuk disimpan sebagai kenangan.
“Kami beri tiga keping semuanya, termasuk dua kepada sahabat rapat arwah,” katanya.
Allahyarham Mustaqim merupakan salah seorang daripada 15 pelajar UPSI yang terkorban dalam nahas tersebut, yang berlaku semasa perjalanan dari Jertih ke kampus utama universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak.
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.