Pening kepala kan apabila lihat wayar kabel berselirat di dalam laci. Nak nak lagi, waktu itulah kita kalut nak cepat dan susah nak cari dan pilih yang mana satu.
Usah pening kepala, cuba pengurusan kabel yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis ni. Pasti nampak lebih kemas tersusun dan masa di ambil pun tak lama.
#kemasrumahwithhani: pengurusan kabel ✅
Dah lama tak kongsi #tutorialhani kan? So dalam post ini hani kongsi kan langkah demi langkah projek kemas rumah mini hani. Kiranya dalam projek mini macam ni 15 minit boleh siap. Simple-simple sahaja tapi beri impak yang besar dalam pengurusan rumah kita.
Siapa yang di rumah dia ada laci keadaan mcm dalam gambar pertama ni. Gigih sangat hani menyepahkan ruang untuk buat tutorial ni taw haha siapa bersalah ada laci penuh dengan wayar mcm ni baik ngaku. Hahaha rasa nya masalah ni common kot kat kebanyakan rumah. Satu laci penuh dengan wayar segala jenis kabel, charger, usb cord, plug, ear phone, power bank 😂
Bila nak guna mula lah stress bila wayar-wayar tu berselirat melekat antara satu sama lain. Benda nak cepat jadi lambat. Kalau hani memang kurang kesabaran kalau jadi macam ni kalau time nak cepat. Hehe so penyelesaian paling bagus : kita organise benda alah tu. Nak ambil nanti senang je.
Jom tengok langkah demi langkah pada setiap gambar. Langkah demi langkah ni secara umumnya sama sahaja bila kita nak kemas sesuatu ruang. Ulang langkah yang sama.
Hani kongsikan sekali barang yang hani guna untuk penstoran kabel-kabel untuk rujukan. Feel free to ask anything ya.
SEBELUM
Siapa bersalah ada laci serupa gini kat rumah dia hehe jangan risau ni memang normal. Kita tak peruntukan masa untuk uruskan dia mmg jadi gini hehe hani buat ni 15 minit je. 15 minit of hardwork, seumur hidup bahagia bila dah ada sistem.
SELEPAS
Ads
Nak amik mudah, tak perlu mencari cari. Tak perlu betulkan wayar berselirat time tu jugak nak guna. Kalau seisi keluarga nak cari pun senang. Tak payah kita buka kaunter pertanyaan. Ada berlabel siap hehe
PERTAMA
Keluarkan semua harta karun. Kosongkan laci. Mesti kena keluarkan semua. Longgokan kat satu tempat. Dalam langkah pertama ni selalunya ada dua cara iaitu
1. Keluarkan semua dulu. Longgok satu tempat. (Hani guna cara ini).
2. Keluarkan satu-satu. Sambil keluarkan sambil sorting (asingkan). Ini selalu hani guna kalau kemas baju , buku, peralatan dapur. Lebih praktikal cara ini. Lagi cepat.
Untuk uruskan kabel2 wayar ni hani guna cara 1 sebab lebih praktikal. Lambat nak keluarkan satu satu dengan wayar berselirat .KEDUA
Baru sorting ikut kategori. Longgokan besar tadi kita pecahkan kepada longgokan kecil mengikut kategori. Kita deal ikut kategori.KETIGA
Contoh hani buat kategori pertama dulu iaitu EARPHONE. Masa ni hani buat proses sisihan iaitu hani asingkan mana yang masih elok mana yang sudah rosak. Kena test satu-satu earphone.KEEMPAT
dah berjaya asingkan yang rosak dan yang masih elok. Yang rosak boleh terus buang.
KELIMA
Sekarang kita uruskan wayar2 kabel2 yang kita dah leraikan satu-satu tadi supaya dia tak berselirat balik antara satu sama lain. Hani guna Velcro tape ni je. Hani suka yang ni sebab panjang nya kita boleh adjust. Just potong ikut keperluan. Ada hani kongsi screenshot shopee. Scroll smpi habis post ya.Ha kan kemas tu.KEENAM
Sekarang hani nak buat proses SUSUN ATUR pula. Bagi hani langkah ni paling tricky. Pemilihan bekas penstoran sangat penting. Dari segi saiz, bentuk, warna, praktikaliti. Kalau style hani memang hani ukur sebelum beli. Hani guna teknik template surat khabar yang hani dah pernah share dulu. Supaya dapat bekas yang ngam ngam dengan ruang. Hani guna bekas untuk simpan cabel dari Shopee. Hani ada kongsi screenshot juga dalam post ni. Scroll sampai habis ya. Yang bekas ala2 akrilik tu beli di ECO sahaja. RM2.10.
Masuk kan kabel yang kita dah ikat kemas dalam bekas yang kita dah pilih tadi. Hani suka bekas ni sebab penutupnya attach dengan bekas. So kes nak hilang penutup jadi kurang.
Ads
KETUJUH
Masih dalam proses susun atur iaitu melabel. Melabel ni langkah paling akhir dan paling penting dalam proses susun atur. Kalau tak label boleh dikatakan proses susun atur yang kita buat dari awal tadi sia-sia. So pastikan label ya. Kalau tak label mcm kita sediakan rumah tapi tak ada alamat. Susah nak maintain sistem susun atur yg kita dah buat.
Hani guna label maker niimbot. Ni baby baru hani. Hahaha untuk label addict macam hani disarankan beli.
KELAPAN
sekarang kita nak susun balik bekas penstoran dalam rumahnya kan? Tadi kita dah keluarkan semua barang dalam laci ni. So mesti ada habuk-habuk yang tinggal. Kena bersih laci. Ini Step pembersihan.
Ads
Nak membersih hani buat wet cleaning atau lap basah dulu. Untuk hilangkan kotoran dan tarik habuk2 dalam laci. Guna furniture wipes dari Eco je. Kalau perabot jenis melamine board, keberangkalian ada kulat sangat tinggi. Tips hani titiskan sikit minyak (essential oil/zaiton/baby oil/minyak masak). Dan lap permukaan. Buat lepas dah bersihkan secara wet cleaning.Lepas buat lap basah mesti kena lap kering. Step ni ramai yang terlepas pandang. Untuk elakkan habuk senang berkumpul semula selepas kita dah lap. Permukaan basah lagi senang tarik habuk dari permukaan kering. Lagi satu untuk elakkan cepat tumbuh kulat pada permukaan perabot. Hani guna microfiber cloth untuk lap kering. Dah siap baru susun semula bekas penstoran dalam laci ni.Close up label untuk kabel2 sebagai rujukan. Usb charger empat jenis kategori kat rumah hani Micro ios Type C ios-type
Banyak kaedah sebenarnya jika mahu menanam pokok. Ini salah satu kaedah yang menarik dikongsikan bagaimana nak tanam pudina. Cara ini dikongsikan melalui Facebook olehRina Kefele melalui page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Menurut Rina, kaedah ini cukup menarik sebab menurut beliau dengan teknik cara tanam pudina ini, pokok pudina lebih kukuh dan cepat hidup.
Jom kita tengok perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.
Macam2 cara dah teknik tanam pudina saya cuba, ini teknik yg paling menjadi. Tak layu langsung. Tapi kalau kawan2 buat jadi layu jangan la salahkan saya pulak ye… 🙂 Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ni saya ambil dari group kbjts. Sebelum ni dia guna cara ni tanam pokok sireh.
Saya petik dari pokok, ambil yg hujung2 dah berjurai.
2. Sediakan bekas n tanah. Saya guna tanah hitam je.
3. Buang daun dan simpulkan mcm ni.
4. Buat bnyak2
5. Tanam mcm ni, masuk n timbus tanah je. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram x lari.
6. Siap dua bekas big cup. Simpan tempat redup
7. Yg ni saya tanam seminggu dah. Langsung x layu, bawab tu ada takungan air. Simpan tempat redup.
8. Ni dah 2 bulan tanam.
Dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita sering bercakap tentang betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak. Siang malam memerah keringat mencari rezeki, demi menjanjikan hidup yang lebih sempurna untuk anak-anak. Ya, melakukan pengorbanan ini setiap ibu ayah akan lakukan dengan sepenuh hati.
Pun begitu, kita juga sering terdengar kisah-kisah menyentuh bilamana ada anak yang telah besar panjang, berkira-kira untuk menguruskan ibu dan ayah yang telah uzur dikampung. Begitu banyak alasan diberikan, namun tidak bagi Mohamad Adam Nasrudin, yang merupakan anak ke lapan daripadan sembilan adik beradik ini.
Baginya, biarlah tugas itu digalas dibahunya untuk memberikan khidmat buat ibu Puan Haizan Che Mohamed yang tidak mampu lagi mengurus diri dek kerana serangan penyakit angin ahmar.
Memetik laporan daripada Harian Metro, anak lelaki ini bila mendapat tahu tahap kesihatan ibunya, terus mengambil keputusan pantas bertindak memberi notis berhenti kerja 24 jam untuk balik ke kampung demi menjaga ibu.
“Adik beradik yang lain sudah berumah tangga dan menetap di luar Kelantan, jadi atas sebab itu saya mengambil tanggungjawab menguruskan emak sepenuh masa.
“Setiap hari, rutin saya bermula dengan menyuap emak makan kerana dia seorang kidal dan tidak dapat menyuap menggunakan tangan kanan.
“Untuk mandi pula, saya perlu mengangkat emak dan meletaknya atas kerusi roda sebelum dimandikan dalam bilik air.”
Anak kelapan daripada sembilan adik beradik ini, secara bergilir-gilir dengan abangnya menguruskan ibu yang terlantar dek kerana lumpuh sebelah badan. Tanggungjawab ini dipikul kerana ayahnya juga telah uzur dan tidak mampu mengurus isterinya.
Menurut laporan Harian Metro lagi, Ketika ditanya sama ada timbul atau tidak perasaan menyesal kerana melepaskan kerjaya di syarikat tempatnya bekerja sebelum ini, Mohamad Adam berkata, keputusan itu diambil selepas memikirkan semasak-masaknya malah tidak kesal demi membalas jasa ibunya.
“Saya turut berdoa semoga emak akan sembuh suatu hari nanti dan saya mampu kembali bekerja demi masa depan.
“Buat sementara ini, biarlah saya terus berkorban bagi memastikan emak tidak terabai dan sudah semestinya sebagai anak wajib menjalankan tanggungjawab menjaganya,” katanya.
Seorang ibu sanggup berkorban masa dan tenaganya demi anak-anak yang tersayang. Meskipun terpaksa bangun seawal 4.00 pagi sekali pun, akan diusahakan demi memenuhi keinginan anak untuk membawa bekal makanan ke sekolah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Yakinlah bukan itu sahaja pengorbanan yang kerap dilakukan oleh seorang ibu, malah tidak dinafikan kita lebih sanggup berlapar asalkan anak-anak kenyang perutnya, begitu juga akan dahulukan keperluan anak-anak daripada membeli keperluan untuk diri sendiri.
Begitulah hati nurani seorang ibu, seperti pelakon yang juga merupakan ibu kepada enam orang cahayamata ini, Ozlynn sanggup berkorban bangun seawal 4.00 pagi demi menyiapkan bekal dengan menu permintaan anaknya untuk dibawa kesekolah.
Sanggup Bangun 4 Pagi, Siapkan Bekal!
Seperti umum mengetahui Ozlynn dan suaminya Johan sering dilihat berkongsi kisah keluarga di Instagram. Malah tidak keterlaluan dikatakan pasangan ini sering dijadikan inspirasi dalam mendidik anak-anak dan hubungan baik dalam keluarga oleh wargamaya.
Meskipun kita ketahui pasangan ini sibuk dengan tugas harian namun dalam hal membina keluarga bahagia menjadi keutamaan.
Terbaharu perkongsian Ozlynn tentang bekal yang disediakan untuk anaknya yang begitu teringin makan Nasi Lemak Lauk Sambal Udang menjadi perhatian.
Walaupun terpaksa bangun seawal 4.00 pagi namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyediakan menu yang diingini oleh anak demi memenuhi impian orang yang disayangi.
“Bila anak kau mintak bekal nasi lemak sambal udang pepagi.. 4am mak kau bangun nak.. sebab 5.40am kena keluar pegi mencari rezeki.. ni la pengorbanan setiap ibu-ibu.
“Tak kisah la mak yang berkerjaya ataupun surirumahtangga.. jangan pandang remeh tanggungjawab seorang ibu..
“Baru tau macam mana penatnya arwah mak dulu sediakan makan kami 8 beradik.. patut la mak setiap kali sebelum pergi rumah sedara atau memane la mesti sumbat kita orang makan dulu.. supaya kita orang behave dekat rumah orang dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang ada depan mata.. sekalipun biskut kosong celup air suam..
“Tak lupa juga buat anak-anak yang ambil bahagian menjaga kedua orang tua, ataupun yang mengambil alih tanggungjwp mak ayah yang telah tiada dan menjaga adik beradik.. termasuk juga single mom or single dad!! Semoga Allah melindungi kita semua dan diberikan kesihatan yang baik buat kita semua supaya kita dapat berkhidmat untuk orang yang dikasihi.. Amin,” kongsi Ozlynn.
Meninjau diruangan komen ramai yang memuji dan terinspirasi dengan perkongsian Ozlynn, betapa seorang ibu sanggup berkorban menyediakan menu meskipun terpaksa bangun awal. Bahkan menu yang disediakan juga nampak cukup menyelerakan dan mendapat pujian netizen.