Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa, baru-baru ini menarik perhatian peminat apabila memuat naik satu hantaran penuh makna di Instagram.
Dalam posting tersebut, Intan menyampaikan rasa terima kasih kepada suaminya, Datuk Asyraf Azman (@asfazm), yang setia menjaga beliau dan anak mereka, Lunara, sepanjang berada di hospital.
“Thank you for taking care of me & Lunara. We love you, daddy!” tulis Intan dengan penuh kasih sayang. Namun, di sebalik penghargaan itu, Intan juga memaklumkan bahawa beliau masih belum dibenarkan untuk keluar dari hospital sehingga benar-benar sihat.
“So berkampung la kita kat sini hehe,” selorohnya dengan nada ringan, menggambarkan situasi yang mungkin mencabar, tetapi tetap diharungi dengan senyuman dan sokongan keluarga tercinta.
Kekuatan Dari Sokongan Suami
Ads
Dalam situasi seperti ini, peranan suami sebagai penjaga memang sangat penting. Asyraf bukan sahaja menjaga Intan, tetapi juga memastikan keperluan anak mereka, Lunara, tetap terjaga. Sokongan seperti ini pastinya memberikan kekuatan mental dan emosi kepada Intan untuk terus berjuang mendapatkan kesihatan yang lebih baik.
Ads
Peminat juga tidak ketinggalan membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat. Banyak yang mendoakan agar Intan cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Bayangkan rasa rindu yang tidak terucap selama dua dekad. Seorang wanita, Nor Hazimah Abdullah, dengan harapan dan air mata, memohon bantuan warga maya untuk mencari ibunya, Norhayati Mohamed, yang sudah terpisah sejak 20 tahun lalu.
Nor Hazimah, kini berusia 23 tahun, dihantar ke pangkuan keluarga angkat di Melaka ketika dia hanya berusia tiga tahun.
Sejak saat itu, hubungan mereka terputus. Hanya alamat terakhir yang diingati di Sungai Ayer Hitam, Tanjong Minyak, Melaka – menjadi satu-satunya harapan untuk kembali bersatu.
Menerusi petikan laporan Sinar Harian, dia terlalu ingin berjumpa dengan ibu kandungnua dan berusaha untuk mendapatkan alamat terkini ibunya.
“Saya terlalu ingin mengenali dan berjumpa ibu. Saya berusaha mendapatkan alamat terkininya dan ada pihak memberitahu dia kini berada di Geting, Tumpat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurutnya yang kini menetap di Petaling Jaya, Selangor, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki ibunya namun menemui jalan buntu.
Nor Hazimah yang bekerja sebagai pembantu klinik berkata, dia tidak mengetahui umur dan tidak memiliki foto ibunya.
Ujarnya, orang ramai yang mengenali ibunya diharap dapat menghubunginya di talian 013-6663937.
Sebuah kisah menyentuh hati tentang kesusahan seorang sahabat yang terpaksa meminjam wang demi kelengkapan sekolah anak-anak. Keperitan hidup kadangkala membuatkan seseorang berada dalam dilema, terutama apabila keperluan anak-anak belum dapat dipenuhi walaupun sesi persekolahan hampir bermula.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Arif Aiman kahwin dengan wanita pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung penuh bermakna di Johor Bahru.
Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman, yang kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha.
Pasangan ini difahamkan selamat melangsungkan majlis akad nikah pada Isnin di sebuah lokasi di Johor Bahru. Majlis penuh bermakna itu berlangsung dalam suasana sederhana dan tertutup, hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Arif dan Aliah kelihatan sama cantik sama padan mengenakan busana sedondon berwarna putih.
Penampilan pasangan pengantin baharu itu turut mencuri perhatian ramai peminat yang tumpang gembira melihat detik indah berkenaan.
Walaupun majlis diadakan secara sederhana, suasana penuh kasih sayang dan restu keluarga jelas terasa. Detik akad nikah itu menjadi permulaan baharu buat pasangan ini untuk melangkah ke alam rumah tangga.
Namun, momen paling menyentuh hati pastinya apabila bintang sensasi JDT berusia 24 tahun itu dilihat gagal menahan sebak ketika memeluk ibunya sejurus selesai lafaz akad nikah.
Pelukan tersebut nyata membawa seribu makna. Bagi seorang anak lelaki, restu ibu menjadi antara doa paling besar sebelum memulakan fasa baharu sebagai suami.
Detik itu turut membuatkan ramai peminat terharu dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat pasangan ini.
Ramai yang menyifatkan momen tersebut sebagai sangat menyentuh hati kerana ia memperlihatkan kasih seorang anak terhadap ibu yang banyak berkorban dalam hidupnya.
Difahamkan, majlis resepsi pasangan berkenaan dijadualkan berlangsung pada sebelah malam dan bakal diserikan dengan berangkatan tiba Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail.
Kehadiran tetamu kehormat itu pastinya menambah seri majlis resepsi pasangan pengantin baharu ini.
Terdahulu, kad undangan pernikahan Arif Aiman turut tular di media sosial sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
Berita Arif Aiman kahwin turut disambut dengan ucapan tahniah daripada ramai peminat bola sepak tempatan.
Rata-rata mendoakan agar rumah tangga yang dibina bersama Nurul Aliah Natasha sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan.
Sebagai antara pemain muda berbakat besar negara, perjalanan hidup Arif kini memasuki fasa baharu yang lebih bermakna, bukan sahaja sebagai pemain bola sepak, tetapi juga sebagai seorang suami.
Semoga perkahwinan Arif Aiman dan Nurul Aliah Natasha sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang dan kebahagiaan.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.