Bila ‘perginya’ seorang insan yang kita sayangi, ia satu kehilangan yang sukat dicari ganti. Bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga bahkan susulan pemergian Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Abd Aziz Usoff yang sebelum ini menjadi antara pegawai yang bertugas ketika operasi tanah runtuh di Batang Kali, nyata membuatkan kita semua sayu mendengar perkhabaran kematiannya.
“Beliau seorang pegawai yang sangat berdedikasi dan komited terhadap tugas serta tanggungjawab terutama ketika melakukan operasi kebombaan. Kematian tuan Abd Aziz satu kehilangan yang sukar dicari ganti,”
Itu kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis susulan pemergian Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Abd Aziz Usoff kerana serangan jantung, semalam.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik daripada laporan Harian Metro, Norazam berkata, Abd Aziz meninggal dunia jam 7.55 pagi pada usia 49 tahun.
Katanya, jenazah kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Jamek Nurul Iman, Rawang untuk disolatkan.
Ads
“Allahyarham antara pegawai yang bertugas ketika operasi tanah runtuh di Batang Kali, baru-baru ini.
“Malah, beliau antara yang terawal tiba di lokasi kejadian bagi membantu operasi penyelamatan walaupun tragedi berkenaan bukan berada di bawah kawasan jagaan beliau,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Noorazam berkata, Allahyarham yang berasal dari Kampung Banggol Penyegat, Karangan, Kulim di Kedah sudah berkhidmat dengan pasukan JBPM selama 15 tahun.
Ads
Katanya, Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Siti Mardhiah Nayan@Ahmad serta empat cahaya mata lelaki.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al Ittihad, Sungai Kob, Karangan, Kulim, Kedah, jam 9.30 malam semalam,” katanya.
Salah satu yang menjadi kegilaan kita adalah menikmati air yang sedap dan manis ketika berbuka. Segar rasanya bila dapat basahkan tekak dengan segelas air penghilangkan dahaga.
Tapi minuman ni bukan sahaja hilangkan dahaga bahkan baik juga untuk wanita mengandung. Jadi yang tengah mengandung dan ada masalah HB tu bolehlah cuba minuman ni. Sedap pun sedap!
Perkongsian oleh Mardiana Sobri yang berjaya menurunkan HB nya sesuatu yang boleh dikongsikan dengan semua. Jom cuba.
Sapa yang pregnant tu, try minum air ni hari-hari inshaallah HB sentiasa elok. Saya HB 13,12+ dari awal pregnant sampai la sekarang dah 8 bulan. Terjumpa petua ni dan terus cuba. Sedap dan segar.
*UPDATE*
Saya buat macam ni.
1.Rendam chia seed sampai kembang. Letak dalam peti ais, biasanya saya rendam malam, esok baru saya minum.
2.Perah lemon dalam air rendaman chia seed tu.
3.Letak gula sikit saja (takut kencing manis masa pregnant)
4.Letak hirisan lemon dan daun pudina (koyak-koyakkan sikit)
5. Letak ais (ais tu buat dengan air masak/air tapis untuk elak kencing kotor)
**Tak letak ais pun takpe, tapi saya tak boleh telan kalau tak letak ais. Ikut cita rasa masing-masing.
Chia seed ni ada yang kata kalau tekanan darah rendah tak boleh ambil, tapi saya tekanan darah rendah ambil ni ok sangat-sangat. Dah normal bacaan, HB pun ok, kencing manis pun bebas.
Terpulang pada badan masing-masing, niat minum jadikan sebagai ubat ja, jangan minum lebih sangat.
Selamat mencuba ! 🙂
Kredit: Mardiana Sobri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam hari ini mendedahkan dirinya kini sedang hamil.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
“Assalammualaikum daripada saya dan baby bambam. Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu memaparkan foto Rebecca atau mesra dipanggil Mummy Becca memegang bahagian perut yang sudah mula menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan syukur dan tahniah selain turut teruja apabila mengetahui tentang berita kehamilan tersebut.
Terdahulu, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmed Al- Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.
Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.
Pelakon jelita Mona Allen yang kini hamil anak pertama berkongsi video semasa menjalani pemeriksaan antenatal bulanan di hospital dalam channel YouTubenya.
Kandungan isteri kepada pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim ini sudah memasuki usia enam bulan. Penantian selama empat tahun pasangan selebriti ini berakhir apabila Allah makbulkan doa mereka untuk memiliki cahaya mata.
Teruja menjalani pemeriksaan ultrasound anak sulungnya, pemilik nama Munna Hafiraneza Allen ini berkongsi kegembiraan tersebut bersama pengikutnya.
Foto: Instagram Mona Allen
Dalam video tersebut kelihatan wajah bayi secara 3D dalam ujian imbasan dengan aksi tangannya menutup muka.
Bagaimanapun Mona tidak mendedahkan jantina anak dalam kandungannya sebaliknya membuat teka teki pada tajuk video yang dimuat naik dalam channel YouTubenya.
Foto: YouTube Mona Allen
“Baby sihat alhamdulillah. Nampak aktif je. Tapi suka tutup muka,” kata Mona selepas selesai pemerikaan bulanannya.
Peminat Teka Jantina Baby
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan dan perjalanan kehamilan dan kelahiran pelakon drama Monalisa ini dipermudahkan.
Malahan ada juga yang membuat tekaan jantina anak dalam kandungan Mona berdasarkan perbualannya dengan Pekin dalam video tersebut.
Foto: Instagram Mona Allen
Kebanyakan mereka meneka Mona dan Pekin bakal menimang anak lelaki kerana Pekin ada menyebut tentang kereta, muay thai, karate apabila memberi komen tentang aksi tangan anaknya semasa ujian imbasan tersebut.
Ada juga peminat yang memberitahu tidak kisah apa-apa pun jantina bayi yang bakal lahir asalkan ibu dan bayi dalam keadaan sihat sepanjang kehamilan.
Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 7 Disember 2018.