Benarlah orang kata, rindu yang paling sakit adalah merindukan orang yang sudah tiada. Kesedihan itu hanya Tuhan yang tahu, bukan mahu menidakkan takdir atau tidak boleh 'move on', namun hanya yang melalui sahaja tahu akan perasaan tersebut.
Demikian yang berlaku kepada Fatimah, si cilik popular yang tinggal di di Birmingham, United Kingdom (UK). Kehilangan orang tersayang memberi kesan yang sangat hebat kepada Fatimah yang baru berusia 5 tahun.
Terbaru, ibu Fatimah memuat naik sekeping gambar dan berkongsi aktiviri Fatimah yang dikatakan tidak lekang daripada beribadah dan berzikir sepanjang waktu.
"Saya akhirnya belajar makna cinta sejati daripada anak saya yang berusia 6 tahun, Fatimah.
"Sebaik saja dia dapat tahu bahawa setiap amalan baik akan dilipat gandakan Allah sepanjang Ramadan, dia dan tasbih digitalnya berpisah tiada. Tasbih sentiasa di tangan Fatimah sampaikan saya ternampak dia tertidur sambil pegang tasbih banyak kali.
Ads
"Dari awal Ramadan sampai sekarang, Fatimah sudah berzikir lebih 7,400 kali! Kiraan itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-anak berusia enam tahun," tulis ibu Fatimah menerusi akaun Instagram The Family UK.
Tambahnya, amalan Fatimah itu bukan sia-sia, kata Fatimah dia utuskan zikirnya itu buat Allahyarham Adam yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu.
Ads
"Suatu hari saya terdengar Fatimah berdoa; 'Ya Allah, tolonglah terima zikir dan amalan baik saya, dan hantarkan hadiah ini untuk Mamajee'.
"Saya tak menjangka doa itu muncul daripadanya.
Ads
"Kemudian kata saya; 'Kamu minta Allah sampaikan zikir dan amalan kepada Mamajee, habis macam mana pula kamu? Apa yang kamu minta untuk diri kamu dari Allah?'
"Jawab Fatimah; 'tiada apa-apa'," ceritanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cubaan untuk menanam ubi keledek tentunya kita mengharapkan pokok yang ditanam menghasilkan isi ubi yang banyak dan memuaskan hati.
Nanti bila dituai dapatlah dimasak untuk dinikmati bersama keluarga. Sama ada digoreng, direbus atau sebagainya.
Jadi alang-alang telah ditanam pokok keledek di laman rumah, ketahui trik dan tip untuk pastikan tanaman keledek berisi padat dan sarat. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Tanam keledek jepun ungu kampung2 stail. Tak pernah buat batas. Tanam satu lubang 3 batang. Dah tumbuh keratan batang kambus tanah sekeliling dan buh baja subur dan baja isi.
Tanam keledek tidak cerewet sangat. Yang penting jaga baja dan siraman sahaja tetapi musim ni hujan kerap turun jadi tak perlu siram. Keledek jenis pokok high feed so baja kena bubuh 2 ke 3 kali dalam tempoh penanaman.
Pertama baja masa tanam, guna kompos dan kapur pertanian. Tabur sahaja di tempat tanaman keledek.
Kedua bubuh baja selepas sebulan iaitu guna baja subur dan baja isi. Tempoh ni kena bagi pokok tu subur, cantik dan pengakaran. Baja isi tu boosterkan untuk hasilkan isi dalam tanah. Pembajaan musim kedua dilakukan 30 hari selepas ditanam. Pada masa ini hanya lebihkan baja subur berbanding baja isi.
Pembajaan ketiga slps 60 hari (2 bln) hanya guna baja isi sahaja dengan baja kompos. Lebihkan baja isi berbanding kompos. Musim ni poko keledek tidak perlu bubuh baja subur sebab pokok dah elok cantik, subur dan shinning. Yang perlu kita tumpuhkan ialah pokok kena berisi dengan banyak so bubuhlah baja isi lebih sedikit. Pembajaan ketiga ini adalah galakkan isi membesar dengan baik.
Tunggu 3 bln lebih sedikit untuk dituai. Dan tengoklah hasilnya.
Tip tambahan menanam keledek versi sendiri:
1. Pilih keratan yang sihat, berbatang besar dan tanpa serangan penyakit agar hasilnya memuaskan.
2. Pokok keledek adalah jenis high feed so perlu bubuh baja, kompos, kepada tanah di mana anda tanam pokok keledek.
3. Pembajaan konsisten pada pokok keledek anda menghasilkan isi yang saiz besar dan cantik.
4. Jika ada kulit pisang buang ditempat batas/tnmn keledek. Kulit pisang kaya dengan megnesium yang diperlukan oleh poko keledek untuk berisi.
5. Untuk teknik tanam dalam gambar, setelah dikambus pangkal tanah, dan pokok akan bertunas dipangkal pokok, kambus bahagian tersebut kerana tunas ini akan hasilkan isi juga selain dalam tanah tu.. so nanti banyak ubi akan terhasil.
Solat tahajjud merupakan solat sunat yang dikerjakan di waktu malam. Ada banyak keistemewaan bila seseorang melakukan solat tahajjud secara istiqomah dalam kehidupan sehari-hari.
Pun begitu untuk bangun tengah malam bagi mendirikan solat tahajjud walau hanya 2 rakaat, nyata bukanlah perkara mudah untuk dilakukan.
Untuk menyuntik semangat dan motivasi pada diri kita yang baru ingin membiasakan diri, apa kata kita baca perkongsian daripada wanita ini. Semoga bermanfaat.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajjud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah hanya dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
Barangkali keadaan saya yang sangat memerlukan dan tempat tidur yang tidak begitu selesa ketika itu sangat memudahkan saya untuk bangkit di tengah malam….
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajjud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya sudah berusia 41 ketika itu.
Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk. Saya telah berdoa untuk perkara yang langsung tidak munasabah dengan keadaan saya ketika itu, iaitu untuk bersujud di hadapan Kaabah.
Sedangkan saya tidak punya wang dan pekerjaan. Bahkan sedang sangat susah masa tu…
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
Barangkali kekecewaan dan ujian yang datang berkali itulah yang membuatkan saya sangat bergantung hanya kepadaNya.
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab. Saya tahu sungguh berat. Tapi paksalah diri kita.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu. Orang yang benar-benar mahu pasti akan sanggup melakukan apa sahaja kerana sangat berkehendak.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajjud. Rasa bersalah jika terjaga dan tidur lagi….
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that new good habit in you (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajjud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Fikiran kita tidak “align” dengan hati kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. “Filter” itu bermaksud seperti penghalang kepada rezeki. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Miracle of Tahajjud
Sekali minta, berkali Allah bawa.
Menginginkan bilik tidur yang ringkas tanpa serat dengan kelengkapan dan perabot yang menyesakkan ruang, idea bilik tidur tanpa katil ini mungkin sesuai untuk bilik tidur anda.
Memberi lebih gaya dan kesempurnaan ruang bilik dengan konsep sedemikian, sedikit kerja pertukangan perlu dilakukan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Tri Puryana, bilik tidurnya nampak begitu wow walaupun dihias ringkas.
“Saya share bilik yang tak pakai katil..sebab banyak yang tanya dalam post sebelum ni..
“Sebenarnya mulanya nak cuba dulu buat untuk bilik anak perempuan..tapi rasa selesa tidur tak pakai katil..
“So buat untuk bilik yang lain….Idea dari pinterest. Semoga bermanfaat…untuk yang kreatif boleh buat sendiri. ..
“Bilik anak perempuan. Atas kepala yang biru putih adalah papan sekeping-sekeping.”
Tranformasi di biliklain
Step 1 : Pasang kayu tinggikan dari lantai dalam 20cm.
Step 2 : Pasang kepala katil walaupun bukan katil (tak tau nak sebut) wiring siap-siap untuk lampu atas kepala tu. Buat laci siap-siap kanan dan kiri serta suiz supaya tak berebut dengan orang sebelah.
Step 3 : Pasang tilam. Takdan nak dekor ada anak kecil tengah lasak. Simple je.