Melayari hidup bersama pasangan, sebenarnya banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dalam berumah tangga. Jangan hanya melihat dan menilai daripada mata kasar namun lihatlah apa yang telah dilakukan oleh pasangan untuk diri kita dan keluarga. Ini penting agar pasangan suami isteri tahu menghargai satu sama lain.

Ini sebagai mana apa yang cuba disampaikan oleh Peguam Syarie ini, sila hadam betul-betul agar terkesan di jiwa.


 

Yang dilihat dan yang tak terlihat..

Yang dilihatnya dapur yang bersepah..katanya orang lain masak juga tapi pandai mengemas. Yang dia tak nampak, usaha isteri tu nak masak untuk mengisi perut anak-anak. Yangg penting anak-anak tak lapar. Kadang-kadang sibuk sebab nak pastikan anak-anak makan, isteri tu sendiri pun lupa nak makan. Kemas dapur tu nombor 2.

Yang dilihatnya rumah yang bersepah.. katanya rumah orang lain boleh nampak kemas je. Yang dia tak nampak, isteri tu yang banyak habiskan masa dengan anak-anak. Melayan karenah anak-anak. Siapkan keperluan anak-anak nak ke sekolah, keperluan anak-anak yang nak dihantar ke rumah pengasuh. Keperluan isteri pun ala kadar je bersiapnya. Rumah yang bersepah tulah dunia mainan anak-anak tempat bergelak ketawa bergurau bergaduh. Kemas rumah tu nombor 2.

IKLAN

Yang Dilihat & Yang Tak Terlihat Tentang Isteri Di Mata Suami. Hadam Betul-betul Benda Ni, Untuk Jadi Lelaki Budiman!

Yang dilihatnya kain baju yang berlonggok tak berlipat.. katanya isteri malas nak mengemas. Yang dia tak nampak, isteri tu yang setiap hari kumpul kain kotor, basuh baju, sidai kain dan angkat kain. Yelah walaupun pakai mesin basuh, kain tu tak bergerak sendiri kalau tak ada yang menguruskannya. Yang penting setiap hari semua orang cukup baju nak pakai pakaian yang bersih. Baju kerja suami pun dia yang gosokkan walaupun baju dia sendiri pun dia jarang gosok. Lipat kain tu nombor 2.

Kenapa kemas dapur, kemas rumah dan lipat kain tu jatuh nombor 2?

IKLAN

Sebab suami tu mungkin lupa yang isteri dia pun bekerja juga. Isteri tu bekerja sebab gaji suami seorang tak cukup nak bayar ansuran rumah, ansuran kereta, upah pengasuh anak, susu pampers bil-bil semua.. suami lupa yang isteri tu terpaksa bekerja juga sebab nak tolong cukupkan keperluan rumahtangga tapi suami ingat isteri tu ada banyak masa untuk buat semua kerja rumah tu sorang-sorang.

Kalaupun isteri tu hanya surirumah, i bet you..surirumah lagi non stop kerjanya. Dahlah tak ada cuti, tak boleh MC dengan nak hadap salah tanggap orang lain lagi yang kata kerja surirumah ni senang sebab 24 jam ada kat rumah. Padahal segala jenis jawatan dia kena buat..cleaner, teacher, babysitter, chef, driver, nurse, mak guard..you name it. Kalau tak percaya cuba take over kerja dia 1 hari. Tak lama.. 1 hari je.

Orang perempuan ni memang multitasking. Dia boleh buat 10 benda dalam 1 masa kalau dia nak. Kadang bukan dia berkira sangat pun kena buat semua kerja-kerja rumah tu. Cuma bila dia sama-sama penat bekerja bila balik rumah suami pulak ‘tegur’ salah cara. Memang boleh jadi stress dan depress jadinya. Orang perempuan hatinya boleh jadi selembut sutera dan sedingin salju. Tapi kadang-kadang boleh jadi sekeras batu dan sepanas lahar gunung berapi yang tunggu masa je nak meletup. How you treat her will determine how she will react towards you.

IKLAN

Apa yang isteri nak sebenarnya?

Dia cuma nak orang yang tersayang terima dia seadanya. Dia bukan superman tapi orang biasa yang memang ada kelemahan dan kekurangan. Kalau tak pandai nak memuji janganlah mengeji. Kalau tak pandai nak menghargai janganlah menyakiti. Kalau tak pandai nak membantu janganlah makin membebankan. Kalau tak pandai nak buat dia senyum..janganlah buat dia sampai mengalirkan air mata..

Rumahtangga bukan neraka dunia tempat kumpul dosa. Tapi ladang akhirat tempat kumpul pahala buat bekalan untuk ke syurga bersama-sama nanti. Wahai suami budiman.. pimpin tangan saya ke syurga boleh?

sumber : Roslina Sabiyah & Co 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI