Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina. Malah kelahiran anak-anak adalah cahayamata yang menyinari rumahtangga. Pastinya kita berdoa untuk kebahagiaan buat keluarga.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. Dengan ini, nak bahagia mudah aje, elak empat punca ni.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha Selagi hang boleh ikut, ikut.
Ads
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
Ads
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Ads
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala.
Permainan anak-anak sekarang ini memang unik dan pelbagai, dan salah satunya yang popular adalah dengan bermain slime. Mungkin ada di antara ibu-ibu belum mengenali apakah itu permainan yang dipanggil slime ini.
Ia sebenarnya adalah seperti lendir atau bahan yang melekit dan kenyal yang boleh dihasilkan dengan pelbagai warna yang menarik. Dikatakan kanak-kanak suka bermain slime ini kerana mereka merasakan permainan ini cukup menyeronokkan.
Apa tidaknya dengan warna slime penuh warna warni, sudah cukup mampu menceriakan mereka dan secara tidak langsung ia sangat baik untuk perkembangan psikologi, meningkatkan daya tumpuan, kreatif, bijak mengekspresikan diri dan pelbagai lagi kebaikan lainnya. Malah kita sebagai orang dewasa juga bila dapat bermain dengan warna, akan dapat memberi terapi yang cukup istimewa. Hilang stress sekejap!
Untuk itu, jom kita lakukan aktiviti menghasilkan slime ini bersama anak-anak kita untuk mengisi waktu hujung minggu ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Amni Hafiffa ini.
[su_highlight background=”#efe9ea” color=”#6a1332″]Bahan-bahan yang diperlukan[/su_highlight]
Percayalah setiap anak mempunyai keistimewaan dan kebolehan sendiri. Gagal tidak bermakna mereka tidak mempunyai peluang kedua. Kini melihat ada anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama atau dengan kata lain sekolah SBP atau MRSM. Bagi anak yang berada disekolah harian, ini bukan bermakna sudah menjadi penamat untuk cemerlang. Masih ada lagi peluang buat mereka.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Puan Nurul Hanan Arifin ,Pengarah Urusan NLI Education Sdn Bhd sungguh inspirasi mengenai bagaimana menjadikan rumah sehebat SBP dan MRSM. Semoga perpekongsian ini menjadikan ibu bapa lebih motivasi!
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bagaimana menjadikan rumah kita sehebat SBP dan MRSM, walaupun anak saya di sekolah harian?
Isu kuota SBP dan MRSM menjadi topik hangat. Seperti biasa, saya hanya berminat memandang ke hadapan. Apa yang kita boleh lakukan sebagai ibu dan bapa bagi memastikan kualiti anak yang dilahirkan nanti sehebat kualiti SBP dan MRSM, walaupun mungkin nanti anak-anak kita tidak dapat mengulangi jejak langkah kita ke SBP dan MRSM.
Tulisan ini hanyalah pencetus, banyak lagi yang belum lengkap. Sudi-sudikan sahabat budiman menambah input. Banyak adalah dari pengalaman yang dilalui sendiri, melihat di hadapan mata sendiri bagaimana rumah mampu menjadi pengeluar produk seperti SBP dan MRSM, dan pergi ke sekolah harian.
Buatkan jadual waktu yang baik di rumah yang mengimbangi rehat, ibadah, ulangkaji, bersukan dan riadah, sosial. Kesemua ini akan membentuk peribadi anak yang seimbang dan cemerlang. Orang yang berjaya adalah orang yang mengetahui had-hadnya dan bergerak dalam lingkaran itu. Hatta anak 3 tahun yang bijak tanpa diberitahu bahaya yang dihadapi akan mengakibatkan kecederaan pada dirinya. Begitulah peranan ibu bapa, membentuk ruang lingkup untuk anak-anak melaluinya.
Wujudkan dan latih anak dengan nilai-nilai keluarga yang utuh. Nilai ini meliputi agama, kemanusiaan, nilai keluarga, nilai-nilai berkawan, nilai bermasyarakat dan sosial, nilai kecemerlangan akademik, nilai kepimpinan. Nilai-nilai ini perlu dihadam dalam perbincangan dan pertukaran interaksi melalui perbualan dan aktiviti. Suburkan dalam keluarga perbincangan-perbincangan ini dan aktivitnya. Ini membentuk gaya fikir anak dan anak akan matang membawa diri di kalangan sahabat dan guru mereka.
Latih anak dengan kerja rumah harian dari kecil. Kemas katil, kemas bilik, sapu sampah, kemas dapur, angkat pinggan, isi air, basuh kasut, basuh tandas, basuh kereta, basuh beg, gosok baju, basuh baju. Semua ini boleh dilatih bertahap pada usia sekolah rendah. Jangan berikan alasan ada bibik. Tidak perlu tunggu sekolah menengah. Dan pastinya tidak perlu tunggu SBP dan MRSM. Tidak perlu tunggu inspection oleh MPP di pagi Ahad. Ibu dan ayah perlu buat inspection, ajar anak stretch katil, ajar anak kemas baju, sidai tuala,tutup lampu, basuh tandas.
Wujudkan waktu belajar ulangkaji bersama. Membaca, habiskan homework, buka pelajaran yang diajar walaupun tiada homework. Bincang-bincangkan kandungan buku. Sekiranya ibu ayah yang buat begini, percayalah. Minat anak terhadap sesuatu subjek akan lebih mendalam, kerana dapat bonus bonding dengan ibu ayah.
Ayah saya seorang pendidik di rumah. Ada hari-hari yang kami buka buku dengannya. Ayah hebat bahasa, sejak sekolah rendah, saya belajar cara menulis esei dengan baik dari ayah. Sering karangan kami menjadi contoh dalam kelas.
Apabila musim peperiksaan, beri galakan anak mengulangkaji. Pada peringkat ini anak mungkin sudah ada gaya ulangkaji tersendiri. Beri ruang, pastikan ia boleh belajar. Buatkan air milo dan biskut peneman ulangkaji. Ada sela masa sembang dan menjadi rakannya. Ibu saya memang akan ronda bilik anak-anak pada musim peperiksaan dan membawakan secawan milo panas, meneman kebuntuan ulangkaji.
Dari awal tahun, bincangkan sekiranya ada topik yang tidak difahami. Ajar anak untuk bertanya guru atau rakan yang lebih mahir. Kita tidak perlu tahu semua tapi perlu tahu apa yang tidak tahu agar dapat diusahakan penyelesaiannya. Kalau perlu sahaja, bolehlah pergi ke kelas tuisyen subjek yang agak buntu, bukan semua subjek! Saya percaya anak tuan puan yg hebat ini bijak-bijak seperti ibu ayahnya juga.
Seperkara yang amat penting ialah minta anak anda buat jadual belajar. Sejak saya PMR, ibu saya minta saya rangkakan jadual belajar yang saya selesa. Berwarna warni jadual saya. 8 subjek, ketika itu di SMK Seksyen 5, Wangsa Maju. Saya tidak pernah ke tuisyen, hanya pesonal coaching utk topik yang saya rasakan mencabar. Jadual belajar saya tadi, tidak rigid. Kadangkala diubahsuai. Mama pernah tanya, dari jadual tu, berapa % yang berjaya dibuat? Saya jawab 70%. Saya ingat hingga sekarang.
Pastinya perlu wujud ruang belajar di rumah. Meja, kerusi, lampu, juga buku-buku rujukan. Ibu ayah perlu bantu cari bersama. Ia harus kodusif, selesa. Ada jadual belajarnya yang tidak boleh diganggu. Ketika musim peperiksaan, masa saya menolong ibu ayah di dapur juga dikurangi. Ibu ayah perlu bantu anak disiplin. Bukan memaksa tetapi perlu diberi dalam bentuk kesedaran. Bak kata mama saya, biar dier rasa juga dapat markah rendah supaya ia tahu kepentingan untuk belajar.
Galakkan anak dan sokong anak untuk terlibat aktif dengan aktiviti sukan dan ko kurikulum. Galakkan mereka untuk serius hingga ke tahap yang tinggi untuk dua aktiviti. Ini memberikannya keyakinan yang tinggi. Percayalah. Inilah kelebihan di SBP dan MRSM. Aktiviti seperti debat, sukan pelbagai jenis, kepimpinan pelajar atau pengawas, MPP. Kelab-kelab catur, bahasa, kesenian, pertanian. Sukan dan ko-kurikulum melatih kepasukanan, kepimpinan, hakikat kehidupan yang lebih hakiki dari akademik semata-mata. Semua kemahiran ini amat terserlah apabila di alam pekerjaan. Begitu juga aktiviti kemanusiaan. Latih dan hubungkan anak-anak dengan aktiviti berbentuk kemanusiaan, boleh dipergiat dengan lebih meluas di sekolah-sekolah.
Biar anak anda mempuyai hobi unik. Ini membentuk personaliti dan karakter. Ia menjadikan mereka istimewa. Ia menjadi sumber keyakinan, mencipta imaginasi dan kreativiti. Ia juga sebagai ruang untuk hilangkan tekanan. Saya mempunyai hobi mengecat botol kaca dengan adik beradik, sebelum itu menjahit uncang dari kain perca. Ada juga hobi membuat cookies dengan rakan-rakan dan menjualnya kepada para guru. Yang lelaki pasti lebih mencabar hobinya. Saya juga gemar memanjat bukit dan berbasikal!
Sediakan makanan yang seimbang dan sihat. Setiap hari pastikan kita menyediakan makanan yang baik untuk keluarga. Kita perlu sediakan budget yang baik untuk ini. Dari pagi hingga malam, biarlah makanan kita seimbang dan sihat! Seperti makanan di Dewan Selera Asrama! Jangan sediakan budget hanya untuk percutian keluarga, rumah, perabot atau kereta kita sahaja, ya.
Amalkan solat berjemaah harian, wirid pagi petang harian, membaca Al Quran bersama ibu ayah, liqo keluarga mingguan, aktiviti masjid keluarga, aktiviti program agama sekeluarga. Ini semua yang keta buat di SBP dan MRSM kan. Ia mengisi rohani kita di asrama dahulu. Percayalah kita, pasangan dan anak-anak kita turut perlukannya di rumah. Bahagiakanlah rumah kita dengan membimbing keluarga kita dengah ibadah bersama keluarga. Pasti hubungan keluarga kita lebih tenang dan indah.
Kenal, pantau, lihat dan terlibat dengan siapa anak-anak kita berkawan. Usia remaja usia belajar menginjak dewasa. Jadikan anak remaja sebagai kawan. Ajak mereka ke rumah. Beri sokongan aktiviti mereka. Beri mereka kepercayaan. Jelaskan syarat-syarat dan ingatkan nilai-nilai kita. Jangan lupa doakan mereka. Bincang semula permasalahan atau pelanggaran nilai jika berlaku. Selami cara untuk mendekati mereka. Kadangkala perlu tundukkan ego.
Kelebihan semua di atas, apabila ia dilakukan di rumah, ia melebihi kehebatan SBP dan MRSM itu sendiri. Kerana ia dikelola oleh ibu dan ayah yang penyayang.
Sungguh bertuah anak-anak yang dapat melalui pengalaman persekolahan berdekatan keluarga, cemerlang dalam pendidikan dan kehidupan, di hadapan mata ayah bonda tercinta!
Nah, boleh tak? Ibu ayah semua lepasan SBP dan MRSM yang gah semuanya, kan? Guru-guru kita dah didik kita , buktikan didikan mereka tak sia-sia. Kita adalah produk yang dilahirkan. Ulangi kecemerlangan itu, kali ini bermula dari rumah kita lagi. Anak-anak anda pasti lebih hebat. Ibu saya sering berkata, lahirkanlah generasi yang lebih hebat dari generasi kita.
Ini fasa ibu bapa menajamkan kemahiran keibubapaan, kekeluargaan. Lebih pantas kita bertindak meninggalkan idealism lama, lebih maju kita menerima hakikat masa hadapan. Banyak ruang model SBP dan asrama yang boleh dicerna dan dicerakinkan di peringkat sekolah harian dan di rumah bersama keluarga. Ini fasa ibu bapa menjiwai tugas kita bukan sekadar melahirkan dan membesarkan anak, malah menajadi pendidik dan pembimbing pelajaran dan kehidupan.
Semoga penulisan ini dapat memberi sisi pandang yang segar, menyediakan kita ntuk masa depan dari sekarang. Biasalah, perkara baharu memang akan terasa mencabar dan susah. Ia bukan senarai terhad. Tetapi ia harus bermula di suatu titik.
Melihat satu cabaran sebagai permasalahan tidak akan mampu menyelesaikan isu. Akhirnya akan tinggal alasan. Saya sedar ramai yang masih berkira-kira untuk menerimanya. Mungkin boleh menjadikan panduan di atas sebagai pertimbangan. Semoga perkogsian ini bermanfaat kepada ramai.
Kepada ibu bapa, good luck menjadikan anak anda seorang yang hebat!
Sebuah keluarga bahagia adalah peranan pasangan suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Peranan seorang suami adalah sentiasa menghargai isteri, membantu rumahtangga itu, sinar bahagia.
Melalui perkongsian pelakon, Idzham Ismail, di instagram menulis tentang isterinya yang melengkapi hidupnya. Antara kapsyen yang begitu inspirasi adalah,
“Aku tak perlukan isteri yang pandai memasak sebelum kahwin kerana memasak boleh belajar sama sama.
“Aku tak perlukan isteri untuk buat kerja rumah setiap masa kerana aku pon ada untuk melakukannya.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.