Dalam usianya 16 Tahun, Zaki Yamani bangga kerana impiannya untuk memiliki perniagaan makanan dan minuman akhirnya tercapai.

Anak kepada penyanyi pop Datuk Jamal Abdillah ini mengakui semuanya bermula kerana mahu membantu ibu menjana pendapatan keluarga.

“Sewa Rumah Kena Bayar, Tak Boleh Harap Duit Show Je.” Umur 16 Tahun, Zaki Yamani buka Kedai Makan, Bangga Bantu Ibu Cari DuitMenurut Zaki, 16, gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop yang beroperasi sejak dua bulan lalu itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.

“Idea nak berniaga ini datang dari saya dan ibu saya. Memandangkan ibu pun dah tak kerja lagi dan saya pun tak boleh mengharapkan duit show semata-mata, jadi kenalah cari pendapatan sampingan untuk kami berdua.

“Sewa Rumah Kena Bayar, Tak Boleh Harap Duit Show Je.” Umur 16 Tahun, Zaki Yamani buka Kedai Makan, Bangga Bantu Ibu Cari Duit

“Sewa rumah nak kena bayar, saya pun masih bersekolah jadi semuanya memerlukan pembelanjaan. Kami rasa membuka gerai menjual makanan dan minuman ini merupakan salah satu cara untuk jana pendapatan. Alhamdulillah sambutan baik daripada pelanggan.

“Boleh dikatakan setiap hari saya turun ke kedai selepas sesi persekolahan, hujung minggu memang kawasan ni penuh, mujurlah kami ada tiga pekerja yang membantu menguruskan kedai ini,” katanya seperti yang dilaporkan menerusi mStar.

Zaki Dalam pada itu turut merancang menambah cawangan dan kios di beberapa kawasan lain, selain meneroka perniagaan baharu.

“Sewa Rumah Kena Bayar, Tak Boleh Harap Duit Show Je.” Umur 16 Tahun, Zaki Yamani buka Kedai Makan, Bangga Bantu Ibu Cari Duit

“Alhamdulillah saya berbangga sangat di usia 16 tahun saya sudah memiliki perniagaan sendiri dan dapat bantu ibu jana pendapatan untuk keluarga.

IKLAN

“Selain di Kajang, kita juga ada kios di Setapak, Kuala Lumpur… di sana pun kami jual pelbagai jenis minuman berkopi dan perisa buah-buahan. Perancangan selepas ini nak buka satu lagi cawangan di Shah Alam.

“InsyaAllah selepas ini saya akan keluarkan produk kosmetik dan pencuci wajah jenama saya sendiri,” ujarnya lagi.

“Sewa Rumah Kena Bayar, Tak Boleh Harap Duit Show Je.” Umur 16 Tahun, Zaki Yamani buka Kedai Makan, Bangga Bantu Ibu Cari Duit

Akui Zaki lagi, selain membantu menjana pendapatan, is juga memberi peluang kepadanya untuk mempelajari selok belok perniagaan. Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Slow Mo ini juga berkata ini juga dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai.

“Kalau dalam pelajaran saya minat bidang kejuruteraan, tapi perniagaan pun salah satu benda yang saya suka.

“Sewa Rumah Kena Bayar, Tak Boleh Harap Duit Show Je.” Umur 16 Tahun, Zaki Yamani buka Kedai Makan, Bangga Bantu Ibu Cari Duit“Saya seronok bila dapat layan pelanggan. Kalau di gerai ini saya juga jadi barista yang buat air, memang dapat jumpa macam-macam perangai pelanggan.

IKLAN

“Secara tak langsung saya dapat belajar cara macam mana nak perbaiki percakapan apabila berhadapan dengan orang ramai,” ungkap Zaki lagi.

Sumber: mStar

ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

IKLAN

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI