Wajah tua ini makin dimamah usia, kepenatan jelas terpancar namun semangatnya cukup kuat untuk mencari rezeki demi yang tersayang. Itulah Nenek Mumun yang berusia sekitar 60 tahun. Dia sanggaup mengecat wajahnya dengan warna silver sebelum berbasking di tepi jalan.
Dia sanggup menjadi Manusia Silver dengan berdiri di tengah-tengah jalan untuk mencari rezeki demi sesuap nasi untuk cucunya, Reihan yang berusia 2 tahun.
Kisah nenek tua bersama cucu kecilnya ini dikongsikan menerusi Merdeka.com. Dengan bermodalkan cat Rp35.000 setong, kira-kira RM9.90, wanita itu melumuri kulitnya yang kedut sehingga tiada lagi kelihatan warna asal kulitnya.
Ads
“Nanti selepas berbasking, cat ini boleh dihilangkan dengan cecair pencuci pinggan,” katanya seperti dilapor Merdeka.com.
Tambah portal itu, wanita itu telah berbasking di bawah terik matahari selama empat bulan bersama cucunya yang baru berusia 2 tahun setengah, Reihan.
Ads
Pernah menjadi pembantu rumah di Tangerang, Nenek Mumun kini meneruskan hidup menyara anak itu dengan berbasking selepas kedua-dua orang tua Reihan bercerai.
Dengan memeluk erat kanak-kanak itu, Nenek Mumun berdiri bagaikan patung di persimpangan jalan raya membawa kotak, mengharapkan ihsan orang ramai yang melalui jalan itu.
Buat pengguna aplikasi TikTok tentu mengenali pasangan suami isteri ini, di mana kisahnya pernah viral sebelum ini bilamana Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman sanggup menjahit 30 pasang baju raya untuk digayakan oleh isterinya sepanjang Syawal beberapa tahun yang lalu.
Terkini, sekali lagi video yang dikongsikan mencuri tumpuan bila mana tidak hanya menyiapkan persalinan dan mendandan wajah malah bapa seorang anak ini turut memberi kejutan dengan menghadiahkan lima peti berisi barangan kemas kepada isteri tercinta, Fatin Syazwani Ishak sempena majlis sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga baru-baru ini.
Kisah Syed Muhammad Shah Hasif, 29, atau dikenali sebagai Prince Syed Syahid mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video sempena detik terindah itu di akaun TikTok miliknya.
Menurut Syed kepada Harian Metro, dia enggan berkongsi nilai barangan kemas diberi namun memberitahu hadiah itu adalah tanda penghargaan dan kasih sayang kepada isterinya yang kini berusia 23 tahun.
“Sambutan ulang tahun perkahwinan pertama kami dulu disambut ala kadar saja dan mengikut perancangan, saya mahu anjurkan majlis lebih meriah tahun lalu.
“Kad jemputan juga sudah diedar kepada tetamu namun keadaan pandemik yang membimbangkan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan majlis dirancang terpaksa dibatalkan.
“Hampa juga waktu itu dan oleh kerana sudah ada kelonggaran diberi kini, saya yakin ini masanya untuk gembirakan isteri dengan mengadakan sambutan ulang tahun perkahwinan.”
Menurut Syed, isterinya maklum mengenai penganjuran majlis cuma tidak tahu kejutan akan diberikan kepadanya.
Bagi memastikan perancangannya berjalan lancar, Syed berpakat dengan beberapa rakan yang hadir untuk memberi kejutan kepada Fatin Syazwani dalam majlis yang dihadiri tidak lebih 50 tetamu itu.
Syed bersyukur kerana apa dirancang menjadi dan lebih memberinya kepuasan adalah ketika melihat reaksi isterinya yang terharu menerima pemberiannya.
“Setiap peti itu sebenarnya berisi dua barangan kemas terdiri daripada rantai, gelang, subang dan cincin.
“Isteri sudah boleh agak saya akan beri hadiah namun bukan sebanyak itu. Jujurnya, saya tidak menganggap ia satu pembaziran kerana sudah lama pasang niat untuk hadiahkan isteri barangan kemas itu dan syukur dapat realisasikan hasrat saya.
“Saya percaya Allah akan lipat gandakan lagi rezeki jika ikhlas untuk gembirakan isteri,” katanya yang juga usahawan produk diet Glittis Chocolate.
Terima Pelbagai Reaksi
Berhubung kecaman diterima di TikTok, Syed berkata, dia sudah lali dengan komen negatif netizen dan enggan terlalu memikirkannya.
“Niat saya muat naik video itu adalah untuk berkongsi hari bahagia kami dan bukan riak atau sengaja menunjuk kemewahan.
“Video itu sekurang-kurangnya akan menjadi kenangan dan boleh ditonton lagi nanti terutama oleh anak kami. Saya percaya setiap suami ada cara tersendiri untuk memikat hati isteri dan ini cara saya,” katanya.
Dalam hidup ini ada perkara menjadi ketentuan Allah swt. Salah satunya adalah jodoh. Ada yang dipertemukan jodoh ketika usia masih muda dan ada juga sebaliknya.
Nyata jodoh itu rahsia Allah, khabar gembira dikongsi oleh penyanyi Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif menerusi Instagram miliknya telah membuatkan peminat terkejut bercampur gembira.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KINI BERGELAR ISTERI
Terkenal dengan lagu berjudul ‘Kosong’ dan ‘,Cinta Muka Buku’ Najwa mengumumkan dirinya sudah bergelar isteri kepada pasangannnya Akwa Ariffin yang juga merupakan ahli muzik.
Pada usia 27 tahun, penyanyi bersuara lunak ini berkongsi sekeping gambar di atas pelamin bersama pasangannya.
Bagaikan pinang dibelah dua, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kosong’ dengan kapsyen ringkas.
“Alhamdulillah, kami dah grad.”
Sesuai dengan kapsyennya ‘Grad’, dirinya bukan calang-calang dalam akademik apabila merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).
Kemudiannya meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dalam jurusan yang sama di Universiti Malaya (UM). Lebih manis kini, menyambung pengajian di peringkat PhD dalam jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
WARGAMAYA UCAP TAHNIAH
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan berita gembira itu. Ada juga menitipkan doa dan ucapan tahnia buat pasangan pengantin baru.
Daun pandan yang dibeli biasanya akan kering jika disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk. Bimbang berlaku pembaziran, ada cara untuk anda simpan daun pandan ini pada tempoh yang lebih lama. Malah lebih segar.
Dan bila hendak digunakan dalam masakan, keluarkan sahaja malah strukturnya masih lagi sama. Soalnya bagaimana hendak menyimpan daun pandan ini lebih lama dan tidak kering?
3 petua mudah yang dikongsikan oleh Helina Ahmad, Shaz Abdul dan Nora Sheka di facebook ini patut kita cuba untuk melambatkan sedikit jangka waktunya kering. Memang menarik.
Cara 1
Cara mudah ini dikongsikan oleh Helina Ahmad. Guna kertas surat khabar je.
Bahan-Bahan:
Daun pandan
Kertas surat khabar
Caranya:
1. Basuh daun pandan dalam air mengalir hingga bersih.
2. Bungkuskan daun pandan di dalam surat khabar kemas-kemas.
3. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Bila hendak memasak, keluarkan dan lihatlah hasilnya. Masih segar dan tidak kering seperti selalu.
Cara 2
Ini pula cara yang dikongsikan oleh Shaz Abdul. Simple je.
Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku. Tapi awas, jangan sampai anak-anak ambik makan macam aiskrim.
Cara 3
Ini pula cara yang dilakukan oleh saudari kita, Aniza Dzahir.
Ni cara saya simpan daun pandan tahan lama dan fresh sentiasa, kot ada peniaga nasi lemak atau suri-suri rumah nak cuba dipersilakan. Daun pandan tu basuh bersih-bersih, simpul dan letak kat tempat sejuk beku. Siap! Berbulan-bulan pun fresh gitu.
Cara 4
Menarik juga cara yang dilakukan oleh Nora Sheka ni. Guna plastik susu je. Senang.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.