Terbaru, Fezyra Nesry menerusi laman Instagramnya memuatnaik sekeping gambar berupa kotak barangan Coach berwarna hitam. Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen Fazeera sendiri yang berbunyi ‘ For my upcoming little ‘ berserta gambar emoji baby.
For my upcoming little 👶🏻 . Thank you, boo ❤️
Perkongsian tersebut seolah-olah mengiyakan khabar angin yang mengatakannya dirinya kini sedang hamil. Namun sehingga kini baik Fizo mahupun isterinya tidak berkongsi apa-apa kenyataan mengenai hal tersebut.
Ibu dan ayah kita tentunya telah lakukan yang terbaik dan cemerlang untuk kita sebagai anaknya.
Pun begitu setelah kita berjaya dan cemerlang dalam hidup apa pula khidmat kita dapat lakukan untuk ibu ayah tercinta. Apatah lagi andai orang tua kini sudah kembali ke pangkuan Ilahi.
Jom semak perkongsian ini untuk dijadikan renungan bersama.
DIDIK ANAK CEMERLANG
Ayah gemar bercerita kejayaan anak. Secara relatif banyak kejayaan akademik dan kerjaya telah saya capai.
Sebahagiannya sempat diceritakan oleh ayah kepada keluarga yang hampir serta sahabat beliau yang lain.
Barangkali kedai kopi yang menjadi lokasi wajib harian menjadi saksi. Tentu sekali ayah berbangga dan puas hati dengan kecemerlangan – akademik dan kerjaya – anak lelaki beliau ini.
Malah saya fikir ramai ibu bapa yang lain juga akan berbangga dengan anak sendiri jika anak-anak jauh lebih berjaya berbanding percapaian masa lampau mereka.
Ayah sudah meninggal.
Lebih 20 tahun al-marhum dijemput pulang. Kisah kehidupan dunia berakhir.
Apa yang sedang berlaku di alam kubur tidak dapat saya tulis secara khusus.
Sudah hancurkah tulang belulang ayah? Apakah tanah menghimpit beliau? Gelap gelitakah suasana kubur ayah? Berapa lama beliau akan berada di sana?
Masih mampukah beliau bercerita bangga “kejayaan anak lelaki” ini kepada ahli kubur yang lain?
Jawapan kepada soalan ini sangat mudah. Tentu sekali tidak. Masing-masing bersendirian menghadapi kehidupan baru.
Kejayaan anak-anak yang telah dicapai secara khusus di dunia tidak dapat membantu al-marhum selepas meninggalkan kehidupan dunia.
Sungguh, kita sering kali mendengar kutipan Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Muslim yang bermaksud,
“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya”
Akhirnya – jika dipermudahkan – kejayaan anak-anak semasa di dunia bukan hanya setakat berjaya di dalam dunia akademik dan seterusnya membina kerjaya kehidupan yang cemerlang.
PhD, JUSA, ahli senat, Dekan atau Pengarah – akhirnya – tidak benar-benar bernilai jika saya tidak tergolong sebagai anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
Jika saya tidak mengamalkan segala nasihat ayah maka hilanglah ilmu bermanfaat yang berguna untuknya pada ketika ini.
Ukuran kecemerlangan akademik dan kerjaya kelihatan susut dengan pantas sekali selepas ayah meninggal.
Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik sensasi, Joy Revfa yang pernah terpercik dengan kontroversi sekitar 2017 lalu dek perkahwinan keduanya bersama seorang penyanyi ketuhanan putus di tengah jalan.
Dek kerana ini, hampir setiap inci sisi peribadi ibu kepada Muhammad Arryan Firdaus berusia tujuh tahun ini diintai.
Reda seketika, namun angin kontroversi kembali bertiup usai , Joy Revfa pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia ini kemudiannya melangsungkan pertunangan dengan jurulatih kecergasan bertubuh ‘sado’ sekitar Mac tahun lalu.Yang terindah hanya sementara, demikian juga dengan hubungan mereka juga putus di tengah jalan. Namun, Joy Revfa tidak menjadikan kegagalan tersebut sebagai penamat segalanya.
Langit tak selalunya cerah, namun awan mendung pasti berarak berlalu bagi menerbitkan cahaya sinar. Demikian juga perjalanan hidup setiap orang. Ada masanya gelap, ada masanya cerah.“Saya akur dengan ujian hidup ini. Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti. Pilihan yang ada ialah untuk terus kuat.
“Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak.
“Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.
“Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah… saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu,” katanya.Baru melancarkan koleksi gincu dipanggil BlackRevfa, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin diaju persoalan bagaimana terus bangkit selepas berdepan dengan kemelut hubungan tak berpanjangan.
“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.
“Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya,” katanya.Tambah Joy yang terkenal dengan tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’, dia tidak menafikan tanggungjawab semakin besar apabila menjadi ibu dan ayah kepada anaknya sekali gus menguruskan empayar perniagaan.
“Namun saya anggap ketidaksempurnaan itu lah yang akan menyempurnakan diri sendiri. Tak ketinggalan sokongan, motivasi dan kerjasama padu daripada keluarga dan pasukan di dalam syarikat berikan suntikan semangat setiap hari.
“Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.“Kita diciptakan untuk mewujudkan kemuliaan Allah SWT dan memanfaatkan kelebihan yang ada dalam diri kita. Percayalah setiap kelebihan bukan ada pada sesetengah orang tapi ada di setiap dalam diri kita. Cubalah cari, anda pasti akan jumpa,” katanya optimis.
Memandang kanak-kanak berkulit putih dan berambut perang membuatkan empat beradik dari Kampung Jejulok, cukup mencuri tumpuan ramai. Sekali pandang seperti anak ‘mat salleh, namun bila berbicara cukup petah dengan loghat Kelantan.
Menurut apa yang dilaporkan di Harian Metro, kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Adam Harris,7, Muhammad Azim Hafiz, 6 dan pasangan kembar, Muhammad Aiman Haziq, 4 dan Muhammad Amirul Haziq, 4 yang merupakan anak kepada Puan Suzita,37 tahun.
“Mereka sangat istimewa dan anugerah terindah dari Allah buat saya,” kata Suzita Zakaria berhubung empat daripada tujuh akanya yang dilahirkan dengan penyakit Hidradenitis Suppurativa atau albino.
Tambahnya lagi, selain dilahirkan dengan penyakit albino, empat anaknya itu turut mempunyai masalah penglihatan iaitu silau yang menyebabkan mereka tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Bercerita lanjut, Suzita yang menetap di Kampung Jejuluk, di sini mengakui terkejut selepas melahirkan anak keempat kerana pertama kali mendapat zuriat yang menghidap penyakit albino.
Bagaimanapun, Suzita berkata, doktor ada memberitahu kemungkinan dia mendapat zuriat dengan penyakit sama jika hamil anak kelima dan seterusnya, menyebabkan dia lebih bersiap sedia.
“Anak pertama hingga ketiga saya normal dan disebabkan itu terkejut apabila yang keempat (Muhammad Adam Harris) menghidap albino.
“Saya ada lakukan ujian imbasan dalam tempoh kehamilan tetapi doktor hanya dapat mengesan jantina, bukan penyakit berkenaan.
“Jadi, saya hanya tahu mengenainya selepas melahirkan mereka namun terima ketentuan itu dengan reda,” katanya lagi.
Menurut Suzita, memang ada individu sekeliling yang hairan apabila melihat empat anaknya itu hingga membuat andaian mereka menghidap penyakit kronik seperti leukemia dan tidak cukup darah.Bagaimanapun, Suzita bersyukur kerana keempat-empat anaknya itu sihat dan bebas daripada penyakit kronik.
“Biasalah, ada orang akan memandang pelik malah tiga anak saya yang normal juga ada bertanya pada peringkat awal dulu kerana menyangka adik mereka sakit.
“Sebagai ibu, saya cuba terangkan kepada anak-anak dan Alhamdulillah, mereka dapat menerima adik mereka dengan baik.
“Sejak bayi lagi anak-anak sudah didedahkan dengan matahari walaupun kulitnya begitu dan mereka sihat, tiada penyakit atau sebarang alahan kecuali masalah silau.
“Mereka perlu gunakan cermin mata. Saya dan suami pula harus membawa empat anak kami itu bertemu pakar mata sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Menurut Suzita, dia tidak sangka kisah empat anaknya itu mendapat perhatian netizen selepas sepupunya, Muhammad Faisal Muhammad Yusoff, 18, memuat naik video di TikTok.
“Saya dan suami terkejut apabila dapat tahu kisah anak tular kerana tiada niat ke arah itu (tular). Bagaimanapun, saya bersyukur dan anggap ia rezeki buat anak istimewa jadi dikenali dalam sekelip mata,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Faisal berkata, dia memang rapat dengan anak kepada sepupunya itu sejak mereka kecil lagi.
“Mereka tinggal di sebelah rumah saya jadi kami kerap bertemu satu sama lain. Mereka memanggil saya dengan gelaran Pok Sa dan ikutkan saya pernah kongsi kisah mereka di TikTok sebelum ini.
“Cuma, video baru-baru ini meraih tontonan jauh lebih tinggi hingga membuatkan lebih ramai netizen mahu tahu lebih lanjut mengenai kisah empat beradik itu,” katanya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.