Kepada keluarga yang menggemari yong taufu pasti akan ternanti-nanti adanya pasar malam di kawasan perumahan untuk dapat menikmati keenakan rasanya. Tapi tidak lagi sekiranya sudah tahu cara dan resipi untuk membuat kuahnya yang pekat dan berasa.

Malah dikatakan, bila kita sediakan sendiri kosnya jauh lebih menjimatkan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Husma Husin, dikatakan hanya RM 50 diperlukan untuk menyediakan sos berserta pelbagai pilihan frozen food untuk dimakan bersama-sama keluarga yang ramai. Memang cukup berbaloi.

Jadi apa kata, kali ini anda pula mencuba resipi ini dan dapatlah kiranya dijamah bersama-sama keluarga tercinta.


YONG TAUFU.

Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.

Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.

Yong Taufu, Lagi Jimat Buat Sendiri. Kos RM 50, Berlebih-lebih Dapat Makan Seisi Keluarga!

Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).

IKLAN

BAHAN A – SOS HITAM

Yong Taufu, Lagi Jimat Buat Sendiri. Kos RM 50, Berlebih-lebih Dapat Makan Seisi Keluarga!

6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa

[Edit]
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya.

IKLAN

Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.

Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.

BAHAN B – KUAH SUP

Yong Taufu, Lagi Jimat Buat Sendiri. Kos RM 50, Berlebih-lebih Dapat Makan Seisi Keluarga!

IKLAN

 

3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jug setengah)

Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas. Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis. Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.

Yong Taufu, Lagi Jimat Buat Sendiri. Kos RM 50, Berlebih-lebih Dapat Makan Seisi Keluarga!

Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.

Silakan kongsi resipi, saya izinkan
Selamat mencuba

sumber : Nor Husma Husin via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI