Sejak berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, rakyat sudah terbiasa menggunakan servis penghantaran makanan dengan aplikasi seperti Grab dan FoodPanda. Juga perkara biasa untuk pelanggan turun menerima makanan yang dipesan jika tinggal di kondominium atau ‘flat’. Ini kerana tidak semua lokasi mudah untuk diakses akibat kawalan keselamatan yang ketat.
Baru-baru ini, seorang ‘rider’ yang dikenali sebagai Amirol telah memuatnaik sebuah video di aplikasi TikTok yang menunjukkan kegagalan pengurusan sebuah residen di kawasan Subang Jaya, Selangor untuk menyediakan tempat meletak makanan yang sesuai. Natijahnya, Amirol terpaksa meletakkan pesanan makanan itu di atas lantai ruangan lobi.
Video tersebut meraih perhatian warganet yang lain dan sudah pun menjadi tular serta kapsyennya, “Kawasan bukan main mewah tapi meja pun tak mampu beli. Makanan kena tinggal dekat lantai mcam tu, bila cakap tak elok makanan letak lantai, boleh guard tu cakap you jumpa lah bos saya..ini macam ke? Bukan tak hormat security tapi cara dia cakap pun tak elok”.
Meninjau di ruangan komen, ini antara komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet.
Ads
“Sebab tu la sesetengah rider lagi suka customer standby ambil makanan..mudah..letak rezeki kat lantai rasa bersalah
“Kondo aku masa PKP, sekali je rider letak lantai, takdan sekejap kena hamun dah JMB, terus ada meja siap label grab & foodpanda & parcel, 3 meja”
“Sia-sia bayar yuran maintenance kalau kemudahan penduduk tak jaga, stop lah bayar yuran tu penduduk kena boikot”
Ads
“Sepatutnya penghuni-penghuni kena bincang dengan pihak pengurusan bangunan tu, tak kan la rider nak buat semua kerja”
“Kita yang rider ni pun serba salah nak letak makanan atas lantai”
“Melampau la meja berapa hinggit ja… guard tu pun bersuara la bagitahu boss minta belikan meja lipat on jadi la”
Ads
“Nasib bukan rumah saya, kalau rumah saya buat gini memang satu ofis tu aku hamun..bayar management mahal-mahal tiap bulan meja pun tak ada ke”
Terang lagi bersuluh, perasaan kesal yang dialami Amirol turut dirasai wargamaya yang lain. Dikatakan sebab utama Amirol memuat naik video tersebut adalah supaya pihak pengurusan residen lebih prihatin terhadap perkara tersebut.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca semua.
Menyambut ulangtahun perkahwinan tentunya ramai antara kita punya cara yang tersendiri, salah satunya dengan memberi hadiah buat insan tersayang. Ia seakan satu lambang bagi suami dan isteri saling menghargai pasangan yang setia mengharungi suka duka bersama.
Begitulah yang dipraktikkan oleh pasangan bahagia ini yang baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang 13 tahun baru-baru ini. Namun apa yang menarik perhatian daripada perkongsiannya adalah kisah ‘perjuangannya’ sebagai seorang suami dalam memberikan hadiah buat isteri sebagai tanda kasih.
Baginya, hadiah dihargai kerana usaha bukan harga. Ikuti perkongsian ini semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Hadiah dihargai kerana usaha, bukan harga
Di suatu pernah, kehidupan kami susah. Banyak bercatu dalam pelbagai benda. Orang melancong ke Langkawi kami lihat saja. Orang beli itu ini, kita sekadar cuma.
Setiap kali tiba hari istimewa, hari lahir ke, hari anniversary, tiada hadiah istimewa dapat aku beri. Beli kek sahaja. Itu pun gigil rasa tangan nak bayar kek harga RM50. Bahkan kadang, kek tu wife yang bayarkan.
Sampai satu ketika, aku buat keputusan tak boleh lagi hidup begini. Anak-anak makin ramai, kos sara hidup makin meningkat. Jika tak upgrade diri, sampai bila-bila akan berada ditahap sama, bahkan mungkin lebih susah.
2013, Tahun ke empat perkahwinan kami, masa tu kami anak dua. Tekanan hidup makin dirasa bila ada anak-anak kecil dua orang.
2013, tahun perjuangan aku bermula. Demi ubah kehidupan diri, demi ubah ekonomi keluarga, demi keluarga kecil kami.
2013.Detik hustle bermula. Tidur sikit-sikit, selebihnya membanting kudrat demi sebuah kehidupan yang mencabar di kota raya.
2013, tahun pertama aku berjaya beli hadiah untuk hari lahir puan isteri. Beli seutas jam Roscani, bayar guna duit hasil perniagaan jalanan. Bayar guna not seringgit ja.
Jenuh tokey nak kira takut tak cukup. Pelanggan dalam kedai jeling dari jauh. Ah, peduli apa aku. Aku bayar guna duit halal. Bukan pecah tabung masjid.
Tapi puas. Rasa sungguh puas bila kita usaha sungguh-sungguh, berpenat, berlelah, berjimat, menahan diri untuk beli apa-apa kat diri sendiri, kemudian dapat hadiahkan sesuatu yang elok kepada orang yang kita sayang.
Ah, memori sungguh.
Azam Beli Beg Coach
Hari berganti, tahun berubah. Anak makin bertambah. Kerja perlu makin kuat dan keras. Pelbagai kerja aku buat masa ni. Asal halal, rempuh saja.
Ini hidup kita. Tak ada siapa nak ubah hidup kita melainkan kita sendiri.
Suatu ketika yang lain, aku melihat puan isteri ralit memerhati beg Coach kawan dia kat Fb. Mulutnya mengomel perlahan,
‘Wah. Cantiknya Coach ni’.
Dari situ, aku tanam niat nak hadiahkan handbag Coach kat wife. Cuma soalnya nak beli macamana? Duit setiap bulan pun cukup-cukup makan saja.
Tapi niat dan azam itu tetap ada. Maka aku usaha dan usaha saja, ada duit lebih mula simpan. Aku join geng perempuan main kutu. Aku sorang ja laki. Haha.
Main kutu sekali lagi semata-mata nak beli beg Coach untuk dihadiahkan kepada puan isteri. Main RM100 sahaja sebulan. Takat tu ja mampu. Aku pilih tarikh cabutan sebelum hari lahir puan isteri.
Akhirnya giliran aku terima duit kutu sampai. Dapat sedebuk RM1200, rasa kaya sekejap. Jalan pun mendada. Terus pergi cari butik Coach.
Masuk pakai selipar Jepun je gais. Tapi apa risau, duit dalam poket ada lebih seribu kot. Dengan penuh perasaan macam dato-dato, aku masuk butik Coach dan pilih beg dengan berlagak.
Salesgirl lihat agaknya gelak dalam hati ja. Budak kampung mana mai masuk butik Coach ni.
Sebaik aku tengok harga, omak ai. Tiga empat ribu handbag jenama ni rupanya. Tiba-tiba rasa miskin semula.
Keluar butik dengan perasaan hampa, aku buka Fb dan search beg Coach prelove yang kondisi cun melecun.
Jumpa la seller dari Sarawak nak jual RM900. Kondisi 9/10. Tawar menawar sikit, dapat RM700. Terus aku setuju.
Aku cari pula purse Coach yang sama kaler macam handbag tu. Alhamdulillah, jumpa. Yang ni baru, bukan prelove. Harga RM250.
Terus order juga. Dua-dua beli online dan akhirnya selamat sampai. Terus bagi kat isteri. Bagi tanpa balut, tanpa kad bagai. Bagi gitu ja. Tak romantik kan? Pedulikan romantik tu, asal aku berjaya bagi hadiah. Haha.
Seronok bukan kepalang puan isteri. First time dapat hadiah beg Coach. Walau prelove, dia punya seronok tu macam dapat istana.
Bahagia Lihat Senyuman Insan Tersayang
Bahagia sungguh aku melihat senyuman dan kegembiraan orang yang aku sayangi ini.
Dan hari ini, hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 13. Awal-awal lagi aku dan beli hadiah, simpan kat suatu tempat rahsia.
Sebelum Subuh tadi masa puan isteri lena, senyap-senyap letak atas meja solek. Hadiah kali ni balut elok siap ada kad ucapan. Tu semua aku paksa staff aku buatkan. Haha.
Dan selepas solat Subuh, puan isteri perasan ada hadiah atas meja. Mulanya dengan sabar dia cuba buka hadiah tu, last-last dia cakap,
“Bang. Saya koyakkan je lah pembalut hadiah ni. Susahnya nak buka. Banyak salotep”.
Aku iyakan saja. Menjerit kegembiraan dia melihat phone idaman dia.
Kegembiraan dia, kebahagiaan aku. Simple.
Okeh. Aku tulis panjang-panjang ni just nak cerita, hargai pasangan kita. Utamakan famili kita.
Hidup ni tak lama. Dan insan yang akan terus setia saat kita susah, saat sakit demam, saat jatuh tersungkur, saat nyawa dihujung kerongkong adalah keluarga.
Hargai pasangan kita.
Hargai keluarga.
Menghargai itu tidak semestinya dengan barang mahal dan berharga. Tidak semestinya melalui hadiah, wang ringgit dan kebendaan sahaja.
Namun sepaling kurang, kita tunjukkan effort untuk menggembirakan insan yang kita ambil amanah untuk menjaga dia dari jagaan ayahnya. Isteri ni amanah paling besar buat seorang lelaki bergelar suami.
Seorang insan yang kita mahu hidup bersama sehingga akhir hayat kita. Bahkan hingga ke syurga.
Tidak timbul soal kaya atau miskin dalam kisah kali ini. Ia bukan tentang mampu atau tidak.
Ia tentang usaha, tentang pengorbanan, tentang matlamat untuk menggembirakan si dia. Bila kita nekad, apa jua matlamat itu mampu kita capai.
Jika hari ini kita tidak mampu nak hadiahkan sesuatu berbentuk kebendaan, bagilah layanan dan perhatian yang selayaknya dia terima.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Bila anak-anak memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang tentunya itu satu perkara yang cukup disyukuri dan dibanggakan oleh kita sebagai ibu ayah. Lebih-lebih lagi keputusan peperiksaan tersebut akan menentukan masa depan anak-anak.
Memetik berita berkenaan pengumuman keputuan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang dikongsikan Sinar Harian, nyata Muhammad Maqamin Amin Mohd Radzi, 20 yang juga merupakan anak kelima Allahyarham Mohd Radzi Abdul Hamid atau Ustaz Radzi yang popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, menjadi antara pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0.
Tahniah diucapkan dan semoga kisah ini turut dapat menyuntik inspirasi buat anak-anak kita untuk berjaya di dalam pelajaran mereka.
Dalam sesi temubual tersebut, Muhammad Maqamin Amin turut berkongsi amalan yang dilakukan untuk berjaya dan antaranya :-
ALOR SETAR – Anak bekas penyanyi kumpulan rock Melissa antara pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0 hari ini.
Muhammad Maqamin Amin Mohd Radzi, 20, anak kelima Allahyarham Mohd Radzi Abdul Hamid atau Ustaz Radzi yang popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila bersyukur dengan keputusan cemerlang diperoleh hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, Langkawi itu berkata, walaupun tidak dapat berkongsi kejayaan bersama arwah ayahnya, namun dia sentiasa ingat setiap pesanan bapanya itu.
“Ayah sudah tiada namun setiap pesanannya agar menjaga agama dan solat pada awal waktu saya cuba buat sebaik mungkin.
“Saya juga bangun pagi untuk solat tahajud sebelum mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Dia ditemui selepas menerima sijil penghargaan dan slip STPM daripada Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Alor Setar hari ini.
Muhammad Maqamin Amin berkata, dia yang pernah belajar di sekolah tahfiz turut menjadikan amalan membaca al-Quran sebelum Subuh sebagai rutin harian kerana waktu tersebut adalah paling sesuai untuk ulangkaji ilmu yang dipelajari sebelum ini.
Pada 23 Disember 2018, Ustaz Radzi, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan sebuah persembahan di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur sekitar jam 11.15 malam.
Difahamkan Mohd Radzi tiba-tiba rebah selepas beberapa saat berada di pentas untuk menyampaikan persembahan pertamanya pada jam 10.30 malam sempena program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pernah tak berhadapan dengan situasi pokok jiran masuk ke ruangan rumah kita sehinggakan sebilangan hasil pokok pun masuk ke kawasan yang sama? Waktu tu kita pun keliru boleh ke tidak kalau nak makan hasil tersebut.
jabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menerangkan hukum mengambil buah yang menjalar memasuki kawasan rumah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Soalan:
Sebahagian dahan pokok jiran saya telah tumbuh melepasi pagar rumah saya. Soalannya, adakah diharuskan untuk saya mengambil buah yang gugur ke dalam halaman rumah saya, atau yang masih ada pada pohon tersebut?
Ringkasan Jawapan:
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah ialah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya.
Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
Huraian Jawapan:
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar atau tumbuh membesar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah kita adalah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Ini termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara batil yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firman-Nya:
Maksudnya: Jika dahan pokok miliknya menjalar ke pokok milik orang lain, buah yang ada pada dahan itu merupakan milik pemiliknya, meskipun dahan itu masuk ke kawasan orang lain.
Maksudnya, jika seseorang itu mempunyai sebatang pokok yang dahannya menjalar hingga mengena pokok orang lain, buah yang ada pada pokok yang menjalar itu tetap menjadi hak pemiliknya, meskipun ia mengena pokok orang lain.
Namun para ulama memberikan pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan barangnya untuk diambil. Perkara ini dinyatakan oleh Sheikh Qalyubi:
Maksudnya: “Diharamkan memungut buah-buahan yang gugur jika pokoknya dipagari/dibuat kepung dan jika jatuhnya di dalam kawasan berdinding. Begitu juga (diharamkan) jika buah pokok itu (meskipun) tidak dikepung/dipagari atau jatuhnya di luar kawasan berdinding tetapi tidak menjadi adat (masyarakat setempat) yang membenarkan buah itu diambil.”
Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak dan lebih berhati-hati, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
Kesimpulan
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah kita ialah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya, dan adat setempat diamalkan bahawa pemilik pohon mengizinkan hal yang demikian. Tetapi sebaiknya kita mengamalkan sikap warak dan berhati-hati dalam mengambil hak orang lain serta menjaga adab hidup berjiran, dengan mendapatkan keizinan secara yakin dan pasti terlebih dahulu.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...