Bila anak-anak memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang tentunya itu satu perkara yang cukup disyukuri dan dibanggakan oleh kita sebagai ibu ayah. Lebih-lebih lagi keputusan peperiksaan tersebut akan menentukan masa depan anak-anak.

Memetik berita berkenaan pengumuman keputuan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang dikongsikan Sinar Harian, nyata Muhammad Maqamin Amin Mohd Radzi, 20 yang juga merupakan anak kelima Allahyarham Mohd Radzi Abdul Hamid atau Ustaz Radzi yang popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, menjadi antara pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0.

IKLAN

Tahniah diucapkan dan semoga kisah ini turut dapat menyuntik inspirasi buat anak-anak kita untuk berjaya di dalam pelajaran mereka.

Dalam sesi temubual tersebut,  Muhammad Maqamin Amin turut berkongsi amalan yang dilakukan untuk berjaya dan antaranya :-

  1.  Jaga agama
  2. Solat di awal waktu
  3. Bangun awal pagi
  4. Dirikan Solat Tahajud sebelum mengulangkaji pelajaran setiap pagi
  5. Membaca al Quran sebelum masuk waktu Subuh

ALOR SETAR – Anak bekas penyanyi kumpulan rock Melissa antara pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0 hari ini.

IKLAN

Muhammad Maqamin Amin Mohd Radzi, 20, anak kelima Allahyarham Mohd Radzi Abdul Hamid atau Ustaz Radzi yang popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila bersyukur dengan keputusan cemerlang diperoleh hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, Langkawi itu berkata, walaupun tidak dapat berkongsi kejayaan bersama arwah ayahnya, namun dia sentiasa ingat setiap pesanan bapanya itu.

“Ayah sudah tiada namun setiap pesanannya agar menjaga agama dan solat pada awal waktu saya cuba buat sebaik mungkin.

“Saya juga bangun pagi untuk solat tahajud sebelum mengulang kaji pelajaran,” katanya.

Dia ditemui selepas menerima sijil penghargaan dan slip STPM daripada Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Alor Setar hari ini.

Muhammad Maqamin Amin berkata, dia yang pernah belajar di sekolah tahfiz turut menjadikan amalan membaca al-Quran sebelum Subuh sebagai rutin harian kerana waktu tersebut adalah paling sesuai untuk ulangkaji ilmu yang dipelajari sebelum ini.

Pada 23 Disember 2018, Ustaz Radzi, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan sebuah persembahan di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur sekitar jam 11.15 malam.

Difahamkan Mohd Radzi tiba-tiba rebah selepas beberapa saat berada di pentas untuk menyampaikan persembahan pertamanya pada jam 10.30 malam sempena program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sumber : Sinar Harian